Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah... lega je rasanya bila urusan-urusan rasmi di bank telah selesai. Dah banyak hari kakchik menangguhkan hasrat nak ke bank kerana library kekurangan staf. Jadi banyaklah urusan macam nak masukkan cek, nak tunaikan cek, nak deposit tunai, nak bayar bil-bil utiliti dan seumpamanya terbengkalai. Yang paling tak suka ialah bila lebih tarikh dan jadi tunggakan.
Kakchik baru balik dari BIMB Kubang Kerian ni. Alhamdulillah hari ni walau ramai pelanggan di bank tapi servisnya agak cepat dan cekap berbanding biasa. Takdelah lama sangat kakchik menunggu.
Bila sampai di library ni, kepala pulak mula nak sakit. Macamana tak sakit... kat luar tu cuacanya panas dan masuk ke dalam pejabat, suhunya sangat sejuk. Ni sambil sakit kepala, sambil menaip ni. Nak tidur, kakchik tak biasa tidurlah dalam pejabat ni.
Teringatlah satu perkara yang kakchik tengok ada di merata-rata. Sekarang ni dah jadi trend perempuan Islam di Malaysia memakai tudung segera yang kebanyakannya dibuat dari kain jenis spandex atau cotton t-shirt. Hinggakan kalau ke kedai kain, bergulung-gulung kain jenis itu disusun kat bahagian paling utama di situ. Misalnya di kedai kain Utama, KB.
Tudung segera. Itulah nama yang kakchik berikan kepada semua jenis tudung yang mempunyai awning dan dipakai terus tanpa perlu dijahit. Ada pelbagai saiz, dari kecil, singkat dan jarang hinggalah kepada yang besar, labuh dan tebal. Semua jenis citarasa pemakai dapat dipenuhi.
Warna-warninya sangatlah menarik. Sekali fikir, best nya kalau semuanya milik kakchik hehe. Tapi kakchik tak minat dan tak pakai tudung segera ini. Kakchik masih suka pakai tudung yang perlu digosok, jenis empat segi besar ataupun selendang lebar.
Bagi sesiapa yang memakainya, boleh je... Takde salah apa-apa, ASALKAN labuh menutup aurat. Personally kakchik tak berkenan dengan tudung segera ni sama ada singkat atau labuh ialah kerana jenis kainnya itu menyebabkan IA MELEKAT DI BADAN. Kalau tak kena cara, betul-betul membentuk bahagian dada kita. Huhu... seganlah dan nak tutup jadi tak tertutup pula.
Sebab tak mahu secara tak sengaja kakchik macam sengaja tunjukkan bahagian badan tu, maka kakchik awal-awal mengelak daripada memakai tudung-tudung segera ni. Kakchik bukan kata orang lain ya, tapi diri sendiri sebab kakchik lebih tahu pasal diri kakchik yang lemah ni.
Apapun, taste masing-masing la kan. ASALKAN menutup aurat dengan sempurna. DAN masih ada yang salah faham... dia kata tutup aurat tu dah lengkap bila dia pakai tudung. NO... kalau pakai tudung baju lengan pendek, macamana? Kalau pakai tudung, tapi tudung singkat, nampak leher, nampak rantai, macamana? Kalau pakai tudung tapi nampak betis, kain singkat, seluar ketat. Kakchik selalu jumpa wanita mengandung yang bertudung tapi pakai dress mengandung yang separas lutut atau bawah sikit pada lutut. Tak tutup aurat semuanya itu...
Jom kita sempurnakan menutup aurat kita. Bagi kakchik, kalau kita nak pakai tudung, apa salahnya kita sempurnakan dengan menutup aurat sepenuhnya. Barulah tak jadi sia-sia. Rugi je kalau kita buat sambil-sambil je sebab tak sempurna. Sayanglah.
Itu je untuk petang ni. Cerita tudung segera bukan mee segera. Allahu'alam.
hehe.betul betul.ada baik ada kurang baik jugak tudung segera ni:)
ReplyDeletea'ah la kakchik..tudung tu dia lembut..mengikut bentuk hadapan...ehehehe sy ada tudung tu...mmg segan gak kalo terover sgt gitu..
ReplyDeleteKak Chik, saya pernah nampak orang yang pakai tudung elok, dan bahagian hadapan tidak pula diselimpang ke belakang. Tetapi malangnya rambut dia lebih panjang daripada tudung. Err??
ReplyDeletenadiah pun tak minat tudung segera (selendang lebar pun tak minat :p) tu tapi tu la..dah trend tudung tu. nak cari tudung 4 segi kat internet pun payah, tak byk choice...kebanyakannya jual tudung segera..huhu..
ReplyDeletekakchik bykkan la produk tudung 4 segi (plain & bercorak)..ada yg berkenan blh nadiah beli..takyah susah2 cari tmpt lain..hehe
Assalamualaikum kakchik..
ReplyDeleteidah kembali semula berblog..bila baca entry akk pasal tudung segera ni..idah setuju dgn pandnagan k.chik..kerana idah pun tidak suka fesyen tudung begitu..kainnya melekat didada..pd idah ianya belum menutup aurat.bila mana ada yang kata sudah menutup..namun jika ditelusuri ianya belum..masing2 ada pendapat sendiri kan..namun idah suka cara penyampaian dakwah akk..
sizuka, bagi kakchik kalau jenis berbunga atau bercorak dan labuh, masih ok sebab kurang nampak susuk badan. tapi kan kaau yg polos tu kurang selamat sikit :)
ReplyDeletekakchik pun ada 2 helai tapi untuk pakai kat dalam rumah je terutama bila memasak. hehe memasak pun pakai tdg. segan nak pakai di luar.
ReplyDeletesuri, kakchik pun pernah nampak orang pakai macam tu. dia belum faham lagi tu.
ReplyDeletetaste masing-masing kan nadiah cuma kena ikut syarat besar iaitu menutup aurat. ada blogshop yg jual tdg besar 4 segi tu. kat blog abaya elegan ada satu link, true hijabis dan di blog kakchik's wardrobe ada hra enterprise. kakchik taknak jual sangat tudung sebab nak fokus abaya dulu.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Idah.
ReplyDeleteKita sesama pengusaha bisnes pakaian muslimah ni kena sama-sama promote jenis-jenis tudung yang 'selamat'. Insyaallah pelanggan dapat tutup aurat, kita pun dapat saham yang baik juga, kan?
Assalamualaikumwbh ya uhkti...
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ayu seronok with this article. I might sound happy go mommy, :) in my blog but my family and I are very critical with hijab. Tahniah Kak Chik...
Jazakillah....
Wa'alaikummussalam Ayu.
ReplyDeleteTerima kasih Ayu. Kakchik pun jenis yang happy-go-lucky sebab kakchik tak suka orang negatif. Terima kasih singgah dan komen.