Followers

28.6.10

Darahku Darah Bisnes

Assalamualakum dan selamat petang untuk semua teman-teman blogger.

Bila kakchik terfikirkan diri kakchik yang kini mempunyai bisnes sendiri, terasa kelakar pun ada. Tidak sangka kakchik akan terjebak juga dalam dunia bisnes. Masa di universiti dulu mati-mati asyik beritahu kawan-kawan yang kakchik tak minat berniaga. Tapi selalu juga beritahu mereka yang kakchik nak ada kedai buku sendiri.

Sebenarnya kakchik ada pengalaman berniaga sejak kecil lagi. Zaman kanak-kanak dulu keluarga kakchik ada sebuah kedai runcit. Kakchik masih ingat bagaimana kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga kedai terutama bila masuk waktu solat. Ayah kakchik, dia wajib nak solat 5 waktu di masjid jadi bunyi pret-pret dari cerobong menara masjid kami sudah tahu pertukaran shif menjaga kedai akan berlaku. Hingga ke hari ini Ayah tetap berusaha solat 5 waktu di masjid kecuali dia tak sihat benar.

Semasa kakchik di Matrikulasi barulah Ayah menutup kedai runcit kami dan menjadikannya rumah sewa.

Sepajang menjaga kedai, kebiasaan kakchik dan adik-beradik ialah membawa buku sebagai peneman. Tidak kiralah buku sekolah atau buku cerita. Yang pasti mesti nak ada buku. Cina Leong dan Cina Selipar (kami panggil begitu kerana begitulah peruncit-peruncit lain panggil mereka) selalu kata kat Ummi, "Anok-anok mu ni sumo ghajin-ghajin. Dok jago keda pun bbaco buku. Esok-esok besa jadi oghe panda lako-lako." Alhamdulillah... syukur, benar juga kata-kata dua orang taukey Cina yang selalu menghantar barang ke kedai kami. Cina Leong jual barang dapur dan Cina Selipar sememangnya menjual pelbagai jenis selipar, kasut dan barangan plastik.

Usia kanak-kanak yang paling seronok kalau dapat makan aiskrim Kara' Ali iaitu bhai Punjabi yang mengayuh basikal menjual aiskrim potong. Dalam seminggu ada beberapa kali dia masuk ke kampung kakchik. Kakchik paling suka kalau dapat makan roti kapit atau aiskrim roti iaitu roti yang di dalamnya ada aiskrim potong. Sedapnya... macam terasa lagi nikmatnya di hujung lidah perisa vanila, coklat dan kacang merah.

Bila kakchik masuk darjah 3 kalau tak silap, abang-abang mencadangkan Ummi dan Ayah menutup kedai runcit kami kerana mereka sudah tamat belajar di luar negara dan mula bekerja. Lagipun seorang demi seorang adik-beradik kami masuk sekolah asrama penuh dan universiti. Alhamdulillah. Makin sukar giliran menjaga kedai. Kadang-kadang boleh bergaduh dibuatnya kerana malas nak turun ke kedai sebab sayangkan tv atau buku cerita. Masa tu kakchiklah hantu tv dan La hantu buku cerita. Malas betul kalau tengah syok menonton kartun tiba-tiba Ayah panggil suruh turun ke kedai sebab dia nak ke masjid. Untuk makluman, rumah kami dan kedai ialah dua buah bangunan berasingan. Tapak kedai hari ni telah bertukar menjadi porch untuk kami parking kereta. 

Bila Abang Sir balik, dia perkenalkan intercom. Satu dalam kedai dan satu kat atas rumah. Objektifnya untuk memudahkan kami adik-adiknya untuk bertanya Ummi atau Ayah harga barangan yang kami tidak tahu. Masalahnya dua taukey Cina tu terutama Cina Selipar, suka sangat bermain-main dengan intercom tu bila dia datang. Sementelah pula ketidakcekapan kami dalam menggunakan alat tu, lama-lama intercom rosak dan kami kembali berteriak memanggil Ummi atau Ayah untuk bertanya harga barang. Itu yang tension tu, hehe.

Bahagianya segala kenangan itu. Kakchik fikir, Allah kurniakan banyak sekali nikmat sehingga kakchik berada di sini hari ni. Masih belum berjaya tapi dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan, insyaallah. Segala kerja buat dan penat lelah hari ni adalah untuk hidup yang lebih selesa kerana bila keselesaan diperolehi, kakchik mahu fokus pada persiapan untuk kematian pula.

16 comments:

  1. Seronok baca Kak Chik punya entry =]

    Alhamdulillah, at least akak ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Mana tahu kelak, boleh dapat pergi lebih jauh? =] Insha'Allah.

    We can plan, but God decides.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn kakchik. dlm diri kita ni ada kebolehan yg pelbagai. salah satunya pasti dtg dr kebiasaan/minat sejak kecil.

    sy suka gunakan minat/kebolehan anak2 yg sy jaga dlm membantu kerja2 rumah.

    kalau ibubapa prihatin pulak sejak kecil dia boleh tahu nak tonjolkan kemampuan anak masing2. supaya bila besar dia dah tahu apa yg patut dia belajar. kerana ada diantara kita(sylah tu. heh) belajar lain. minat lain. apa pun, alhamdulillah. ilmu yg ada menjadi panduan dlm hidup.

    =)

    ReplyDelete
  3. Nisa', kakchik ni tak pandai sangat mengarang jadi tulis main ikut sedap je. Kalau Nisa' terhibur membacanya, alhamdulillah. Insyaallah dengan izinNya kakchik akan cuba sebaik mungkin. Terima kasih ya Nisa'.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Chik

    Cerita kita lebih kurang sama, saya juga terdedah bermula usia kanak-kanak juga, hingga sekolah rendah dan universiti..;D

    Oh, kak chik mengimbas memori lama, saya sangat suka aiskrim bai itu, bakulnya bentuk bulat, dan hanya naik basikal sahaja

    Rupanya kayuhan jual aiskrim bai sampai ke rumah saya juga.

    ReplyDelete
  5. Assalammualikum,

    Seronok baca zaman kanak2 kak Chik macam berada di zaman tu bila baca entry ni..Saya percaya kak Chik boleh pergi jauh dlm bidang business ni sebab kak Chik ada pengalaman dan pengalaman itulah yg menjadikan kak Chik tahu selok belok berniaga..It is in your blood kak Chik...

    ReplyDelete
  6. wah tak jemu baca coretan kakchik.....terasa seronok di zaman kanak2...

    kakchik..asha pun minat berniaga..rasanye keturunan darah bizness jugak kot...

    atuk dulu pedagang...dari indon ke sini dan ada ke mekah..berniaga...

    sepupu sepapat sy ramai jugak berjaya dlm perniagaan...tapi mak sy tak menurun pun..

    rasanye sy menurun kot...dari zaman itm mmg suka berniaga...

    tapi skrg tak la brjaya sgt lagi..harap2 berjaya..doakan ye kakchik semoga perniagaan dobi saya berjaya dan boleh kami rasa untung sikit2....aminnnnnnnn

    ReplyDelete
  7. salam kakchik.
    seronok akk bc kisah kakchik kali ini.:))

    ReplyDelete
  8. seronok baca. rasa macam saya ada dengan kakcik masa tu.
    apa2pon saya pon minat jugak meniaga tapi tak berani. tu je. modal pon tak ada.

    bkn senang nak jumpa peniaga2 melayu. asyik2 cina je

    ReplyDelete
  9. mana tumpahnya kuah kalu xke nasi...moga terus suksess dlm bisnes.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Mas.
    Sebab sejarah kita hampir sama mungkin itulah yang makin mendekatkan kita kan. Jauh juga rupanya bhai tu kayuh basikal dia hingga kita berdua dapat menikmati keenakan aiskrim potongnya. Nikmatnya kenangan lalu.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Umm Ruman.
    Terima kasih kalau terhibur. Terima kasih juga sebab Azah percayakan kemampuan kakchik. Terasa semangat semakin kuat bila ada sokongan begini. Insyaallah kakchik akan buat sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih asha. Zaman kanak-kanak kita banyak yang seronok, alhamdulillah. Kakchik yakin minat asha tu juga turun-temurun w/pun tak melekat di mak asha. Biasalah macam tu. Insyaallah kita boleh berjaya sebab Allah kata dia akan beri rezeki bagi yang rajin berusaha. Jom asha kita contohi Saiyidina Khadijah r.u.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam k.anis.
    Terima kasih kak. Cuba-cuba nak menulis kisah-kisah lampau.

    ReplyDelete
  14. Luth, terima kasih. Agaknya masa tu Luth bayi lagi kot. Boleh jadi sekecil adik bongsu kakchik yang kakchik kendong ke sana ke mari. Nak berniaga ni Luth memang perlukan modal tapi kalau semangat kuat, ada modal seribu pun boleh menjadi Luth. Hanya kena berani menanggung risiko. Kerana ayat terakhir Luth itulah salah satu sebab kakchik mulakan perjalanan penuh ranjau ini.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak nza. Semoga kuah yang tumpah ni kuah yang sedap hehe.

    ReplyDelete
  16. Irma, maaf ya kakchik terlepas pandang komen Irma kat atas tu. Irma tu nama je pembantu rumah tapi bukan calang-calang pembantu rumah. Bila kakchik ingatkan Irma kakchik terfikir profesionalnya kerja pembantu rumah ni jika orangnya semahir dan sebagus Irma. Mana ada pembantu rumah biasa nak memikirkan perkara-perkara seperti yang Irma fikir dan lakukan semasa berkhidmat? Walau belajar lain, minat lain... itu perancangan Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs