Followers

17.6.10

Sayur Rampai Ringkas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah sampai hari Khamis lagi. Rasa macam cepat benar masa berlalu. Dah la banyak lagi perkara yang kakchik nak buat dalam minggu ni belum sempat dibuat hinggakan tertengguh beberapa kali. Kerja jadi bertangguh kerana terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab berkait dengan orang lain.

Belah pagi ni kakchik nak kongsikan masakan sayur yang dimasak pagi semalam. Semalam tak sempat nak share sebab tak dapat download gambar dari kamera sebab adapter tertinggal di rumah. Bila balik rumah banyak kerja lain pulak menunggu. Nak buat malam tadi terlupa, akhirnya jadilah pagi ni.

Inilah dia SAYUR RAMPAI KAKCHIK.


Kakchik masak yang ringkas juga semalam. Selain sayur ni, kakchik hanya gorengkan ayam dan ikan untuk kami jamu selera. Masak dalam kuantiti untuk 4 orang sebab tengahari cik abe tak perlu masak, hanya perlu panaskan saja.

Resepi sayur tu mudah sesangat, orang tak pandai masak pun boleh teka kot. Kalau ada yang berminat boleh la ke SINI untuk tengok resepinya. Kakchik kurang rajin nak tulis semula di sini.

Hari ni kakchik belum masak sebabnya kakak buat akikah anak bongsunya yang baru lahir. Jadi kemungkinan besar kami akan makan di rumah Ummi. Tapi air perlu juga dimasak sebab cik abe nak minum kopi pagi-pagi ni.

Kesiannya anak sedara kakchik si Eqbal yang sedang demam tu. Sekejap-sekejap menangis dia. Sayu rasa hati ni bila dengar dia menangis. Adik kakchik dan suami dia pun dah cuba tenangkan anak kecil diorang tu tapi nak buat macamana kan. Anak kecil ... kesian betul. Lagikan kita yang dah dewasa ni pun kalau demam teruk pun rasa nak menangis.

Banyaknya agenda bertindan hari ni... Allahu'alam macamana nak selesaikan ni. Harap-harap Allah bantu.

4 comments:

  1. sedap nyer dia punya sayur..heheh

    ReplyDelete
  2. salam...
    kakchik apa kabar?semoga dalam lindunganNya sentiasa..
    sayur tu kalau akak masak,suka letak tepung jagung sikit,biar kuahnya pekat sikit....sedap makan kalau ada telur grg :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih umie. sayur mudah-mudah je tu.

    ReplyDelete
  4. wkslm kak kam.
    khabar baik kak, alhamdulillah. amiin. semoga kak kam sekeluarga pun dilindungi dan dirahmati Allah juga.
    kakchik pun dulu2 suka juga masukkan tepung jagung tapi sebab jarang masak, tpg jagung dah rosak jadi rasa cam tak berbaloi je nak beli lagi. mgkn bila nak masak yg byk guna tpg jg br nak beli.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs