Followers

22.6.10

Laporan bergambar aktiviti hari ini.

Assalamualaikum dan salam keamanan untuk semua.

Kakchik agak keletihan malam ni sebab terlalu banyak menjawab email terutama dari pelanggan. Belum cek lagi kotak spam. Kadang-kadang banyak juga email yang masuk ke situ. Sambil balas email, sambil jawab mesej di facebook. Sambil juga search bahan-bahan rujukan assignment yang belum mencukupi. Cari dulu, print dan Khamis ni dah boleh mula sediakan draf.

Sebab letih, kakchik update blog dengan gambar-gambar aktiviti yang berlaku hari ni sehingga sejam yang lalu. Kalau sudi nak tengok, silakan.

Pagi tadi kakchik ke Pesta Buku Islam Antarabangsa Ke-2 di Balai Islam, Lundang. 

Tujuannya termasuklah nak singgah di gerai JEMARI SENI dan kalau-kalau ada rezeki bertemu penulis IMAEN.
Teramatlah bersyukur kerana Allah izinkan kakchik bertemu penulis yang kakchik minati ni. Terima kasih IMAEN kerana sudi perkenalkan diri dan tandatangan 2 naskah novel tadi.

Balik dari pesta buku, kakchik dan dila singgah makan tengahari di Ani Sup Utara. Kali ke-3 dah kami makan kat situ. Supnya sedap...
Kami turut belikan mee sup dan bihun sup untuk staf Zahra' yang sedang bertugas semasa kami buat kerja lapangan. Sekali-sekala Zahra' belanja makan. Minum bandung cincau dan dila, jus oren. Mashaallah... nikmat sekali.

Eh, terlupa pulak. Masa kat pesta buku kami singgah juga di gerai ALAM RAYA ENTERPRISE iaitu syarikat pengedar buku-buku dari Indonesia. Syarikat ini juga kini menjadi penerbit buku-buku popular mengenai Hassan al-Banna, Turki dan Gaza.
Cuba teka buku mana yang kakchik sangat berkenan untuk memilikinya? Sayang dalam bahasa Indonesia yang agak sukar kakchik fahami.

Balik kerja singgah sebentar di MariBaca kemudian terus balik ke rumah kerana suami tercinta sedang menanti dengan si kecil Amni. Layan Amni yang lincah, keletah dan cerdik bermain tripod sambil masakkan makan malam cik abe yang tersaaaangatlah ringkas.
Amni di rumah Ummi sementara Umminya ke luar negara selama beberapa hari kerana ada konferens. Dia manja dengan cik abe, jadi selalulah dia naik ke rumah kami.
Sangatlah ringkas sebab stok di dapur sudah tiada, lupa nak singgah di pasar. Maaf ya Yang. Sambil goreng telur dadar sempoi, kakchik buat coleslaw lagi. Yang pagi tadi habis dimakan cik abe dan Amni. Buat lagi untuk bekalan esok.

Lepas tu mulalah cek buku-buku yang dibeli di pesta buku siang tadi campur beberapa naskah yang dibeli di Popular semalam. Huhu, entah bila nak habis membaca semuanya.

Lepas tangkap gambar, terus online sambil multi tasking la kan. Insyaallah esok nak mula membaca Labyrinth dan The Twenties Girl. Malam ni nak belek buku masakan la dulu.

Itu je untuk malam ni. Semoga terhibur dan termotivasi melihat mana-mana gambar yang bersesuaian :)

Wassalam.

11 comments:

  1. bestnya kak Chik..banyaknya borong buku...sukanya saya....hari yg sungguh penuh ngan aktivity bermakna...By the way the food looked so scrumptious even though it's simple..and cutenya Amni...:-)

    I've read Sophie Kinsella not into my liking but Nicholas Spark is worth reading..:-)

    ReplyDelete
  2. libri di luca kah yang berkenan di hati? hehe..

    wah, banyaknya kakchik membeli buku! kakchik, saya ke sana semalam.. sempat jugak jumpa dengan penulis imaen, autograf buku seikat kembang merah..

    ReplyDelete
  3. rugi sgt cz xsmpt nk g cz pd 19hb kak nza dh brtolak blk ke johor....

    ReplyDelete
  4. cayalah kak chik!penat2 pun masih masak2 :)..tabik!

    catlina
    http://catlinaflybaby.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. yeaayyy.. jaja & din dah jalan-jalan di london kak chik. heheh.

    buku-buku imaen takda rezeki lg. sy ingat nak tunggu tahun depan (moga pnjg umur)borong di pesta buku.

    satu lg. jeles sikit tgok kak chik borong buku :)

    ReplyDelete
  6. umm ruman, borong buku yang mana takde kat kedai sendiri je, hehe. kalau ada kat kedai sendiri pun kakchik borong jugak.

    thanks about the food, segannya... tapi letak juga sebab nak masuk dlm jalan cerita.

    amni memang cute, terlalu cerdik dan dominan dalam hidup kami hehe.

    kakchik suka juga SK tu sebab hilarious dan ada sikit2 persamaan dgn perangai kakchik yang dulu agak boros. NS pun kakchik suka jugak.

    thanks ya umm ruman sb sudi singgah dan komen.

    ReplyDelete
  7. nuha, betul sekali! kakchik sangat berkenan buku tu, nak beli dah tapi bila buka tengok bahasa indonesia, terus tak jadi. sayang sekali.

    belum betul-betul banyak lagi tu. kalau nuha tengok sebelum2 ni sekali ke pesta buku, lagi banyak kakchik beli. kali ni tak banyak gerai.

    kakchik tak beli seikat kembang merah tu. next time la.

    ReplyDelete
  8. kak nza, pesta buku mula 18hb tapi mgkn masa tu kak nza pun dah sibuk packing. insyaallah ada rezeki, lain kali pulak.

    ReplyDelete
  9. catlina, terima kasih... kesian kat suami. kalau tak masak, dia nak makan apa? kakchik kalau dapat makan ringan-ringan pun dah ok.

    ReplyDelete
  10. irma, kakchik dah tengok review jaja & din kat blog irma atau kat fb. jauh dia berjalan hehe. cubalah baca buku imaen, best juga. hlovate pun best.

    ala... nak jeles dengan kakchik, kakchik lagi jeles dgn irma. dok kat uk blh beli buku murah2.

    ReplyDelete
  11. Iza pun suka novelis Imaen. Semua novel dia Iza beli. Lagipun banyak jugak latar cerita kat UM, terasa dekat di hati hihihi ;)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs