Followers

25.6.10

Segalanya jadi perlahan...

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Semoga teman-teman semua dalam rahmat dan berkat Allah SWT.

Hari ni kakchik tak de mood sangat nak update blog sebab ada tanda-tanda nak demam selsema. Tekak terasa perit, kemungkinan besar juga kerana terpaksa menghidu racun nyamuk yang agak banyak semalam. Belakang rumah kakchik ni ada semak sikit jadi nyamuk-nyamuk ni memang suka sangat berkampung kat situ. Bila Maghrib je mulalah nak masuk ke dalam rumah.

sayur campur cendawan masam manis

Jadi kakchik terpaksa meracun mereka sebentar tapi tahu sajalah kesannya... nama lagi racun. Bukan ubat nyamuk... Yang menerima kesan ialah kita. Kemungkinan juga kerana semalam kakchik ditimpa hujan sikit. Hujan zaman sekarang ni manalah airnya bersih macam hujan zaman dulu. Partikel air hujan zaman sekarang ni mengandungi banyak toksid. Tu yang mudah nak demam kalau terkena walaupun sikit.

Jadinya... segala pergerakan dan aktiviti kakchik menjadi perlahan. Alhamdulillah sebab semua 3 kelas tutorial hari ni dipinda ke Jumaat depan. Tutor yang pinda. Allah tahu kakchik takde mood :)

Lepas online di FB sebentar, kakchik berehat barang setengah jam lepas tu mula masak-masak untuk makan tengahari. Macam biasa la kan, masak yang mudah-mudah je. Menunya ayam goreng celup tepung, sayur campur cendawan masam manis dan nasi. Kakchik buat coleslaw lagi hari ni. Nanti petang bolehlah dimakan dengan roti.

dinner semalam, sup rawan + kentang

Tapi kakchik dah cuba buat sandwich tadi, alhamdulillah... sedap. Jadi kakchik tak makan nasi la tengahari ni hanya temankan cik abe makan je. Nak minum air banyak-banyak sebab kawan-kawan di FB pesan suruh minum air banyak-banyak.

Oh, lupa, Yanmie pesan suruh sebut nama dia masa makan. Hehehe... kakchik asyik teringat je masa makan sandwich tadi. Yan, marilah makan sandwich petang ni sambil minum teh. Nak tak?

6 comments:

  1. Jemput minum kak Chik...:-) lupa lak nak bagitau saya azah a.k.a ummruman :-)

    ReplyDelete
  2. wah.kakchik selalu msk best2.tgh bce post kakchik pun bleh terliur:D

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih umm ruman. Actually I already know from the way you comments on my previous topic. Should I address you as umm ruman or azah here?

    ReplyDelete
  5. sizuka, insyaallah kakchik cuba masak yang best tapi tak pandailah nak buat yang kompleks. kakchik suka masak sayur yang ringkas je. sizuka pun boleh buat ni.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam catlina. amiin. terima kasih dtg ziarah kakchik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs