Followers

13.6.10

Hakikatnya memang boleh buat duit dengan Nuffnang

Assalamualaikum dan bertemu lagi kita malam ni.

Kali ni kakchik nak ceritakan sedikit pengalaman kakchik dalam menjana pendapatan hasil dari blogging. Kakchik dah jadi blogger sejak tahun 2004 lagi. Masa tu blogspot ni masih klasik lagi dan tidak banyak features atau widget yang ramah pengguna. Dan masa tu kakchik ada blog pun lebih kepada menjalankan bisnes maya saja iaitu untuk MariBaca Bookstore.

Masa tu kakchik ada baca beberapa blog/wbsite kepunyaan beberapa Internet Marketeers (IM) yang glamor tentang menjana pendapatan dengan menulis di alam maya. Oleh kerana tulisan mereka banyak sentuh teknikal, kakchik jadi baca sambil lewa saja.

Tapi sejak 2008 bila kakchik mula serius menulis di blog dan jumlah blog peribadi dan blog-blog khusus yang kakchik punyai semakin bertambah kakchik mula tertarik dengan cerita-cerita para bloggers tentang pendapatan yang mereka dapat hasil dari blogging. 

Siapa yang tak mahu duit kan? Tambah-tambah kalau hanya perlu melakukannya secara sambilan, tidak perlu berjualan tapi hanya perlu menulis dan menulis blog seperti biasa. Nampak senang kan? Memang senang pun.

Mula-mula kakchik mendaftar dengan Advertlets dan kakchik pernah meletakkan kod-kod iklan syarikat itu di blog ini, blog MariBaca dan blog KakChik's Wardrobe. Oleh kerana ianya sambilan maka kakchik takdelah nak bersungguh-sungguh memeriksa kemasukannya setiap hari.

Jika pengiklan sudi mengiklan dan blog itu ramai pengunjung dan mungkin ada pengunjung yang berminat dan telah klik iklan maka kakchik akan dibayar mungkin 15 sen sekali klik kot. Maaf ya, dah ingat-ingat lupa. 

imej dari Google

Lepas hampir setahun kakchik mula dengar tentang Nuffnang. Sana-sini kawan-kawan blogger mula berkongsi kisah mereka dan Nuffnang. Kakchik pun apa lagi, mulalah membuat research untuk mendapatkan maklumat lebih banyak tentang syarikat itu, apakah jenis bisnesnya dll.

Selepas yakin, kakchik pun mendaftarkan diri dan membuka akaun Nuffnang dalam bulan Oktober 2009. Sebelum tu kakchik was-was juga nak mendaftar dan meletakkan iklan Nuffnang ni sebab pernah lihat di blog seorang ustaz iklan-iklannya yang kurang sopan dari segi gambarnya tapi bila kakchik cek, kita sebenarnya boleh nyatakan semasa menjawab blog survey Nuffnang yang kita tidak mahu muncul klan-iklan dari syarikat arak, judi dan rokok di blog-blog kakchik.

Alhamdulillah tak ada.

Sepertimana yang kawan-kawan tahu kakchik update blog hampir setiap hari dengan cerita dan perkongsian dari pelbagai isu. Tanpa sedar, selepas 5 bulan barulah kakchik terasa nak cek earning Nuffnang kakchik. Rupanya dah ada lebih RM100.

Masuk bulan ke-6 kakchik nekad nak cash out dan minggu lepas cek pendapatan hasil meletakkan kod iklan Nuffnang di blog, sudah pun sampai ke tangan kakchik. Cuma belum didepositkan ke bank je. 

Kakchik ada juga join contest Nuffnang 3 kali. 2 kali untuk Project Alpha Istant Cash dan sekali untuk telefon LG Chocolate. Hanya menang sekali untuk instant cash sebanyak RM20.

Para pengiklan Nuffnang yang berminat dengan content dan jumlah pengunjung yang datang ke blog akan memilih untuk mengiklan lebih lama di blog. Misalnya iklan buffered seperti Coffee Mate tu.

Hmm... mengantuk la pulak.

Ringkasnya, apa pun yang kita nak buat, be it putting the Nuffnang adverts or menawarkan ruang iklan, pastikan kita mengkaji dan membaca dengan banyak mengenai perkara itu. Moga-moga kita tidak taklid dalam amal perbuatan kita.

Selamat menulis! Ma'assalamah.

10 comments:

  1. alhamdulillah rezeki k.chik..saya pun sejak actively blogging dengan code nuffnang since april tahun lepas, saya baru 2x cash out earnings, satu rm100, satu rm50..sket je, tp ada lah jugak dari saja suke2 blogging tak dpt apa kan ;)

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..
    kita mmula bblog dulu pong tk terpikir langsung blogging leh wat duit! biler ckp kat hubby dier cam tak cayer jer biler tgk dari ari ke hari earning kiter semakin bertambah dan bertambah hasil drpd menulis.. alhamdulillah... tima kasih nuffnang dan jugak kakchik yg ikhlas mengklik.. :)

    ReplyDelete
  3. Banyak juga kak chik dpt.... alhamdulillah..... yg penting niat kita berblog tak lari niat asal...
    Saye punyer blum cash out... saje kumpul ckit2 dlu....

    ReplyDelete
  4. wah... jue dah 2 kali cash out! kakchik nak tunggu hujung bulan ni nak cash out. jumlahnya utk 2 bulan hampir nak sama dgn jum cash out pertama. alhamdulillah elaun peribadi tu.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam hana.
    hehe, suami kakchik pun berpandangan macam husband hana masa mula2 dulu. skrg ni dia pun dah guna nuffnang.

    sama-sama. kakchik tengok iklan di blog hana tak sama dgn yg di blog kakchik, tu ada juga klik tu.

    ReplyDelete
  6. Dalam RM100 lebih je nadia utk yang 1st cash out tu. Konon nak tunggu setahun baru nak cash out tp sebab nak tengok keikhlasan nuffnang, kakchik tahan sampai 6 bulan. kali ni 2 bulan je, itu pun blm confirm nak cash out ke tak hjg bulan ni. teringin juga nak dpt jumlah lebih besar. niat tu penting. blogging bukan duit semata2.

    ReplyDelete
  7. wah tahniah la dah boleh cash out duit nuffnang..huhuhu.kita je lum boleh lagi la kak chik

    ReplyDelete
  8. kak chik,saya dh cek saya punya,sedih betul RM0.00 tuh...huhuhu camna nk tau kita nyer adv jalan ke tak?kena kena high traffic or kita ada join apa2 contest?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs