Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger dan para pengunjung blog Keluargaku Sayang.
Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti di saat ini. Tentu ada di kalangan teman blogger yang bercuti di Kelantan. Areef dah balik ke belum ya? Katanya dia datang bercuti dengan keluarganya ke sini.
Semalam dah bermula Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan Ke-2 di Balai Islam, Lundang. MariBaca ada dijemput menyertai tapi kakchik buat keputusan tak masuk atas beberapa sebab tertentu. Moga-moga pesta buku Islam ni berjaya.
Baiklah, pagi ni kakchik ada membaca satu blog yang sangat menarik. Kisah seorang perempuan yang telah berkahwin dan kini menetap di London. Ada satu di antara perkara menarik dalam blog beliau ialah penggunaan kotak komen DISQUS.
Sebenarnya dah banyak kali kakchik lihat kotak komen ni tapi baru hari ni terasa nak mencubanya. Jadi sebentar tadi kakchik sudah pun mengemaskini kod blog ini dengan menampal kod DISQUS untuk kotak komen. Kakchik setkan agar bermula entri ini fungsi kotak komen DISQUS akan mula aktif.
Lepas ni kakchik nak cek sama ada menjadi atau tidak. Berkenan nak menggunakannya selepas nampak tersusun dengan elok dan mudah nak jawab setiap satu komen. Tu yang kakchik install tu. Kalau lepas ni jadi tak elok, kakchik akan buang dan guna yang asal.
Harap-harap ok.