Followers

24.6.10

Sehari sebuah buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah 12 lebih... cepat sungguh masa berlalu. Kakchik baru selesai beberapa aktiviti, masih banyak lagi ni. Hari ni membuta lama sikit sebab cuti. Tak biasa buat kerja membuta ni tapi badan kakchik ni terasa lagi kesan-kesan letih semalam. Dalam 8 lebih tu baru nak mandi selepas selesai menyapu rumah.

sup rawan kentang + roti = sarapan

Sediakan sarapan untuk cik abe sebab dia nak keluar jumpa client pukul 10 pagi. Kakchik pulak nak ke pasar dengan Ummi. Bila cik abe dah keluar, kakchik layan anak-anak sedara bereempat tu tengok Kungfu Panda lepas tu ke pejabat pos, poskan buku dan abaya pelanggan, singgah beli chakuih, goreng pisang, cakar ayam dan roti kemudian ke pasar ambil Ummi yang kakchik tinggalkan kat situ.

amni, aqif, aqim dan emran menonton kungfu panda

Sampai rumah ni ingat nak bermalasan je sambil sudahkan membaca novel Julia Quinn yang dah separuh kakchik baca malam tadi. Dah lama sungguh kakchik tak baca novel yang bakal dimasukkan dalam senarai Novel Sewa di MariBaca. Kali ni nak relax betul-betul sebab lepas Zohor nak menghadap assignment la pulak.

novel yang sedang dibaca.

Novel-novel Inggeris ni adalah peranan besar dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris kakchik. Kalau nak harapkan komunikasi memang sukarlah sebab tak ramai orang kat Kelantan ni yang nak gunakan bahasa omputih tu lagipun kita ada bahasa kita sendiri untuk bercakap kan.

Tapi pengaruh besar dalam bahasa Inggeris kakchik ialah buku termasuklah novel. Insyaallah sebelum pukul 3 novel ini akan habis kakchik baca. Hingga itu, wassalam.

8 comments:

  1. Tak tahu pula Kak Chik ada jual Abaya :O Menarik! :) Susah betul nak dapatkan Abaya yang sama saiz dengan Nisa - saya pendek :( Kalau nak dipotong bahagian bawah, sayang. Sebab ada manik di bawahnya.

    ReplyDelete
  2. bagusnya..teruskan mmembaca..

    ReplyDelete
  3. Nisa', kakchik jual abaya sejak bulan 11 tahun lepas. Kakchik pun kecik je... pakai saiz XS/50 je. Tak perlu nak potong-potong :)

    Singgah la kat sini: abayaelegan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Jarang sangat Iza baca novel BI, sebab tu BI Iza kekal teruk walaupun dah mula langkah seberang lautan. Ironi sungguh *malu*.

    Iza pon suka tengok Kungfu Panda ulang2 hehe :)

    ReplyDelete
  5. Iza, kakchik pula jarang baca novel BM. Tapi sejak ada novel Islami terbitan PTS dan Galeri Ilmu, kakchik dah mula membaca novel BM. Banyak cara lagi nak pandai BI Iza. Yang penting kemahuan itu ada.
    Kungfu Panda dah jadi tayangan harian kecuali Jumaat dan Sabtu. Sebabnya Amni sangat suka filem tu.

    ReplyDelete
  6. I've never tried reading any of Julia Quinn's writing because the genre is out of my league..Have you tried Khalid Husseini Novels kak..For me his book is the greatest for years to come..

    ReplyDelete
  7. umm ruman, I read all kind of books and from many type of genre. as a reader and also a bookseller, I prefer reading the book before I sell them. Insyaallah I've already read all Khaled Hoseini's novel. Yes, I love his books especially the Kite Runner and the 1000 Splendid Sun. Splendid.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs