Followers

26.6.10

Prof Hj. Mohd Kamil dan Kak Roza

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah mahabbah untuk semua teman-teman di mana saja berada.

Apa khabar kalian semua malam ni? Semoga semuanya diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan juga kelapangan untuk menambah amal ibadat untuk perjalanan kita menuju hari yang abadi.

Semalam kakchik terasa seperti nak demam dan tekak pun sakit. Selepas makan ubat sebelum tidur dan cuba minum air masak seberapa banyak yang boleh, kakchik bangkit pagi tadi dengan badan yang agak segar. Tekak dah tak sakit cuma batuk-batuk sahaja.

Malam tadi kakchik mohon dengan Allah agar kakchik diizinkan ke Zahra' pagi tadi kerana kakchik mahu menghadiri ceramah anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia - Kelantan. Sebenarnya kakchik dijemput oleh Pengarah Negeri SSM Kelantan yang juga pelanggan MariBaca dan jiran kepada seorang sahabat baik. Alhamdulillah... sungguh berbaloi.

Tentu teman-teman ada yang telah membaca buku TRAVELOG HAJI: MENGUBAH SEMPADAN IMAN dan TRAVELOG DAKWAH kedua-duanya terbitan PTS. Itulah dua buah buku yang sangat terkesan di hati kakchik di antara banyak koleksi buku yang ada di rumah tu. Setelah banyak kali kakchik terlepas peluang untuk mengikuti ceramah penulis buku ini, hari ini Allah telah makbulkan doa kakchik. Alhamdulillah.

Doa kakchik mahu melihat, mendengar dan bertemu prof tapi Allah beri lebih dari itu. Dia izinkan kakchik berkenalan dengan isteri prof, kak roza yang sungguh peramah dan sekali lihat saja kakchik terasa amat dekat dengan beliau walaupun beliau langsung tidak mengenali kakchik. Hehe, satu persamaan kami siang tadi, kami sama-sama pakai abaya.

Tapi itu bukan point pentingnya. Yang penting, kakchik telah dapat melihat secara dekat seorang penulis yang telah sudi berkongsi pengalaman hidup beliau yang sungguh menginsafkan. Entah berapa kali kakchik mengalirkan air mata sepanjang 2 sesi ceramah beliau pagi tadi. Tak tahu macamana nak gambarkan perasaan kakchik bila prof cerita pengalaman beliau ketika di Makkah. Mashaallah... beliau takut untuk ke sana kerana dosa-dosa silam, kakchik juga takut. Takut Allah tidak mahu menjemput kakchik menjadi tetamuNya.

Bila dapat pula berkenalan dan berbual-bual sebentar dengan kak roza, terasa hebatnya wanita itu. Selama 6 tahun beliau tidak putus berdoa agar suaminya berubah menjadi manusia baik dan akan sama-sama mengerjakan haji di Makkah, akhirnya doa beliau dimakbulkan. Ketabahan seorang isteri dengan senjata paling ampuh iaitu DOA. Kakchik teramat yakin kini, DOA sajalah apa yang kita mahu kepada Allah, cepat atau lambat pasti dimakbulkan jua.

Jangan lupa, mestilah ikhlas dalam berdoa.

Sebagai kenangan inilah sebahagian gambar kenangan semasa program pagi tadi.

Prof sedang menyampaikan ceramah beliau dengan...

penuh perasaan.

Kakchik tak lepaskan peluang bergambar dengan Kak Roza yang kini juga bergelar penulis. Bacalah buku pertama beliau TRAVELOG CINTA tentu akan terimbau banyak kenangan silam.

Prof Hj. Mohd. Kamil yang sangat down-to-earth. Menandatangan buku hanya dengan berlutut di lantai dewan.


Isteri Pengarah SSM Kelantan, Kak Anis dan staf SSM Kelantan tak ketinggalan mendapatkan tandatangan Kak Roza untuk buku beliau.

Itulah cerita paling menarik hari ini. Mungkin bagi sesetangah orang tiada apa yang menariknya tapi bagi kakchik, amat besar maknanya. Terima kasih banyak pada En. Hairul, Pengarah SSM Kelantan yang sudi menjemput kakchik menyertai ceramah pagi tadi. 

Moga-moga dia maafkan kakchik yang terpaksa beredar lebih awal tanpa makan tengahari. Ada dating dengan cik abe. Dating yang dia pun tak tahu.


p/s: SEMUA BUKU PROF DAN KAK ROZA BOLEH DIBELI DENGAN KEDAI BUKU KAKCHIK, MARIBACA. SEMENTARA STOK MASIH ADA.

6 comments:

  1. salam
    saya baca berulang2 kali buku travelog haji dan dakwah tu....
    memang sgt tkesan di hati...

    ~kak chik, travelog cinta tu berapa rm? kalau nak beli macamana? postage?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam nurul.
    naik renyuk buku tu kan. travelog haji dah ada edisi kemaskini siap ada vcd lagi tapi belum ada stok di kedai kakchik sebab br bbrp hari dicetak.
    travelog cinta harganya rm19.90. kalau nurul nak beli kakchik jual rm18 + rm6 postage = rm24.
    kalau jadi, sms 019 9403659

    ReplyDelete
  3. nampaknya buku ni blum ada dlm koleksi peribadi saya.... kena dapatkn ni :D

    ReplyDelete
  4. Insya Allah ptg ni plan nak ke Landmark Kulim,nak cari buku ni...
    makin bertambah usia...makin mendalam pula minat terhadap buku2 agama...

    ReplyDelete
  5. wan, baguslah kalau dah berniat begitu.

    ReplyDelete
  6. kak kam, kat Landmark Kulim tu ada apa kak? macam menarik je?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs