Followers

29.6.10

Nama saja orang Kelantan tapi...

Assalamualaikum dan salam berehat kepada semua teman-teman.

Dalam masa setengah jam sebelum kakchik offline ni kakchik nak kongsikan sedikit pemandangan yang sungguh menyegarkan. Gambar-gambar ni kakchik rakam dari jendela rumah kakchik siang tadi.

Hijau mata memandang.

Pelbagai jenis pokok yang terdapat dalam tanah jiran di sebelah. Menyuburkan tanah, menyamankan pandangan mata.

Oh, ada buah petai! Inilah kali pertama kakchik kenal pohon petai. Malu je. Gambar ni kakchik zoom.

Zoom beberapa kali dah nampak lebih banyak buah petai bergayutan. Rupanya itu pohon petai...

Hari ni kakchik baru kenal yang pokok di tanah jiran di sebelah tu ialah pohon petai. Sebelum ni kakchik tak tahu pun hinggalah ia mula berbuah. Seronoklah nanti jiran kami makan petai. Kakchik ni tengok saja bolehlah, makannya kakchik tak suka.

Kalau cik abe nak makan, kakchik tak galakkan sangat sebab mulut akan berbau. Tak seronoklah nanti...

Kadang-kadang kawan-kawan pelik dengan kakchik mahupun adik-beradik kakchik. Macamana boleh lahir di Kelantan, tinggal di Kelantan, sekolah di Kelantan, bekerja pun di Kelantan TAPI tak makan budu, tak makan petai, tak makan durian (kalau yang masih mekar tu makanlah juga), tak makan tempoyak, tak makan belacan dan banyak lagi makanan Kelantan yang kami tak makan. Hairan.

Kakchik pun takde jawapannya. Sedar-sedar dah memang tak makan. Tapi ada pengecualiannya. Misalnya budu, kalau dalam Nasi Kerabu mesti makan. Sambal belacan tu kalau beli nasi bungkus dah termasuk sambal belacan, makanlah juga tapi malam pasti tergaru-garu. Hakikanya kami ni cerewet dan kata orang bukan Kelantan pure. Maaf ya, kami anak jati Kelantan yang istimewa, hehe.

Tapi kan, semua menantu dalam keluarga ini sama ada orang Kelantan atau bukan Kelantan, semuanya makan semua yang kami tak makan tu. Jadinya kat dapur semestinya ada juga benda-benda itu terutama budu. Walaupun kakchik dan adik-kakak tak makan, kami sediakan juga sebab pasangan masing-masing suka makan. 

Pelik ke kakchik tak makan semua tu?

25 comments:

  1. kakchik sy org pahang yg makan semua yg kakchik tak makan tu..ehehe...kalah suami sendiri org tganu....uhuhuhu

    ReplyDelete
  2. salam wbt.

    mak sy makan jg belacan & petai. yg lain dia x makan dan x ajar anak2 makan. sy pulak belajar makan bila byk merantau. tu pun boleh terima belacan & petai shj. yg lain mmg x pernah cuba kecuali budu sekali. sampaikan sanggup x makan nasi kerabu sbb ada budu =)

    kak chik, bila kerja di sini. stok belacan boleh buat mandi. petai jeruk pula dikirim dr msia.

    alahai melayu =)

    ReplyDelete
  3. la..kakchik tak mkn budu ke? mmg pelik la. sblm ni jumpa dah pure kelate tak mkn budu. rupa2nya tak semua org kelate mkn budu ye. suami nadiah jgn kata la..kalau ada budu..bertambah2 dia mkn..ehe..

    Penangan budu dan petai

    ReplyDelete
  4. salam kak chik..kite "pernah" geng lah ni :)..sejak kecil, sy tak makan budu, durian, lompat tikam, nasi kerabu dan ayam eprcik.dah meningkat dewasa baru mkn.Skrg ni ikan percik pun sy tak berapa suka tapi ayam percik dah jadi feveret sejak form 3.Mama paksa makan.

    Budu pulak, yg kelakarnye, dah kawin dgn suami barulah belajar makan budu dek kerana suami sy suke sgt makan budu.Tgk dia syiok je makan, sy pun try ler, tapi takler selalu makan..kira ok lah boleh makan..

    yang lain2 sy sebut tu, semuanya dah mula makan dah...:)kecuali lompat tikam, sy masih tak pernah makan, dan tak terliur nak makan .Durian?my feveret now, esp durian tembaga, durian lain tak berapa kecuali kalau buat pulut/bubur

    ReplyDelete
  5. asha, kira bertuahlah sebab boleh makan semua makanan tu, hebat orang pahang.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam irma.

    ummi kakchik makan semuanya begitu juga dengan ayah tapi tak menurun langsung kat anak-anak.

    irma, apa maksud "stok belacan boleh buat mandi"? terlalu banyak ke?

    orang melayu memang makan macam2.

    ReplyDelete
  7. nadiah, itulah kenyataannya dik. bukan bangga ke apa tapi kadang malu juga bila orang tanya tapi kakchik pula tak makan. orang kata budu ni boleh buat ubat.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam catlina.

    ala... geng sekejap je sebab catlina dah berubah sekarang hehe.

    huhu, kakchik suka lompat tikam. sedap tau. kalau tak suka manis macam kakchik ni, kurangkan sos gula melakanya.

    kakchik tak pernah cuba durian tembaga. tapi cik abe suka makan pulut durian.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik,
    hihihi. kita boleh makan kan, cuma tak nak... hihi..
    perut saya cepat kembung makan petai. makan budu pun, ok. cuma kdg2 trjumpa u*at dlm botol bila dah simpan trsorok. itu yg buat geleman nak makan. tapi yg baru beli, sedap gak cicah jantung pisang rebus. itulah jer la. ulam lain tak reti sangat. abah saya pure makan budu. :)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Chik

    kak pB tok makae petai, buoh kerdah. Po'yok pun kak pB tok makae. Tapi duriyae, feveret tu.

    Kak pB kalu kelik KB , pagi pagi mesti gie cari kuih kat Pasar Kubae' Pasu tu.

    Kalu nok makae lopak tikae' hok sedap, Kak Chik gie cari kat Pasar Berek Duo Belas.

    ReplyDelete
  11. takde la pelik kak chik sebab ramai je orang kelantan tak makan budu...hehehe

    ReplyDelete
  12. saya hantu budu n petai tapi kat kg baru makan sbb hubby xsuka makan..ada geng baru menjadi..

    ReplyDelete
  13. mama kak nza pn xmkn budu ttp mayb dia dibesarkn diluar Klate...budu mmg feveret ttp xleh mkn cz alergik lak...hu.hu.hu...

    ReplyDelete
  14. Hmm, selama Nisa hidup ni, kawan-kawan dari Kelantan selalunya makan benda-benda ni. They even brought durians, budu etc. to Dublin. Haha. Entah macam mana dorang simpan tanpa dikesan pon tak tahulah~

    ReplyDelete
  15. salam
    seronopknya kak chik,hijau,sejuk mata memandang...mcm akak ni dok umah teres...tgk depan,umah org,tgk kiri,kanan,belakang..umah og hehe...
    akak pun tak makan budu..kecuali dalam nasi kerabu..
    kak chik,serius cakap..makanan kelantan,kalau dibeli luar dari kelantan,rasanya tak sesedap kat kelantan....
    akak kalau nak amkan,kebanyakannya akak buat sendiri...
    tapai pulu,kalau kat kelantan,dibalut dgn daun pisang/daun getah..
    kat sini ada org balut dlm daun keladi,besar gedabak....terkejut akak tgk...

    ReplyDelete
  16. wa'alaikummussalam nur.
    at least nur boleh makan cuma kembung perut bila makan petai je. kakchik ni langsung tak terliur. budu yang berulat kakchik tak pernah tengok tapi cincaluk pernah tengok masa dok rumah sewa di usm dulu.
    budu tu memang boleh je dimakan dgn apa saja, mentah, celor, rebus atau kukus. cik abe kata semua sedap.

    ReplyDelete
  17. wa'alaikummussalam kak pB.

    3 bendo tuh kita seghupolah kak pB. tapi gak buah duriyae ni payoh sikit. kalu hok keras tengoh mekar tu kakchik beranilah make.

    Tok ghajin sapa lagi Pasar Kubae Pasu tapi Berek 12 tu selalulah jugok sebab tengoh jale nok gi kijo jah. Meme betul la kak pB lopat tike Berek 12 meme sedak.

    ReplyDelete
  18. terima kasih shiori. jarang ada orang nak cakap tak pelik.

    ReplyDelete
  19. Susah jugak la Miza nak makan semua tu ya. Nak kena tunggu balik kampung, jauh juga tu. Makan sorang-sorang mana best kan?

    ReplyDelete
  20. kak nza, kalau makan budu jadi alergik macamana? gatal-gatal ke? kakchik tak tahan belacan. terbau aje dah terasa gatal. orang kata resdung tapi takkan belacan je penyebabnya. ummi dan ayah selalu jugak makan budu tapi tak tahu kenapa tak berjangkit kat anak-anak.

    ReplyDelete
  21. Nisa', kakchik teringat ada sorang tu nak ke UK dulu, ada kawan yang kirim budu, dia bungkus dan masukkan dalam beg pakaian. Biasa-biasa terlepas tapi sekali tu riuh satu kapal terbang rupa-rupanya botol budu pecah kerana momentum yang kuat. Huhu... habis satu beg pakaian busuk.

    ReplyDelete
  22. wa'alaikummussalam kak kam.
    dok kat kampung kak. dalam tanah sendiri tak banyak pokok tapi rezeki berjiran dengan tanah jiran yang hanya ada pokok-pokok buah-buahan. dapatlah menjamu mata.
    hehe, kita serupalah kak. kakchik pun makan budu dalam nasi kerabu.
    agaknya dia kurang feeling kot kak, sebab tu makanan kelantan di luar tak rasa macam kat sini.
    kreatif juga tu balut pulut tapai dlm daun keladi. sedap ke rasanya kak kam?

    ReplyDelete
  23. ya kak chik. byk sgt. dah 3 thn sy di sini x pernah susut. sentiasa bertambah. kalau kakchik tgok pun mahu tergelak. hehe.

    ReplyDelete
  24. irma, ni tentu kes dihantar dari kampung ya.

    ReplyDelete
  25. kak chik. sy ore sabah. Kwn 1 U ore klate. Stp kli cuti sem sy mst kirm Lepok durian, budu, serunding, kepok segera, dodol. Kat rumah (sabah) ktaorg x leh make klu x de budu :) kitaorg pn pelik jg kn? Budu tu x nk bli kt supermarket..mst yg kna pos dr bumi klate sndiri.. hemmmmmmm

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs