Followers

18.6.10

Alhamdulillah... ada 2 lagi buffered baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah... rezeki blog Keluargaku Sayang dan Kakchik's Wardrobe bertambah lagi. Terima kasih kepada pengiklan-pengiklan Nuffnang yang sudi mengiklan di kedua-dua blog. Kita win-win la ya.

Yang terbaru ialah iklan DiGi.

Kakchik akan berusaha untuk blogging macam biasa dengan pelbagai isu kehidupan yang kakchik lalui. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk diambil sebagai pengajaran.

Kalau sehari tak menulis tangan ni rasa pelik je... hati pula bagai digaru untuk membuka blog dan mengemaskini. Tapi bukan semuanya mudah untuk dikongsikan.

Kakchik cuba sebaik mungkin untuk berkongsi perkara yang baik untuk diri dan baik untuk Islam. Itulah harapannya. Kadang-kala mungkin tersasar juga tapi dengan adanya sahabat, harap betulkanlah kakchik.

Hasil blogging ini adalah satu insentif peribadi buat kakchik. Menulis kerana Allah, insyaallah.

Semoga semua teman-teman yang rajin menulis dan suka berkongsi kebaikan akan juga mendapat elaun yang lebih sama ada dari Nuffnang dan seumpamanya.

2 comments:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails