Followers

28.6.10

Sarapan hari ni dari Radix Bakery House

Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua teman-teman.

Kakchik sedang menanti giliran untuk urusan di bank ni. Sebab lambat lagi kakchik cari tempat untuk blogging la sebentar. Sekadar nak berkongsi maklumat dengan kalian semua yang di KB ni bukan saja ada Radix Chicken House dan Radix Fried Chicken, kakchik baru tahu (actually sejak 2 minggu lepas tapi baru Sabtu 26 jun sempat singgah) yang di sini juga ada Radix Bakery House (RBH).

Pagi ni kakchik dan cik abe bersarapan dengan hidangan yang dibeli di RBH yang terletak di Jalan Paya Rambai berdekatan dengan Z & H Inn. Inilah sarapan kami pagi ni:

pizza + kek gulung + air susu higoat

Testimoni: Pizza tu nampak cam hangus sikit tapi sebenarnya pencahayaan kamera. Selepas dipanaskan pada suhu 180 darjah C selama 10 minit, hasilnya roti basenya lembut dan rangup di luar. Boleh tahan sedapnya cuma sosnya terasa pedas dan sedikit manis. Pizza ni tiada keju tapi mayonis. Kek gulung rasa macam kek gulung biasa yang dibeli di mana-mana bakeri.

Bakerinya masih baru dan belum banyak produk makanan yang dihasilkan tapi setakat apa yang kakchik beli iaitu donat, pizza dan kek, semuanya setanding dengan bakeri-bakeri lain yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam. Insyaallah di situ dijamin HALAL.

Ini bakerinya:

Kakchik terlupa nak ambil alamat lengkap dan no. telefon.

8 comments:

  1. wah dah ada radix bakery lak ye..maju maju

    ReplyDelete
  2. salam..
    kak cik..kat mana kedai bakery tu?
    cm best je..
    ida nk g la b4 pi kedah jumaat ni..

    ReplyDelete
  3. shiori, kakchik pun tak sangka ada juga RBH. ingatkan Radix cuma ada RFC dan RCH je.

    ReplyDelete
  4. wkslm scatty kinki. RBH tu kat Jalan Paya Rambai. Kalau Scatty Kinki dok dekat cbng 4 wispa persekutuan, ambil jalan sebelah hotel sutera inn yg menuju ke kubang kerian, ikut je jalan tu hingga jumpa simpang 4 lagi, teruskan hingga nampak Z&H kat sebelah kanan depan sikit lagi RBH di sebelah kiri. ada simpang masuk kiri dan tepinya ada bangunan warna hijau. harap jumpa.

    ReplyDelete
  5. slm ukhuwah...saya baru je balik KB awal bulan ni tadi....terlambat tahu pasal bakery ni...huhu...sy dr Sarawak...I like Kelantan very much.

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwwah kembali Alasmal. Takde rezeki la tu... insyaallah dengan izinNya satu hari nanti kat Sarawak pun boleh jadi akan ada cawangan RBH, RCH dan RFC. Terima kasih kerana menyukai Kelantan. Jemputlah datang lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam

    RADIX Bakery House Kota Bharu
    Lot 1807
    Bangunan Fajar Hijrah
    Kampung Paya Rambai
    Jalan Bayam
    15200 Kota Bharu

    Tel: 097472603

    http://www.facebook.com/RadixBakeryHouse

    ReplyDelete
  8. Wkslm Hasrol. Terima kasih kerana kongsikan alamat lengkap RBH.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs