Followers

25.6.10

Sedih juga baca Anne Ngasri Cerai Talak Tiga

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang nyaman untuk semua.


Kakchik baru je membaca update terkini dari BLOG PERIBADI KADI KLUANG pasal berita di atas. Tiba-tiba je terasa sedih. Bukan apa... Anne Ngasri dengan kakchik takde kaitan apa-apa pun. Kakchik cuma mengenali dia sebagai pelakon yang telah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi. 

Tapi perasaan sedih tu datang sebab selama ini kakchik pernah golongkan dia dalam senarai artis Malaysia yang rumahtangganya aman damai, mungkin boleh dibuat contoh oleh artis-artis lain. Sayangnya dia juga ada cerita tersendiri. 

Satu perkara yang kakchik lihat positif berlaku ke atas artis ini ialah perubahan penampilannya yang kini bertudung. Ada sekali kakchik lihat dia berlakon dalam drama, tak tahu apa tajuknya. Dalam tu dia bertudung, bekerja di sebuah restoran tapi ada sedikit lagi yang boleh berubah iaitu bajunya. Alangkah baik kalau bajunya berlengan panjang dan labuh dari pinggul.

Apapun, bertudung itu satu langkah yang sangat baik. Bukan mudah seorang artis mahu membuat penghijrahan sebegitu. Kakchik doakan Anne akan istiqomah dalam menutup aurat dan semakin menutup dengan sempurna. 

Mengenai perceraiannya, kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku lagipun bukan urusan kita untuk mengorek kisah peribadi orang. Tak baik membuka aib orang. Semoga Anne dan bekas suaminya menemui kebahagian sebenar selepas ini iaitu kebahagiaan di jalan Allah.

Anne seorang yang tabah.

Ini quote dari blog Kadi Kluang:
Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Dalam kes cerai talak tiga, pasangan tak boleh rujuk semula. Juga tak boleh nikah semula dengan bekas isteri. Kalau nak nikah juga, kena tunggu perempuan nikah dengan lelaki lain selepas habis edah, berlaku persetubuhan selepas nikah, kemudian bercerai. Bila habis edah perceraian tu, barulah boleh nikah semula dengan suami lama. Itu pun kalau nak nikah semula.

8 comments:

  1. disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  2. salam k chik...erk,talak 3 ke? ingatkan 1 je...biler tgk iklan aircond teknologi konveter dorang kat tv tu, nampak bahagia je ropernye...tp ropernye aje...alahai ape nak buat yek...sampai di situ aje jodoh deme....

    moga anne tabah mengharungi hari ini, esok dan mendatang bersama cahaya mata penyeri hidup...

    ReplyDelete
  3. Sedih rasanya dengar cerita ni kakchik... Tapi apakan daya... Dia Maha Merancang...

    ReplyDelete
  4. sizuka, suratan takdirnya begitu. semoga rumahtangga kita (sizuka juga akan berumahtangga satu hari nanti) akan berkekalan hingga ke syurga. mgkn jodoh anne yang sebenarnya belum sampai.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam fiza. ha'ah talak 3 sebab dah 3 kali wafi ceraikan dia. kita tak tahu semua ni, orang kata jodoh, ajal di tangan Tuhan tapi Allah juga ajar kita, Dia tak ubah nasib kita kecuali kita berusaha untuk mengubahnya. kita sama-sama doakan kebahagiaan rumahtangga kita dan moga anne tabah. dia masih muda.

    ReplyDelete
  6. fahmi, kita memang akan terasa sedih bila dengar berita begini. semoga ada kebaikan dari perceraian mereka.

    ReplyDelete
  7. skang dia dah pakai tudung...Alhamdulillah and semoga dia terus kuat menghadapi cabaran hidup....

    ReplyDelete
  8. terkilan bila dengar kes perceraian semasa isteri mengandung.....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs