Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian semua hari ini? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu. Walau dalam apa juga keadaan, moga-moga iman kita sentiasa kuat untuk menghadapinya terutama cabaran-cabaran hidup yang kini terlalu banyak menggoncang keimanan kita.
Pagi-pagi ni bagi kakchik di perpustakaan ni ialah memeriksa tajuk-tajuk utama di suratkhabar. Hampir kesemua akhbar hari membincangkan topik hangat malam tadi yang diletuskan oleh TPM kita Tan Sri Muhyidin Yasin. Isu di ataslah.
Huhu, terkujat juga kakchik bila dengar saranan beliau. Kalaulah benar bagai dikata, maknanya anak-anak generasi baru di negara kita ni hanya akan dinilai sekali saja dalam hayat persekolahan mereka. Hanya perlu ke sekolah saja dan tunggu peperiksaan utama yang mungkin menentukan nak masuk universiti nanti.
Besar isu ni dan memang sensitif. Dalam kereta pagi tadi kakchik dengar radio IKIM.fm pun ada sesi beri pendapat tentang isu yang sama. Ramai pemanggil tak bersetuju. Antara alasan mereka ialah:
- bagaimana mahu menilai prestasi pelajar jika mereka hanya perlu periksa sekali saja?
- pelajar mungkin jadi leka dalam pembelajaran mereka kerana lambat lagi untuk penilaian utama.
- kemungkinan besar makin banyak masalah sosial yang akan timbul
- semangat belajar dan persaingan akan luntur
- kerajaan tidak perlu mansuh tapi perlu rombak sistem pendidikan yang sedia ada. tambahkan nilai-nilai yang perlu di dalamnya dan buang mana yang tidak perlu.
- kerajaan perlu teliti balik sistem pendidikan negara dan buat perubahan positif di situ
Bak kata isu ini akan menjadikan pelajar sekali lagi mangsa keadaan. Kesian, tapi apalah daya kita yang hanya ada mulut dan jari-jemari ni.
Kakchik tahu kerajaan masih di peringkat cadangan tapi bila dah masuk berita, dah masuk akhbar kemungkinan besar cadangan itu sudah hampir nak jadi keputusan. Semoga kebijaksanaan dan keimanan terhadap Allah SWT akan membantu pihak kerajaan kita membuat keputusan yang paling memenuhi kepentingan dan keperluan masyarakat terutama para pelajar.
Allahu'alam.
Rujuk: