Rujuk myMetro hari ni, 07 Jun 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar petang ni? Kakchik letih la hari ni. Kami kekurangan staf hari ni maka tinggal bertiga saja menguruskan perpustakaan. Itu pun bukan semuanya dapat menumpukan tugas kerana ada hal-hal luar yang perlu diuruskan. Letih kakchik ni pun bukannya seletih orang lain, maklum la... kakchik ni kerjanya 'goyang kaki' saja.
Untuk makluman, kakak kakchik sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pagi tadi. Kakchik belum tengok lagi sebab tak sampai hati nak tinggalkan perpustakaan dalam keadaan macam ni. Insyaallah petang nanti selepas ke MariBaca kakchik akan ke hospital menziarahi kakak dan anak saudara kakchik yang baru. TAHNIAH untuk kakak kakchik!
Oh, baru sebentar kakchik terima mesej dari Maesarah (blog Damai Impiana), dia pun sudah selamat melahirkan seorang putera juga jam 10 lebih pagi tadi. Alhamdulillah... TAHNIAH untuk Sarah dan Suami. Kakchik doakan kedua-dua bayi akan membesar dengan sihat dan mendapat didikan agama serta duniawi yang secukupnya. Gembira sekali dapat berita macam ni.
Berbalik pada tajuk di atas, perasaan kakchik berbaur antara terharu, bimbang, bangga dan simpati. Terharu kerana si lelaki yang dulunya seorang penagih dadah telah insaf dan kini berkhidmat dengan sebuah badan kebajikan. Terharu juga kerana impian beliau untuk berkahwin akhirnya tercapai dengan pasangan yang sesuai. Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka. Terharu juga sebab si perempuannya sudi menerima si lelaki sebagai suami.
Tapi kakchik bimbang akan masa depan mereka. (Rajin je nak bimbangkan orang...) Iyalah, persepsi masyarakat kita terhadap pembawa virus HIV ni masih belum begitu baik. Hari ni seluruh negara sudah tahu akan status kesihatan mereka. Ini mungkin boleh membawa pelbagai ancaman terhadap kehidupan mereka di dalam masyarakat nanti. Kakchik doakan ketabahan mereka akan membuatkan mereka kuat menerima apa saja dugaan hidup terutama kritikan orang ramai.
Perasaan bangga ada sikit-sikit dengan keberanian mereka menyatakan hal yang sebenar. Bukan saja mereka memberitahu keluarga malah seluruh negara. Kakchik harap mereka akan terus kuat selepas ini kerana perkahwinan boleh membuatkan seseorang itu kuat dan boleh juga menjadi lemah. Kelihatannya pasangan ini pasangan yang berani. Bukan mudah nak beritahu orang yang diri penhidap HIV. Jika mendapat AIDS, ubatnya belum ada bayang-bayang pun.
Simpati kakchik ialah kepada pengantin perempuan yang mendapat jangkitan dari bekas suaminya. Sebagai isteri, ketaatan terhadap suami ada kalanya menjadi beban seumur hidup ke atas diri. Itu kalau suaminya seorang yang zalim, mengkhianati isteri dengan penyakit yang tiada ubat dan seperti yang berlaku sehari dua lepas, baru sebulan kahwin sudah didera dengan teruk.
Melihat raut wajah mereka yang gembira dan bahagia, kakchik sebagai seorang saudara seagama yang langsung tidak mengenali mereka, ingin mendoakan agar pasangan ini menjadi pasangan yang taat kepada agama kerana hanya dengan agamalah hidup akan selamat.
Wassalam.
keje di perpustakaan @ bertandang di prpustakaan?? hehe... erm, kalo ikutkan..memang bimbang gak..bukan kat pasangan tu..kat generasi yg akan dtg...
ReplyDeletejodoh, ajal dan maut ketentuan Allah..semoga pasangan itu kekal bahagia
ReplyDeleteSky, kakchik kerja di perpustakaan.
ReplyDeletePasal generasi baru ni terlalu banyak perkara yang membimbangkan kita. Cabaran ibu bapa membesarkan anak sangat besar.
Kita doakan itulah yang terbaik untuk mereka ya Noorma. Moga mereka cekal.
ReplyDeletePray for them :)
ReplyDeleteYes jfook. That's the best that we should do.
ReplyDelete