Sebelum tidur malam ni kakchik terperasan yang follower blog Keluargaku Sayang telah mencapai 400 orang! Mashaallah... terima kasih banyak kepada semua yang sudi follow blog ini walaupun isinya kadang-kadang saja bernas.
Kakchik sememangnya menanti angka itu menjadi 400 kerana ada sedikit buah tangan yang ingin kakchik hadiahkan kepada follower ke-400. Tanpa permintaan atau paksaan dari kakchik, kalian semua telah sudi follow.
Oleh kerana kakchik hanya berhajat memberi hadiah kepada follower ke-400, maka ZURENA layak menjadi penerimanya. Kenapa tunggu hingga 400? Kerana angka itu satu angka yang kakchik tidak percaya boleh dicapai oleh blog ini.
Kepada ZURENA, kalau sudi, silakan emailkan detail alamat dan sebagainya untuk penghantaran cenderahati dari kakchik.
Rasanya kalau sampai angka 500, bolehlah kakchik sedekahkan cenderahati lagi. Insyaallah dengan izin-Nya.
Terima kasih banyak-banyak duhai follower sekalian. Ini hadiah kakchik untuk kalian semua.
Insyaallah kakchik akan cuba mengemaskini blog dengan pelbagai topik berkaitan keluarga, diri, agama dan masyarakat. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.
Tahniah, kakchik..
ReplyDeleteTumpang gembira.. =)
Tahniah, blog kak chik ni banyak manafaatnya..sebelum ni saya hanya baca blog yg berbahasa Inggeris sahaja..tak sangka inilah first time dan terus jatuh hati dengan blog berbahasa Melayu..Kak Chik your blog makes a lot of different in me..
ReplyDeletesalam kakchik..
ReplyDeletetahniahhh! kiter pong suker dengan n3 kakchik! dan ukhuwah yg ikhlas ini terutamanya...
kak chik ada peminat tersendiri...
ReplyDeletetermasuk saya!
:)
salam kak chik..sy pon dah nak cecah 400,tapi belum sampai2 lagi hihihi ;)
ReplyDeleteTerima kasih wanita mustanir, azah, hana, nurul dan catlina.
ReplyDeleteAzah, terlalu besar penghargaan itu. Kakchik hanya tulis biasa-biasa saja. Tanpa sokongan teman pembaca, blog ini hanya sekadar cerita peribadi.
Alhamdulillah... kakchik syukur pada Allah bila hana dapat rasakan begitu. Semoga ukhuwwah kita kekal selamanya.
Alahai...nurul. Syukran.
Wa'alaikummussalam Catlina. Insyaallah tak lama lagi sampai lah tu.