Bismillahirrahmanirrahim.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)
Rasulullah saw bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Assalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia untuk semua.
Sibuk di dapur ke? Atau sedang mencari-cari lokasi untuk membeli makanan tengahari?
YANG LELAKI tu semestinya sedang menuju ke masjid ataupun sudah berada di masjid kan. Hari ni kan hari Jumaat... penghulu segala hari. HARI SOLAT WAJIB BERJEMAAH bagi kaum lelaki. Wajib solat Jumaat la kan.
Orang perempuan pun kalau nak solat Jumaat boleh je... tak salah apa-apa cuma di negara kita ni orang tak biasa buat. Kalau kat luar negara tu lelaki dan perempuan sama-sama solat Jumaat di masjid.
Kakchik lambat sikit sikit hari ni. Dah dua post kakchik tulis, satu puisi dan satu tulisan rawak macam biasa tapi tak dapat nak publish la. Personal matter.
Cik Abe dah ke masjid tadi. Nasib baik dia dah kemaskan semua sampah dan bawa bersama untuk dibuang dalam perjalanan ke masjid. Lega.
Dah 2 hari hujan lebat kat sini. Habis kain baju tak kering. Malam tadi kawan cik abe yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan datang bertandang. Mashaallah... malunya dengan keadaan rumah yang bergayutan dengan kain-baju.
Tapi nak buat macamana kan... adhoc.
Selamat penganti baru untuk Ust Nizam dan isterinya Ustzh Za. Semoga hidup mengecap bahagia hingga ke syurga. Semoga kematangan mengiringi rumahtangga kalian.
salam pagi jumaat utk kak chik dr sy :)
ReplyDeleteehm.. dulu sy sek men boleh solat jumaat sbb surau sekolah dijadikan tempat utk solat jummat.
rindu jugak nak dgr khutbah jumaat life dr masjid.
wkslm irma.
ReplyDeleterupanya ada juga muslimah yg solat jumaat kat m'sia ni. terima kasih ya irma, tambah pengetahuan kakchik.
kat uk tu irma tak ikut solat jumaat ke? kakchik baca byk juga cerita kawan2 di sana berusaha minta ruang utk solat jumaat di masjid2.
kat sini sy tak pernah lg solat jumaat. sbb tuntutan kerja sy hanya di rumah shj :)
ReplyDeleteapa yg sy pernah alami ialah solat raya. memandangkan ruang masjid yg kecil tidak dapat menampung bilangan muslim yg ramai. kami di sini ada 4 sesi solat raya. bermula jam 8.30-9.30-10.30 dan 11.30.
kakchik lupa pasal irma kerja.
ReplyDeletepengalaman solat dgn 4 kali sesi tu mestilah satu pengalaman berharga kan. kita kat sini punya masjid segala saiz hinggakan banyak yang kosong. tentu makmur sekali masjid2 kecil di sana.
betul kak chik. setiap sessi penuh dgn jemaah. mmg xde ruang kosong langsung. adakala sy rasa rindu masjid di msia yg banyak tp kurg dimanfaatkan.
ReplyDeleteitulah orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. barulah bila balik ke kampung halaman, kita jadi insan yang lebih bagus daripada sebelumnya. kita orang muda ni patut makmurkan masjid kan. kakchik pun jarang benar ke masjid sebab suami suka kakchik tunggu dia di rumah.
ReplyDelete