Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
gambar dipinjam dari sini.
Malam ni kakchik terasa teramatlah letih, kes mengemas pejabat sorang-sorang, ditolong serba sedikit oleh Mokcik - menziarahi mak Pengerusi yang sakit - singgah beli sup rawan alah balik pejabat - sambung mengemas pejabat lagi,
Balik kerja - singgah di MariBaca - sedekah pakaian lama kat staf (kesian diorang asyik bergilir beberapa baju kurung je dalam seminggu, kakchik galakkan diorang berbaju kurung) - beli barang dapur termasuk 5 kg beras - tersilap gi parking kat belakang Billion bukan kat basement - kenalah jalan kaki sambil bawa barang-barang yang berat ke kereta - banyak pula lopak air - becak sana-sini - sakit dan tegang segala urat saraf membawa barang kena pulak mengelak lopak air,
Nak balik rumah - masuk dalam kereta lepaskan lelah beberapa minit sambil baca 3 mukasurat novel - pandu kereta dalam keadaan letih - rasa macam nak tido dalam kereta je - BAHAYA !!
Sambil memandu - dalam kepala dok berkira nak masak apa malam ni? - nasib baik dah beli sup rawan tenghari tadi - hanya tambah kentang je lepas tu tengoklah nak tanak nasi atau makan dengan roti je - jalan jem - ya Allah ngantuknya...
Parking kat porch - sudah parking tel cik abe minta datang ambil barang, no respon - mesti dalam bilik air - tinggalkan barang yang berat, angkut beg-beg kerja, roti dan telur naik ke rumah - simpan mana yang patut kat dapur terus cari bantal,
Kena tido juga - baring atas lantai yang sejuk tanpa salin pakaian - tido zzz hingga Maghrib - alhamdulillah cik abe dah ambil semua barang dari kereta dan simpan yang dingin beku dalam peti ais, terima kasih Yang.
Dengar azan, bingkas bangun - mandi dan segarkan diri - ke dapur panaskan sup - rasa tak larat nak tanak nasi - cik abe offer nak tanakkan, alhamdulillah, selamat... - online la kejap sementara nasi masak
How was your day?
Sekarang ni tengah 'uzur', tak dapat baca al-Qur'an terasa diri ni lemah iman sikit - masa ziarah Mak Pengerusi tadi hanya mampu sedekahkan doa - takpe, telinga kan ada... kita dengarlah kuliah atau ceramah atau bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an - jangan biarkan diri jauh dari Tuhan.
That's it for now, ma'assalamah.
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteThis might be off topic. Jikalau seorang wanita yang uzur recite Qur'an orally, boleh ke? Bagaimana pula dengan membaca doa-doa yang dipetik dari Qur'an juga?
Jazakallah khair :)
Baca jadual pun dah bileh terbayang penat hehe.
ReplyDeleteBeruntung Cik Abe sungguh memahami, seperti selalu sedia membantu Kak Chik :)
Selamat berehat.
Wa'alaikummussalam Nisa'.
ReplyDeleteThe off topic thing is ok because you need to verify things right?
Semasa uzur kita dalam hadas maknanya kita tidak suci, maka membaca Qur'an adalah haram. Ini pegangan kakchik setelah membaca beberapa pandangan ulamak. Jumhur kata haram kecuali ketika dharurat.
Kalau Nisa' nak rujukan mgkn blh ke sini http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/05/21/hukum-membaca-al-quran-dan-duduk-di-masjid-bagi-perempuan-haid/
Berdoa menggunakan sedutan ayat-ayat boleh dengan niat sebagai doa.
Nisa' cuba rujuk buku-buku Fiqh Wanita ya.
memang padat betul jadual kak chik...kalau saye kan, terlalu penat misti akan saket kepale and muntah2...........
ReplyDeleteiza, kalau nak difikir, masih ramai lagi orang yang lebih sibuk dari kakchik. iyalah sekali-sekala cik abe sudi nak menolong tu, syukur sangat. terima kasih ya iza
ReplyDeleteKak Chik, terima kasih sangat for the link :) And yeah, sudah lama Nisa inginkan kepastian atau jawapan.
ReplyDeleteSebelum ni pernah cari di internet, but different people different views. I don't know who should I trust. But again, terima kasih :)
nadia, kakchik syukur sangat takde sakit kepala atau pening. mungkin sebab kakchik tido sebaik saja sampai kat rumah tu. teruk juga tu kalau sampai muntah-muntah.
ReplyDeleteSama-sama Nisa'. Actually dia ada 2 pendapat tapi jumkur ulamak kata haram. Kita ikutlah pandangan ulamak yang ramai dan tak perlu curiga lagi.
ReplyDelete