Followers

3.6.10

Tak sempat masak, beli aje lah...

Nasi Sup Daging + Telur Goreng + Milo Panas

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Hidup kakchik dengan cik abe ni banyak hari juga macam orang bujang. Kakchik banyak kerja di luar dan cik abe pulak working from home husband (WFHH). Ada ke istilah macam tu? Ikut suka hatilah. 

Hari ni cik abe masak sendiri makan tengahari, mashaallah... tak sangka pulak sebab sejak kahwin mungkin inilah kali pertama yang dia betul-betul masak. Kakchik happy sangat sebab dia telah ringankan banyak tugas kakchik hari ni. Dari basuk kain, jemur kain dan masak untuk tengahari, alhamdulillah... TERIMA KASIH YA YANG.

Kakchik pulak kalau hari banyak urusan macam hari ni, terpaksalah makan di luar (tapau bawa balik ke kedai). Sekali-sekala kena macam tu lah. Esok pulak dah ada kelas di OUM. Malam ni nak study. Tapi kita dah ada bihun sup untuk makan malam bersama cik abe.

Jom, kita makan-makan.

12 comments:

  1. salam kakchik,
    sedapnye sup daging tu..
    selamat menjamu selera..
    alhamdulillah..rezeki dr Allah

    ReplyDelete
  2. wkslm nyza.
    alhamdulillah sup dagingnya sedap. daging tempatan tu bukan daging import. syukur dgn rezeki hari ni. sedihnya tak dapat mkn dengan suami.

    ReplyDelete
  3. salam Kak Chik

    nak buat macam mana dah tuntutan tugas, saya dok kat rumah ini yang tentu-tentu boleh masak pun, kadang2 beli juga untuk anak2 dek kerana sibuk

    itulah kan suami isteri saling memahami kesibukan masing2

    alhamdulillah sejak tahun ke lima kahwin suami saya juga sudah makin pandai memasak, sangat bersyukur dengan kurniaan ini

    selamat menjamu selera buat kak chik dan che abe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak chik...

    lama da teja xjengah blog kak chik..maaf ye..agak sibuk..

    kak chik sihat ke?harap sihat ye...

    take care.. :)

    ReplyDelete
  5. salam kakcik. sesekali nak juga makan hasil air tangan suami. mesti sedap.

    ReplyDelete
  6. Salam kakchik..
    Alhamdulillah sedap menu k.chik malam ni..betul kata k.mas tu..walaupun suri rumah kekdng buntu nak masak apa..sekali sekala beli juga..

    Alhamdulillah mmg akan terasa ringan beban jika suami isteri saling membantu...happy aje tgk family k.chik..

    ReplyDelete
  7. wa'alaikummussalam mas.
    itulah kan, kalau dah dua2 macam ni, mmg kena korban serba sedikit. tapi kakchik cuba juga mana-mana hari khamis atau jumaat yg kakchik off tu untuk masak dan makan bersama.

    p/s: huhu WAHM pun beli juga, kakchik ingat semua masak sendiri, naif betul

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam teja.
    mashaallah... lamanya... teja apa khabar? insyaallah kakchik sihat walafiat. kakchik ingatkan teja dah tak blogging dah.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam kakpah. betul kak hehe. tapi payah bebenor tu...

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam idah. Alhamdulillah.. malam ni makan bihun sup. Yg dlm gambar tu makan tgh.
    Kakchik pulak dok teringin nak mkn kat luar dgn suami tp dia tak suka.
    Keluarga kakchik dgn suami sama je macam orang lain jg idah.

    ReplyDelete
  11. Salam kak Chik,

    TAk ade bezanya kehidupan kak Chik sehari2 dengan orang lain..Akak ni pun hanya dengan anak2 so masak sekadar apa yang anak akak suka sahaja then kalau tak sempat pun beli kat luar je..Tapi yang anak suka je lah..Kekadang bila fikirkan bila suami dok jauh dengan kita pun senang jugak hehehe ade ke gitew??? sebab tak perlu masak khas utk dia shja, gosok baju kerja dia(bab ni le akak paling bercinta nak buat) hehehehe..

    ReplyDelete
  12. Memang betul kak... tapi ada juga bezanya hehe. Akak ada anak2 jadi kena fikirkan mereka jugakan. Kakchik hanya berdua tapi kena rai suami yang tak gemar sangat makan makanan luar. Air tangan isteri juga yang dia suka. Kalau suami takde mmg rileks tapi rindulah pulak hikhik. Best la suami akak tolong menggosok, kakchik pun mmg tak gemar menggosok tapi dah cuma 2 orang, kita juga yg menggosok dan suami yang basuh kain.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs