Followers

23.6.10

Pejabat Dimasuki Ular

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kakchik, alhamdulillah sihat walafiat. Hari ni lewat sikit mengemaskini blog disebabkan beberapa perkara yang berlaku.

Perkara pertama ialah PEJABAT KAKCHIK DIMASUKI ULAR!

gambar pinjam dari sini.


Iya.... pagi tadi selepas mengecop suratkhabar dan membelek serba sedikit kakchik terus masuk ke pejabat macam biasa. Ingat nak cepat selesaikan bil suratkhabar sebab kami staf perempuan dah berjanji nak menziarahi mak Pengerusi yang sedang sakit pada jam 11 pagi.

Elok masuk je dalam pejabat, terus letak beg laptop kat tepi meja dan letak beg tangan kat atas kerusi, bungkusan nasi atas meja. Baru nak labuhkan punggung atas kerusi kakchik dengan bunyi benda bergerak kat tepi meja. Bila intai, Allahu Akbar! Terkejutlah juga bila nampak ekor dan badan ular. Nasib baik tak nampak kepalanya. Warna perutnya kuning, atasnya hitam belang kuning.

Macam beranilah pulak, selamba je ambil beg tangan dan terus keluar dari bilik untuk minta tolong dari CikMat dan Pakcik Aziz di Lobi perpustakaan. Walaupun takde pengalaman menangkap ular ni Pakcik Aziz tolong juga selesaikan masalah kakchik.

Masa tu kami belum pasti jenis ular tu sebab kakchik hanya tengok sekilas je.

Habis pejabat berselerak. Tahu aje pejabat kakchik ni banyak barang, buku, majalah dan segala mak nenek fail. Tapi bagus juga sebab hari ni kakchik dapat ubah kedudukan dalam pejabat. Yey! Alhamdulillah.

Selepas berjaya menjejak ular yang licik tu, akhirnya Pakcik Aziz berjaya juga menekan badannya dengan penyapu. Kakchik disuruhnya buka plastik beg luas-luas dan dia pegang kepala ular tu dengan kertas. Hiiii geli-geleman rasanya sampai nak pitam. Hehe... maklum saja, tak pernahlah tengok ular real macam ni.

Makanya hajat untuk menukar susunatur dalam pejabat akhirnya tercapai juga setelah Allah menghantar seekor ular ke dalam pejabat. 

Tentu ada yang tertanya-tanya, bagaimana ular tu boleh masuk. Gini... pejabat kakchik ni dalam sebuah banglosetingkat, kat belakangnya banyak pokok-pokok dan ular tu kemungkinan besar masuk melalui lubang aircond. Semalam memang ada bunyi bising dari dalam aircond tu. Kakchik ingatkan cicak atau lipas bergaduh sebab biasa juga berlaku, cuma bunyinya kuat sikit.

Kakchik pun naik atas meja (meja betul-betul bawah aircond) dan ketuk-ketuk aircond tu. Kononnya nak halau serangga dan haiwan perosak. Eiiii sekali ingat ular tu sejak semalam lagi kat dalam tu, meremang bulu roma. Agaknya dia turun semasa kakchik dah balik kerja dan hari ni dok melepak kat tepi meja atas fail-fail kakchik.

Alhamdulillah... kakchik dapat beberapa pengajaran dari kejadian ular masuk pejabat ni.

1. Janganlah suka bertangguh. Misalnya kakchik dah bertangguh beberapa bulan projek nak susunatur semula pejabat kakchik ni. Patut buat sikit-sikit lama-lama akan selesai juga. Iyalah kalau nak cari alasan tu memang banyak tapi hakikatnya kakchik bertangguh.

2. Aircond tu dah sampai masa untuk diservis. Hehe... sebenarnya dalam seluruh bangunan perpustakaan ni hanya aircond dalam pejabat kakchik je yang sangat lama tidak diservis. Bukan CikMat tak mahu servis tapi kakchik yang tolak. Sebabnya, aircond dah sedia ok cumanya sebab dia sangat antik, takde controller maka masa hujan akan teramat sejuk dan masa panas, tak rasa sejuk sangat. Noted: Aircond need to be clean soon.

3. Banyak lagi majalah yang perlu dihantar jilid. Mana nak cari jurujilid yang berpatutan ni? Yang sedia ada tu memanglah murah caj dia ambil tapi servisnya sangat tidak bagus. Sudah masuk 2 tahun, majalah yang kami hantar dari 22 tajuk, hanya siap 13 tajuk. Itupun selepas kakchik telefon bagitau Pengerusi marah. Macam pahat dengan penukul. 9 tajuk lagi entah bila dia nak siapkan. Tiap kali ke kedainya kedai asyik bertutup. Mungkin dia ada masalah tapi kami pun sukar nak dapat berita terkini majalah-majalah kami tu. Banyak lagi kami nak jilid ni.

4. Pejabat kakchik jadi lebih luas. Selepas mengemas segala barang yang berselerak tu, kini ruang pejabat kakchik terasa jauh lebih luas dari sebelum ni. Malas pula nak ambil gambar. Insyaallah bila kakchik dah siap pindahkan rak-rak buku, kakchik akan ambil gambar dan jika rajin bolehlah kongsi kat sini.

Allahu Akbar! Lega rasanya. Terima kasih kat sang ular yang telah membantu kakchik mengemaskini bilik pejabat kakchik. Hehe, nasib baik tak kena patuk. Ular tu bukan calang-calang ular. Nak tengok? Tadi tak sempat ambil gambar sebab dia meluncur laju sangat, jadi kakchik Google aje.

Tak payah tengoklah... naik meremang bulu roma tengok gambar-gambar kat Google. Yang masuk pejabat tu masih anak kot sebab sebesar ibu jari tangan je. Yang dalam Google semuanya besar-besar. Takut nak tengok. Ular gading wat kata orang Kelantan atau ular orok-orok.

Selamatlah sudah ... Pakcik Aziz lepaskan kat kawasan semak di belakang Zahra'. Bye-bye ular.

12 comments:

  1. owh dah ada ruangan komen semula..


    ada hikmah ular masuk ye..

    org kata ular ni kadang2 bukan ular biasa...mula2 kita tak leh kasar jugak...mintak dia keluar cara baik..kalo dia buat sesuatu baru bertindak

    ReplyDelete
  2. iya asha. hanya selepas akaun disqus kakchik tutup kotak komen hilang utk semua entri yg guna disqus. yang selepasnya terus ada kotak komen.

    betul... hikmah yang banyak. kami layan ular tu dengan baik. takde niat nak pukul atau bunuh dia kecuali kalau dia mengganas :D

    kakchik siap kata, "cik ular... keluarlah... izhab bi salam... kakchik nak buat kerja" hehe.

    ReplyDelete
  3. eeiii..saya geli dgn ular..tgk gambar pun bleh terjerit2 d buatnya...apatah lg kalo tgk yg real..scary! alamat kne nightmare malam2 nnt d buatnya :D

    ReplyDelete
  4. salam kak chik

    nasib baik tak ada apa-apa,

    bertangguh kadang2 bukan sebab tak mahu buat, tetapi sebab terlalu banyk kerja nk buat

    itu yang kerja yang boleh ditangguh, asyik dok tangguh..tambah kakchik yng memang sentiasa sibuk ;D

    apapun, ular itu hadir untuk memberi ruang kepada suasana baru dalam pejabat kak chik

    mudah-mudahan ular tu dah tak sudi masuk lagi, bahaya betul, sambil baca terjungkit2 bahu sebab geli

    ReplyDelete
  5. salam k chik...alhamdulillah k chik tak diapa2kan oleh cik ular tu...dia datang buat surprise le tu... hehehee

    ni sy copykan jawapan dr blog komen sy utk kak chik ye...

    "" wsalam k chik...alahai resepinye sume main cempak2 dalam pinggan je kak chik hehehee...ikutlah ape2 stok yg ada dalam peti es.tak khusus pun.

    yg sya buat tu... kentang & telur tu rebus dulu,pastu potong2 sembarang.sayur letuce tu carik2kan aje...tomato tu potong dadu.kacang kuda tu saya gunakan yang dalam tin tu aje...xpress hehehee... klu rajin bolehlah goreng naget,fish fillet ke... potong2 kecik2 dan cempak sekali dalam tu.gaul2 pastu siramkan dengan sos thousand island yg kaler oren tu... udah... enak dimakan ketika sejuk juga...

    moga dapat membantu dan selamat mencuba kak chik...""

    ReplyDelete
  6. Salam kak chik,
    Er... siap bye bye ular tu.. hihihi. gerun saya dngar. ms kecik2 pun, slalu ia nyorok bawah katil. maklumlah rumah family saya kat kampung, papan,tepi bendang. sejuk kot... hihihi

    ReplyDelete
  7. aduhhh. ummu mmg takut ular...

    ReplyDelete
  8. mysdear, geli kakchik nak pitam dah tadi. masa pakcik aziz dok ketok2 rak2 buku dan kotak majalah, kakchik duduk atas meja hehe. insyaallah tak night mare kot sb tak tengok kepala dia. kalau tak, isyk seriau.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam mas.
    alhamdulillah... Allah masih selamatkan kakchik dari bahaya racun ular.
    kerja bertangguh ni memang tak digalakkan oleh islam sebab tu kakchik dapat pengajaran hari ni.
    hehe, ular tu bawa misi dr langit tu...
    insyaallah dia tak masuk dah... kakchik dah cakap elok2 dah dgn dia tadi

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam fiza.

    hehe, alhamdulillah kakchik selamat. suka je nak surprisekan kakchik kan?

    tima kasih banyak ya fiza bagi resepi w/pun campak2. resepi yg jenis campak2 ni kakchik suka sebab selalunya bahan mudah2 :D

    thanks a million fiza!

    ReplyDelete
  11. wa'alaikummussalam nur.
    kena bye bye... tanda berpisah cara baik hehe. boleh jadi dia masuk pun sebab dlm aircond tu sejuk. isyk janganlah dibuatnya dia masuk lagi

    ReplyDelete
  12. ummu, hakikatnya majoriti orang pompuan takut ular kan? kecik boleh tahan lagi tapi kalau besar sahih kakchik tak masuk dlm pejabat tu, fobia.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs