Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Quote dari diari online seseorang:
Siapa yang tidak bahagia dan rasa bertuah bila balik dari kerja melihat rumah yang kemas terurus dan orang yang menyambut kepulangan kita berwajah manis tersenyum. Ibarat dia tidak sabar menanti kepulangan kita bila seharian terpisah kerana menyahut seruan hidup, bekerja mencari rezeki. Menyara keluarga demi tanggungjawab yang bakal ditanya Tuhan kemudian hari.
Siapa yang tidak bahagia bila disambut dengan hidangan air minum yang masih berasap, kepanasannya masih kuat kerana masih baru disediakan khusus untuk kita. Terasa beruntungnya memiliki pasangan hidup yang begitu mempunyai empati terhadap kita. Allah saja yang tahu betapa bahagianya hidup begini.
Betapa bahagianya terasa masuk jauh ke dalam jiwa bila kain telah siap dibasuh, sampah-sarap siap dibungkus dan dibuang. Mashaallah bertuahnya mempunyai pasangan hidup yang begitu bertanggungjawab terhadap rumahtangga. Allah SWT memang terlalu baik terhadap kita kerana menjadikan dia pasangan hidup kita. Bahagia dunia akhirat.
Bagaikan mimpi rasanya.
Bilakah agaknya mimpi ini boleh terus-terusan menjadi kenyataan? Sudah tentu boleh ... bila kedua belah pihak sudi memainkan peranan masing-masing sebagaimana yang Nabi Muhammad saw dan isteri-isteri baginda tunjukkan teladan sebelum ini.
Suami pelindung isteri dan isteri penyeri hidup suami.
Insyaallah. SAMA-SAMAlah suami isteri memainkan peranan masing-masing. Apa guna kita belajar tinggi tapi imu itu kita tidak mampu manfaatkannya? Sebelum Allah marah, lebih baik kita segera perbaiki kelemahan dan mantapkan kelebihan yang ada. Allahu'alam.
ermm...baru la aman damai kan...
ReplyDeletedalam usaha cuba perbaiki diri dan buat yg terbaik utk suami dan anak2...thx for sharing kak chik.
ReplyDeletesob sob..sedih bila memikirkan jadual diri sendiri yg tak sempurna lagi ni..bila nak jadikan mimpi itu kenyataan buat kami sekeluarga?
ReplyDeleteprinceduyong: insyaallah...
ReplyDeleteMysDear: Samalah kita. Tapi benda ni kena suami isteri usahakan. Tak jadi kalau kita saja kan.
ReplyDeleteaSHa: Insyaallah, kata orang mahu seribu daya, tak mahu sepatah kata je. Sama-sama kita usahakan. Kakchik pun serupa juga.
ReplyDelete