Followers

12.6.10

Kalau kakchik jual kaftan macam ni agaknya siapa nak beli?

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua.

Semoga diri teman-teman dan keluarga masing-masing dalam keadaan sihat sejahtera. Kakchik dan cik abe, alhamdulillah sihat-sihat saja. Masing-masing sibuk dengan kerja dan amanah masing-masing tapi bumbung rumah ini juga tempat kami bertemu hehe.

Hari ni kakchik nak review produk sikit dan kakchik perlukan bantuan teman-teman semua. Atau mungkin juga jawapan kalian jika kalian menjadi pelanggan kakchik.

Di bawah ni ada beberapa gambar yang kakchik pinjam dari blogniaga Preety Princess Closet (klik nama blog untuk ke sana). Tuan punya blogniaga ini pernah singgah di blog Shopping-Shopping Di Kelate beberapa hari lepas. Bila kakchik buat kunjungan balas, kakchik sangat suka melihat koleksi yang beliau niagakan. Terbentang peluang perniagaan tapi ada sedikit kerisauan dalam bab-bab tabaruj.

Kebanyakan jubah moden dan kaftan adalah sangat fancy kalau diukur dari citarasa peribadi kakchik. Tapi kan kakchik tahu wanita Malaysia ni sukakan warna yang fancy, ladylike, pastel dan kadang-kala menyerlah. Personally kakchik tak berapa setuju kerana agak menarik perhatian jika dipakai di khalayak umum. KECUALI jika dipakai ke majlis tertutup untuk wanita sahaja.

OK, jom kita tengok antara KAFTAN yang menjadi perhatian kakchik.

semuanya cantik sekali

Semuanya SANGAT CANTIK kan? Kakchik fokus pada kaftan kerana rekaannya hampir serupa dengan butterfly abaya. Kakchik sudah merasai memakai butterfly abaya dan sangat sukakannya. Siapa kata orang kecik tak sesuai pakai abaya jenis tu? Kakchik sudah membuktikannya :).

yang ini pun nampak suci - nak buat akad nikah pun sesuai ni

Apa pandangan teman-teman? Haruskan ABAYA ELEGAN memasukkan kaftan di dalam kategori produknya? Kawan-kawan nak beli tak? Harganya berpatutan. Kalau nampak macam ikut bentuk badan tu, setahu kakchik biasanya peniaga akan kepit di bahagian belakang patung untuk nampak lebih cantik (segan la juga...)

SEPERTI BIASA, kita kena ingat, pakaian yang kita pilih tu mestilah legap @ tidak jarang, tidak menjolok mata, tidak menyerupai pakaian agama lain, tidak menyerupai pakaian lelaki, tidak menampakkan bentuk badan seperti ketat, singkat, nipis (ulangan) atau terlalu menarik perhatian (warnanya).

Allahu'alam. TOLONG BAGI RESPON YA.

NOTIS: Semua gambar adalah dipinjam dari blogniaga PRETTY PRINCESS CLOSET.

15 comments:

  1. saya pun minat jenis jubah ala kaftan macam ni.... cuma belum ada yg jumpa sesuai dengan saya yg menyusu sekarang ni...

    macam ala2 dato' ct pun ada :D

    ReplyDelete
  2. cantik sgt.. bape harge tu.. eeheh

    ReplyDelete
  3. Wan, bentuk kaftan macam ni dia nampak feminin sangat. Rasanya susah juga nak jumpa kaftan sesuai ibu menyusu. Maybe Dato' CT pun dapat tajaan pereka kaftan macam rizalman tu.

    ReplyDelete
  4. Miss Izah, kakchik tengok range harganya antara RM160 - 190. Boleh tahan juga tu tapi sesuai dah kalu dgn dekorasi sebegitu kemas dan cantik.

    ReplyDelete
  5. buleh tahan jugak regenya tp lawalah kak chik,lately ni rasa teringin nk pakai abaya ni.kalau buat raya pun elok saje kan.

    ReplyDelete
  6. ha'ah, kalau buat raya kakchik pun rasa sesuai.

    ReplyDelete
  7. cantik la kakchik. kalau buat pegi dinner pun cantik nih. memang sesuai sangat. harga pun berpatutan. ;)

    ReplyDelete
  8. atiq, kalau tengok pada design tu mmg sesuai utk dinner.

    ReplyDelete
  9. lawa tu Kak Chik, pasti ada yang inginkannya lebih-2 lagi untuk majlis2 tertentu.

    ReplyDelete
  10. minat. harga brpa? :) kalau berpatutan confirm akan beli.

    ReplyDelete
  11. Tini, ada yang bertanya dah tapi kakchik tengok Suhaila pun jual juga kaftan ni. Kakchik kena tunggu lebih banyak feedback.

    ReplyDelete
  12. one are, harga yang mana satu? ada yg rm160 dan ada yang rm190. kakchik belum menjual ni cuma sedang survey pendapat sblm kakchik cuba berurusan dgn pengedarnya.

    ReplyDelete
  13. ingatnye kakchik jual kaftan yang buat tidur tu.. yg rm 15tu..hehe... best gak pakai buat tidur sbb skang cuaca panas..

    kakchik, buletin muktamar kat web mane ye? syukran kchik. barakALLAH

    ReplyDelete
  14. Huda, kakchik boleh sangat kalau nak jual kaftan utk tidur tu cuma malas sikit nak ke Penambang mencari pembekal. Insyaallah bila rajin banyak kakchik akan ke sana meninjau prospek niaga.

    Untuk buletin muktamar huda boleh ke url ni: http://muktamar56.pas.org.my/index.php

    ReplyDelete
  15. Salam kakchik,

    Kaftan sume ni mmg cantik2 sy pun hampir2 nak beli satu (warna dusty pink + baby blue embroidery)..tp last2 decide to cancel sebab bila tanya kat seller they said xde inner kat bahagian lengan, dia ade lining kat bahagian badan shj. So kena pakai tshirt long sleeve (which to me is quite leceh)..Sedihhhhnya... huhuhuu

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs