Cendawan Tiram Goreng Sempoi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Tadi ada tamu yang tanya, tengahari ni kakchik masak apa. Jadi kakchik rasa bolehla kakchik tunjuk kot-kot dia berminat nak tiru. Cendawan tiram ni bila dimasak rasanya macam makan daging ayam gitu. Agak kenyal sikit tapi sedap sekali.
Orang lain masak sedap-sedap dan pelbagai. Kakchik pula suka yang mudah-mudah sebab tak pandai masak sangat. Selalunya bila kakchik memasak, cik abe yang jadi tukang try hehe. Kalau dia kata sedap untuk dimakan dengan nasi, kira ok. Kadang tu dia akan kata tambah garam sikit sebab kakchik ni tak pandai bubuh garam.
Selain lauk cendawan ni ada ulam dan ikan goreng kunyit. Cukuplah untuk kami berdua makan tengahari. Petang nanti nak penuhi jemputan abang ipar kakak yang buat kenduri di rumahnya. Jadi tak payah masak untuk makan malam hehe.
Selamat bekerja, selamat berehat untuk kawan-kawan semua.
p/s: Resepinya akan kakchik masukkan di My Culinary Adventure.
teringat masa kecik2 adik sy anggap cendawan sbgai ayam. punyalah suka kalau mak buat sup cendawan. sbb dia ingat sup ayam :)
ReplyDeletehehe, kelakar juga pengalaman tu... kakchik pun masa mula-mula makan cendawan satu masa dulu dok ingatkan daging ayam juga. buat malu je bila kawan cakap, cendawanlah...
ReplyDelete