Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.
Indahnya hari ni, mashaallah... langitnya cerah... awan ada la sikit-sikit memayungi mana-mana tempat yang bernasib baik, reduplah sebentar. Semoga keringlah kain-baju yang di basuh pagi tadi (ehem, Yang... tolong jemur kain ya, tadi tak sempat.) Suasana di sini nampaknya makin meriah dengan orang ramai yang mula masuk mencari keperluan dan membuat urusan di SSM yang bersebelahan dengan kami.
Hari ni tak kerja jadi kakchik ada di MariBaca ni sambil menyiapkan beberapa bungkusan buku dan juga abaya untuk diposkan sebentar lagi. Kalau nak kira, banyak juga urusan nak ke sana ke mari lepas ni. Kalau tengok senarai tu, macam ni lah agendanya:
- MariBaca
- Pej POS
- BIMB
- Kedai gambar
- MPKB
- Pasar basah
Entah sempat atau tidak dilakukan semuanya sebab dah dekat jam 12 pun kakchik masih kat sini.
Tapi bungkusan pastinya akan diposkan sebelum pukul 3 petang, insyaallah. Itu janji kakchik pada pelanggan. Kadang-kadang kakchik tertanya-tanya bagaimanalah orang-orang politik dan orang-orang bisnes besar menguruskan masa mereka. Jadual harian mereka tentulah lebih banyak dan hebat berbanding kakchik.
Apapun yang pasti dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah kita mulakan dengan Bismillah dan sebaik-baiknya niatkan kerana Allah. Insyaallah ia akan jadi satu ibadah buat kita. Sapa yang untung kan? Tentulah kita juga... Kakchik ni nak ingatkan diri juga ni sebab belum betul-betul istiqomah lagi.
Cukuplah dulu untuk pagi ni. Insyaallah jika ada kesempatan kakchik akan bercerita lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.