Followers

4.6.10

Perjuangan belum selesai, Isteri dirogol depan suami

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang mulia untuk semua.

Update ringkas untuk pagi Jumaat ni. Sebentar lagi nak ke tutorial. Minggu ni ada kelas macam biasa. Hati ni nak ke Dataran Stadium sebab ada kuliah Jumaat oleh Tok Guru MB dan lepas tu ada perhimpunan ala demo menentang keganasan Yahudi laknatullah. Kalau dapat pergi kan ke happening tu.

Nak buat macamana kan, menuntut ilmu itu juga wajib. Sementara nak tunggu air kopi kakchik sejuk sikit, kakchik update la sikit blog ni. Nampaknya hari ni sekali lagi tak dapat masak untuk suami sebab kelas non-stop. Masa orang solat Jumaat pun kakchik ada kelas. Almaklum anak muridnya sorang dan cikgunya pulak perempuan juga. lepas tu rehat 15 minit untuk solat zohor, sambung semula kelas jam 2.30 ptg. Huhu, berkampung di OUM la hari ni.

Kakchik sempat baca BH Online. Astaghfirullah... inilah yang tak mahu di baca:

Isteri dirogol depan suami
Oleh Junita Mat Rasid

2010/06/04

Penjenayah laku perbuatan keji kerana tak puas hati hasil rompakan

TANGKAK: Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.
Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.
 Kalau nak baca lanjut sila ke BH Online.

Jahat sungguh diorang ni. Maafkan kakchik sebab nak laknat juga perompak-perampok orang Indon ni. Kenapalah datang ke negara orang asyik buat onar saja. Bukannya bila hijrah ke tempat orang nak cari rezeki halal, buat kerja elok-elok. Huh!

Semakin menggila dah penjenayah dari seberang ni mengganas di negara kita. Seingat kakchik, terlalu banyak berita ganas dan ngeri yang keluar dalam media setiap hari majoriti melibatkan pendatang. Lepas tu orang jahat tempatan pun mulalah nak tiru mereka. Agaknya pihak keselamatan pun tak cukup kakitangan dan kemahiran nak tangani mereka.

Ops, cukuplah dulu. Nanti kan lupa nak revision sikit. Insyaallah kita jumpa petang nanti pula.

Selamat bersarapan!

12 comments:

  1. manusia sekarang semakin kejam...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,
    Nauzubillah min zalik. seram dengar cite macam ni. teringin nak blaja seni mempertahankan diri...

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..selasa depan sy kelik kelate..nanti nak gi kb mall nak jupo kak chik..minta no phone ye?emelkan ke catlina7@yahoo.com..tapi esok sy tak online dah...mohon emel segera..

    btw kak chik, kat area rumah MIL, perampok 2 org masuk rumah, ada maid dgn anak tuan rumah umur 11 tahun gak.Maid tu org indon juga..diorg tak puas hati dgn hasil rompakan, dirogolnya maid tu..anak tuan rumah trauma sampai sekarang masih jumpe pakar psikologi!

    ReplyDelete
  4. salam kakchik
    blogwalking..
    nice blog la kakchik, simple and pure

    btw, pasal perompak indon ni memang c*l*k* kan..

    patut la ina penah dengan kawan ina(anak polis) dia cite kalau polis kejar perompak2 indon ni depa tembak semua bagi mati terus sebab depa ni kejam

    ReplyDelete
  5. assalamua'laikum kak chik...
    Allah,inilah antara ketakutan yg paling saya takuti di dunia ini....eloknya banyakkan baca al quran di rumah,niatkan juga ia menjadi pendinding rumah.

    rumah saya pun pernah orang berak dibelakang rumah, mungkin salah satu sihir supaya penghuni rumah dipukau.tpi alhamdulillah tak masuk,jiran saya yg kene masuk pencuri.

    takutkan kakchik....ada suami pun dorang tak takut,kalau kita sorang apa lg lah!

    ReplyDelete
  6. subahnallahhhhh....

    perlaku jenayah seperti itu perlu dilaknat dan diberikan hukman tegas...

    geram sungguh! huhuhu

    ReplyDelete
  7. MX, itulah agaknya salah satu tanda zaman dah ke penghujungnya.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam catlina. kelik tu bukan jjupo kakchik di kb mall tp di billion deh. sat agi kakchik emailkan detailnya.
    mashaallah... macam modus operandi yg sama jah. dahsyat la manusia jahat zaman lloni. dah jadi syaitan terus dah. kesian budak tu dan maid yg malang tu. trauma susah juga nak sembuh.

    ReplyDelete
  9. wkslm nur. betul kan... kalau ada ilmu mempertahankan diri lebih bagus. kakchik dulu belajar silat sampai pangkat 3 calit juga tp dah lama tinggal, ilmu pun berkarat dah. risau benar kalau dok sorang kat rumah. hanya Allah dan Malaikat2 lah harapnya tlg jaga.

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam normi.
    memang dunia hari ni dah tak selamat. kejahatan dtg bukan saja dr makhluk syaitan yg kita tak nampak malah dari manusia berhati syaitan. orang tua pesan, pagari rumah dengan ayat2 al-Qur'an pada setiap penjuru rumah. itu kata orang tua tapi kita kakchik setuju mcm kata normi tu.

    ReplyDelete
  11. wkslm ina. terima kasih ya sudi juga singgah dan tinggalkan komen.
    kakchik pun ada juga dengar orang kata macam tu. agaknya sebab dah menyusahkan sangat. kalau ditangkap pun lagilah panjang ceritanya. menyusahkan negara kita je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs