Followers

22.6.10

Breakfast ala Western

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Apa khabar? Kakchik doakan teman-teman semua sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah SWT.

Pagi-pagi ni bila takde idea menarik nak tulis, bolehlah kakchik kongsikan gambar sarapan kami berdua pagi tadi. Kononnya nak buat yang ringkas ala sarapan orang Barat gitu. Inilah dia:

telur hancur + fries + coleslaw

Alhamdulillah... kenyang kakchik makan hidangan ni. Memang mudah sungguh la nak buat. Untuk dua orang possible la kan nak buat dalam masa 30 min. Kalau anak ada dan ramai pula, kenalah fikirkan kuantitinya. Apa pun yang penting ada rasa bila dimakan. Rasa sedap la paling kurang kan hehe.

Nanti kalau ada masa kakchik akan update resepinya di My Culinary Adventure. Sekarang tak sempat sebab kejap lagi nak ke Balai Islam dengan Dila untuk ronda-ronda cari buku di Pesta Buku Islam. Kalau ada gambar menarik akan kakchik masukkan di entri seterusnya.

Selamat menjalankan amanah untuk semua teman-teman tersayang!

6 comments:

  1. eh sedapnya.... hehehehe nak sikit!!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Kakchik, kak tie selalu juga sediakan breakfast ala western untuk anak2 sebelum ke sekolah... ringkas je. Tapi tak boleh selalu, sebab banyak minyak terutama fries tu, hehe..

    ReplyDelete
  3. KaiZeN, kalau nak sikit boleh je...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Kak Tie.
    Budak-budak memang suka kalau dapat makan macam ni tapi betul la kata akak tu, minyak banyak.

    ReplyDelete
  5. iktiraf, kalau nak kena singgah ke rumah kakchik la ya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails