Followers

24.1.11

Tenang Berpurdah Sejak 16 Tahun Lalu (samb.)

Assalamualaikum dan selamat petang teman-teman semua.

Maafkan kakchik sebab begitu lewat menyambung tulisan kakchik petang semalam. Kakchik ingatkan bila balik ke rumah, malam tadi sempatlah kakchik sambung tapi takdir Allah kami menerima tetamu dan beliau balik hampir jam 12 malam. Masa tu kakchik pun sudah mengantuk. Hari ni pulak kakchik ambil cuti sebab nak bawa Ummi buat medical check up di HUSM. Jam 2 lebih baru ada masa nak berehat tapi belum larat nak mencoretkan apa-apa. Letih. Apapun, janji tetap janji jadi kakchik akan cuba menyambung tulisan semalam untuk tajuk ni.

Sebelum kakchik memakai purdah, kakchik sudah biasa melihat senior-senior yang mengikut jemaah al-Arqam dan beberapa orang senior PMIUSM yang memakai purdah tapi mereka hanya memakainya bila keluar dari pintu pagar kampus. Dalam kampus purdah diharamkan. Kakchik suka memerhati mereka tapi tidak suka bertanya kenapa mereka memakai purdah. Bagi kakchik sebab-musababnya kakchik boleh kaji sendiri. Bahan bacaan melambak dan kakchik pula selalu mengikuti usrah dan majlis ilmu. Alhamdulillah, semakin kita mencari kebenaran, mengamalkannya pula secara amal-jamai'e, kita mudah kuat dan yakin dengan pilihan kita.

Masuk tahun 2 pengajian, kakchik tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawan seusrah. Indahnya kenangan semasa tinggal di sana tidak dapat nak kakchik ceritakan. Yang pasti kakchik membina peribadi sebagai Muslimah semasa di sana. Makin hari hati makin terasa ingin berpurdah. Kakchik selalu berurusan dengan pelajar lelaki dan jika mereka tidak berusaha menjaga pandangan mata mereka, biarlah kakchik yang menutup. Hati kakchik tenang, mereka juga selamat dari dosa. Itulah yang kakchik harapkan. Tambahan pula hati ini mahu sekali merasai nikmat mengikut sunnah para isteri nabi.

Ketika itu kakchik mulai kenal seorang ahli usrah yang baru. Datangnya dari Negeri Sabah, akhlaknya sangat terpuji, ilmu agamanya jauh lebih tinggi dari kakchik, amal ibadahnya sangat teratur, kami sebaya tapi kakchik senior dari segi tahun pengajian dan dia seorang Muslimah yang berpurdah. Setiap kali kami bertemu di dalam majlis-majlis ilmu kakchik semakin menyukainya dan secara semulajadi diri tertarik dengan peribadi beliau. Kebetulan pula saiz kami yang hampir sama. Kalau kami duduk atau berdiri bersama, orang yang melihat ada saja yang kata kami macam kembar. Peribadi beliaulah yang banyak mempengaruhi kakchik untuk meningkatkan keperibadian diri.

Tapi kakchik tak pernah beritahu sesiapa hatta kawan baik kakchik sekalipun. Kawan baik pula ramai dan rapat dan mereka jauh lebih alim dan warak berbanding kakchik. Kakchik ni happy-go-lucky dan gila-gila sikit tapi sangat tegas dalam hal-hal tertentu. Menginjak ke bulan Ramadhan hati makin kuat mahu berpurdah. Sebelum tu semasa balik bercuti di kampung kakchik senyap-senyap menjahit sendiri 2 helai purdah. Kakchik memang menjahit sendiri tudung labuh yang kakchik pakai jadi untuk menjahit purdah tidak menjadi masalah. semuanya dibuat dengan jahitan tangan saja.

Rutin pagi di rumah sewa kami, selepas Subuh ada pasangan yang akan keluar ke pasar membeli barangan dapur. Tiba pada satu pagi Ramadhan, kakchik tidak ingat dah bagaimana tapi pagi tu kakchik bagitau kawan baik yang kakchik nak mula pakai purdah. Kawan-kawan beri sokongan dan dengan lafaz Bismillah kakchik mula memakai purdah semasa mahu ke pasar di awal bulan Ramadhan itu. Tiada hentian lagi selepas itu. Pakai dan terus pakai. Tinggal beramai-ramai atau berjemaah ni segala yang baik hatta yang buruk sekalipun akan mudah menjadi ikutan lebih-lebih lagi bila sikap itu dominan, Jadi di rumah jemaah itu sudah pasti yang baiklah yang dominan maka memakai purdah juga boleh mempengaruhi orang lain.

Kakchik nekad, mahu mempraktiskannya sebaik mungkin. Jika ada halangan kakchik cuba fikirkan awal-awal apa yang perlu kakchik buat untuk melepaskan diri dan purdah kakchik selamat. Zikir itu mendekatkan hati kita dengan Allah. Memang benar. Masa tu kakchik cuba memakai purdah di dalam kawasan kampus. Untuk kurangkan rasa bimbang ditegur atau diberi amaran oleh pengawal keselamatan kampus yang kebanyakannya kelihatan mengerunkan, hati kakchik cuba sentiasa berzikir. Yang kakchik ingat, hanya Allah saja yang boleh menjadikan kehendak kakchik yang satu itu kenyataan. Sukar.

Rasa tak sabar untuk tamat pengajian sarjana muda kerana kakchik mahu mengamalkan purdah dengan bebas. Tapi... ada isu yang baru pula. Bagaimana bila nak interview kerja? Pada waktu itu sering saja terdengas desas-desus beberapa orang rakan belajar yang bertudung labuh telah mengecilkan tudung mereka dan dengan mudah mula memakai make-up dan sebagainya. Allahua'lam benar atau tidak tapi ada yang kakchik lihat sendiri. Sedih. Inilah cabarannya. Adakah kakchik juga akan membuka hijab wajah ini demi sebuah pekerjaan?

Maaf, terpaksa tangguh lagi... dah lewat malam, suami ajak tidur. Esok nak bangun awal menyahut seruan Ilahi.

21 comments:

  1. Asssalamualaikum,
    Chik, tak perasan pun dulu masa belajar Chik pakai purdah ek?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak chik..tq so much kak kerana sudi luangkan masa tulis kisah akak mula bpurdah..makin mbuak-buak diri ini ingin bpurdah.
    seperti akak coretkan,memang ada dan sebahagian besar muslimah kini sanggup/kononnya tpaksa mengenakan pakaian/make up semata-mata demi sebuah pekerjaan.jika akak ada kelapangan ,akak bacalah blog ain tajuk 'cabaran wanita islam'..kat situ ain ada selitkn bberapa situasi...
    apapun kak, ain kagum sangat kerana akak dan rakan2 yg lain memiliki kekuatan utk bpurdah...ain juga suka sangat lihat muslimah yg menjaga adab sopannya,mengikut ajaran Islam ...

    ReplyDelete
  3. sangat tenang hati membaca kisah kak chik....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Zarin. Alhamdulillah Chik mula pakai masa tahun 2 tapi masa di kuliah dan di lab Chik buka. Sebab tu kawan2 tak tahu. Chik pakai secara kekal di luar dan di dalam kampus pun Chik tengok tempat.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam ain. Sama-sama. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan peringatan kepada diri kakchik. Kadang-kadang bila sesuatu amalan itu sudah sebati dengan diri kita, kita mula hilang rasa ruhnya. Dengan menulis mengingati kembali kakchik rasa kembali segar dan terus yakin. Insyaallah kakchik akan jenguk blog ain untuk membaca kisah-kisah ain yang pastinya menarik.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Nadia. Semoga rasa tenang itu dapat menyusup masuk dan bermastautin di hati Nadia.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. niat hati ada terlintas untuk berpurdah kak..

    dikesempatan: http://farzaluzizaron.blogspot.com/2011/01/ga-kasperskye-dari-fariszazcom.html

    akak di 'invite' ye..

    ReplyDelete
  8. k.Chik, saya pernah pakai purdah tapi time pergi demo saja ( :P ) dan saya jahit sendiri juga purdah tu. Setakat ni tidak terasa lagi nak memakai purdah tapi saya selalu ingatkan diri jangan singkatkan labuh tudung yang saya gunakan sejak dari hari pertama memakainya... Saya selesa dengan tudung labuh jahit depan tanpa selempang2 sehingga sekarang..

    ReplyDelete
  9. salam kakchik moga sihat iman dan amal. subhanallah sejuk hati baca kisah ni..

    ReplyDelete
  10. Mariah, semga dipermudahkan Allah. GA tu jika ada kelapangan kakchik cuba join. Terima kasih sb jemput kakchik ya.

    ReplyDelete
  11. Fizah, ramai yang buat begitu. Biasalah, ada maslahah yang perlu dijaga masa bergelar pelajar. Pendirian seperti Fizah itulah yang kakchik suka dan ramai lagi sahabat kakchik yang kekal sedemikian hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. wkslm kak e. terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  13. masyaAllah kak chik.
    ada kawan baru nak bertatih pakai purdah.

    mohon wat entry utk kuatkan semangat dia dan mula2 nak wat cane.nnt nk bg link kt die. :-)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum...
    kakchik...
    saya huda...
    saya cuba dengan bersungguh2 menjadi muslimah sejati....

    ada juga berjinak2 memakai purdah...
    ...
    rakan2 saya... bukanlah yang jenis biasa2... so, hanya saya serang begitu...lalu rasa tidak mendapt sokongan dan rasa sedikit berputus asa (pemakaian purdah)
    itulah sejujur-jujurnya...
    lalu..bagaimana kak chik?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, kakchik..
    saya di sini sedang mula bertatih untuk pakai purdah, namun perjalanannya masih jauh, sebab msih menimba ilmu dlm pemakaian purdah ni..Boleh tak kakchik tolong ajarkan bagaimana nak jahit tudung labuh (tudung segiempat lerang 60)untuk dijadikan ia supaya ada purdah?

    ReplyDelete
  16. Ibnu Mutalib, terima kasih. Insyaallah jika ada kekuatan kakchik akan tulis tapi sekarang ni kakchik agak sibuk jadi idea pun lambat sikit nak keluar.

    ReplyDelete
  17. wa'alaikummussalam huda. tahniah sebab huda berusaha bersungguh2 untuk menjadi muslimah sejati. satu perjuangan yg bukan mudah. jika nak harapkan sokongan makhluk memang kena sabar sangat2. kakchik pun dlm satu kampung ni berseorang je dlm pakaian sebegini. yakinlah dgn Allah kerana yg memberikan kita kekuatan dan keyakinan ialah Dia. bila segalanya kita mohon dariNya, insyaallah kita tidak perlukan sgt sokongan manusia. Jika huda rasa susah, kwn2 di internet juga ada. kakchik pun ada.

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikummussalam Ami. Alhamdulillah... semoga Ami makin mencapai ketenangan dan kepuasan dalam mengamalkan sunnah ini. Sebenarnya kakchik pun tidak tahu mcmn nak menjahit tudung bidang 60" sebagaimana yg Ami sebutkan. Kakchik hanya belitkan tudung kakchik dgn cara sendiri agar ianya menjadi niqab. Cuba Ami baca entri kakchik di sini: http://kakchik.com/?p=127 untuk belajar cara2nya.

    ReplyDelete
  19. salam k.chik.salam perkenalan..Insyaallah..sy juga telah mmpunyai impian untuk berpurdah.tp kdg2 terfikir juga psal alam pekerjaan ni..mcm mana ye k.chik hadapinya...skrg sy msih lg student..

    ReplyDelete
  20. wkslm MAWAR. Salam perkenalan kembali. Bila kita ada impian nak pakai purdah dlm masa yg sama dunia kerjaya di negara kita ni belum begitu ramah pemakai purdah. Apa yg mungkin boleh dibuat ialah bertanyakan kpd bakal majikan semasa mencari kerja sama ada syarikat mereka memberi kebenaran kpd pemakaian purdah. Kenalah kreatif dan fikirkan caranya di samping pilihlah tempat utk bkerja. Jika susah sgt, lebih elok jadi bos sendiri.

    ReplyDelete
  21. As Salam Kak Chik, terima kasih kerana sudi share sebanyak mungkin pengalaman sebagai seorang Niqabi. Alhamdulillah, saya baru sahaj 2 tahun memakai niqab. Banyak pengalaman dan cara fikir Kak Chik yang selari dengan pandangan saya. Teringin juga nak tulis blog, hanya tiada kemahiran dan masa. Membaca entri Kak Chik membuatkan saya bersemangat dan yakin dengan pendirian saya. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs