Assalamualaikum kawan-kawan semua.
Hari ni banyak dok baca blog orang sampai tak sempat nak update blog sendiri. Satu hal lagi dok baca-baca pasal DISQUS tu. Ada satu post lagi sebelum kakchik buat keputusan muktamad sama ada nak terus guna atau balik ke asal.
Bagi teman-teman yang sudah meninggalkan komen, senang atau susah kalian menulis komen? Tolong respon ya sebab kakchik nak tentukan masa depan DISQUS di blog ni. Jika kakchik balik ke komen cara asal, kemungkinan besar segala komen untuk 5 post yang menggunakan DISQUS akan hilang. Jadi, tolong bagi cadangan dan respon.
Back to the topic above.
Hidangan makan malam untuk kami berdua malam ini. Masak yang ringkas, cepat dan sihat.
Cerita pasal rumahtangga la kan sebab kakchik ni orang dah berumahtangga. Suami isteri ni kalau tak mainkan peranan dan melaksanakan amanah masing-masing, Allah tak suka. Sebab Allah izinkan kita kahwin kerana kita sudah setuju untuk saling bertanggungjawab. Tanggungjawab ni janganlah kita buat main-main sebab esok di akhirat, Allah tanya tergagap-gagaplah kita nak jawab.
Kakchik takut betul bab ni sebab kakchik masih banyak kelemahannya. Yang kakchik harap, cik abe redha ke atas segala layanan kakchik selama ni. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami manakala syurga suami tetap di bawah tapak kaki ibunya. (sesiapa yang ada tahu hadis untuk kedua-dua claim ni sila bagitau kakchik ya, nak masukkan kat sini. Cari-cari buku rujukan berkenaan tapi tak jumpa, mungkin masih dalam mana-mana kotak di tingkat atas.)
Si suami bertanggungjawab menyara, menjaga dan mendidik isteri mengikut acuan Islam dan si isteri pula taat dan patuh pada suami selama mana dia tidak menyuruh berbuat maksiat dan perkara yang mendatangkan dosa. Perkara haram la kan. Satu lagi, isteri juga kenalah senang hati dalam melaksanakan amanahnya dalam rumahtangga.
Rumahtangga akan jadi syurga dunia bila suami bijak mengatur rumahtangga dan bila isteri tahu memainkan peranannya membantu suami. Bukan mudah tapi kena sentiasa berusahalah. Jangan kita 'take things for granted' kata omputih. Fikir sendiri la kan.
Tulisan kakchik ni sekadar ingatan untuk diri kakchik sendiri. Bila menulis ni, ia jadi bukti dan kakchik perlu berusaha untuk 'walk the talk'. Asyik quote bahasa omputih je, hehe... tak reti nak jelaskan kot Bahasa Malaysia.
Mohon cik abe redha agar Allah redha. Ampunkanlah kesalahan kakchik.