Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.
Apa khabar hari ni? Kakchik MC hari ni sebab tekak kakchik yang sakit sejak Jumaat lalu semakin teruk kondisinya. Malam tadi kononnya nak tidur awal untuk bangun awal. Niatnya nak bertahajud setiap malam bagi menyahut cabaran Prof. Kamil baru-baru ni dan cabaran diri sendiri. Tapi batuk-batuk sangat mengganggu hinggakan lewat pagi barulah kakchik melelapkan mata. Sudah terlalu letih maka, layan tidurlah hingga ke Subuh.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: KaripapSayur
Ubat insyaallah sudah ada tapi kakchik mahu ke klinik sekali lagi untuk doktor cek keadaan dalam tekak kakchik. Risau juga takut infeksi yang bahaya. Batuk yang dihasilkan oleh sakit tekak ni bukan saja menyebabkan kakchik muntah bahkan menyebabkan kakchik jadi letih dan lesu. Semalam di pejabat 2 kali kakchik muntah. Nasib baik berlaku bila kakchik dah masuk ke pejabat selepas beberapa jam di BIMB.
Kakchik syukur walaupun tekak sakit, kakchik demam sikit saja. Yang sukarnya ialah untuk bercakap dan menelan makanan. Kan dah kata, bila Allah tarik satu saja nikmat-Nya, satu badan tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa. Semuanya terasa lemah tapi kena gagahkan diri juga. Bila di rumah ni kenalah juga uruskan mana yang patut seperti memasak.
Kejap lagi masuk waktu tengahari kemudian nak solat Zohor. Kakchik masih berfikir ni nak masak apa yang sesuai dengan keadaan tekak yang sakit ni. Dalam peti ais ada stok udang dan ayam. Udang tak boleh makan nanti makin teruk batuk ni. Ayam pula kakchik beli drummet sebab planning asalnya nak buat goreng salut tepung. Hmm... telur pun ada. Buat sup telurlah agaknya paling sesuai.
Bila sakit begini yang paling kakchik suka ialah orang tak tanya kakchik banyak soalan.
salam kak chik..cuber buat sup ayam lengkuas ..ataupun tom yam putih..
ReplyDeletepatutlah kak cik giat berbisnes..rupernya ada keturunan..semuga bisnes kak chik bertambah maju.
Salam Kak Chik
ReplyDeletesokmo masuk blog ni , tapi jarae jarae tinggal jejok.
Harap kak chik cepat sembuh. Musim musim panah ni , senae nok buleh nyakit.
semoga cepat sembuh kakchik..masak sup lagi bagus dari yang bergoreng kalau batuk-batuk nie..hee~
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak ina.
ReplyDeleteMmm... sup ayam lengkuas tu menarik juga tu. Tomyam putih pun sedap tapi bahan tak cukup. Nanti nak jengok blog akak cari resepi sup ayam lengkuas. Rasanya malam ni atau esok bolehlah kakchik cuba. Walaupun ada keturunan bisnes, dalam 9 beradik hanya kakchik seorang saja yang betul-betul bergiat.
Wa'alaikummussalam kak pB. Tok seko kak pB nok bersuagho haghi ni. Kakchik ado napok kak pB di Follower :) Terimo kasih deh sebab sudi singgoh nga tingga komen. Insyaallah akan sihat jugok sikit lagih.
ReplyDeleteTerima kasih Ika. Kakchik ada buat sup hari ni dan goreng telur dadar budu untuk cik abe. Insyaallah sedap hirup kuah sup.
ReplyDeleteKesiannya kak chik, bila sekali sakit..teruk sakitnya...Allah ingin menguji kesabaran kak chik.Insya Allah sakit itu akan berlalu pergi..Kak Chik masak apa sahaja pun mesti sedap..saya dah tengok makanannya kalau saya makan, sure habis licin tu kak Chik...
ReplyDelete