Followers

1.6.10

Mari Belajar Qunut Nazilah Untuk Perlindungan

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua teman tersayang.

Sejak kita dikejutkan dengan berita keganasan tentera Israel menyerang kapal misi keamanan Mavi Marmara, seluruh ummat Islam seluruh dunia kembali tersedar. Israel memang musuh ummat Islam, musuh negara Islam dan musuh dunia. Tapi kita orang Islam ni cepat lupa, cepat lalai dan cepat leka. Sekali ombak kesedaran datang, masa itulah kita beriya-iya memboikot segalanya yang ada kaitan dengan Israel. Tapi selang beberapa bulan, kita pun lupa.

Sekali lagi mereka mengganas! Menyerang gaya komando sebuah kapal misi keamanan yang membawa sukarelawan, bantuan makanan dan ubat-ubatan. Penumpangnya dari semuda bayi 1 tahun hinggalah warga emas 80 tahun. Tanpa belas kasihan mereka ditembak dan 19 orang meninggal dunia 30 lagi cedera. Itu berdasarkan berita tv. Jumlah sebenar kita pun tidak pasti.

Jomlah kawan-kawan semua, kita bantu semampu daya yang ada. Dengan kelemahan kita ini, HANYA DOA SEBAGAI SENJATA. Marilah kita sama-sama berqunut Nazilah memohon dari Allah menyelamatkan Islam, ummat Islam dan kita juga dari kejahatan nafsu syaitan dari diri manusia bernama Israel laknatullah. Di bawah ialah sedikit info mengenai Qunut Nazilah, doanya dan juga terjemahannya.

JOM KITA SAMA-SAMA PRAKTIKKAN!

Qunut Nazilah

  • Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
  • Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
  • Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.
  • Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:

"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Terjemahan doa Qunud Nazilah:


“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk


Keseluruhan artikel ini kakchik salin dari rakan di FB. Semoga dapat kita manfaatkan sama-sama untuk kebaikan kita dan juga seluruh ummat Islam yang memperjuangkan Islam di mana saja berada.

6 comments:

  1. jangan doa sahaja tapi produk2 yahudi tidak diboikot
    bertukarlah kepada produk halal lagi baik seperti HPA
    kasihanilah umat Islam di Palestin
    jangan biarkan diri anda memberi keuntungan kepada Yahudi lagi

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas peringatan... tapi bunyinya macam nak mengata kakchik je. insyaallah sejak 2008 kakchik dah boikot produk yahudi ni. ada sekali dua terbabas beli kfc atas permintaan org lain.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik,
    Terima kasih bagi penerangan qunut nazilah ni. :) saya akan baca :)

    ReplyDelete
  4. Wkslm nur. Sama-sama nur. Kita cuma mampu kirim doa. Nak kirim nyawa rasa tidak mampu dan tidak layak.

    ReplyDelete
  5. salam k.chik, TQ berkongsi doa qunut ni..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Jue. Sama-sama.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs