Followers

13.3.10

Tidak keruan dibuatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maafkan kakchik la ya. Dah malam ni baru ada masa sikit untuk update blog. Sekarang ni kakchik teramat-amatlah sibuk. Rasa macam masa 24 jam yang Allah bagi tu masih tak cukup untuk digunakan sebaik-baiknya bagi menyelesaikan beberapa perkara penting ni. Kenalah pulak semuanya datang bertimpa-timpa di saat kakchik nak bersedia diri untuk exam yang tak lama lagi.

Memang tak keruan dibuatnya.

Dalam keadaan macam ni, kakchik syukur sebab keluarga memahami dan tidak mengganggu kakchik yang bergelumang dengan beberapa kertas kerja ni. Cik abe pun sporting, sudi beri ruang untuk kakchik tumpukan perhatian di depan laptop ni. Masa kakchik menulis ni, kerja belum siap tapi insyaallah esok dah boleh dicetak.

Beginilah kalau rajin sangat nak bekerja sambil berniaga sambil belajar dan sambil buat kerja-kerja sosial. Walaupun semuanya kakchik suka tapi ada juga masa-masanya segalanya datang sekaligus dan mendesak.

Hati kakchik ni selalu ingat, semuanya atas izin Allah. Jika Allah mengizinkan, insyaallah kakchik mampu sedaya upaya yang boleh. Kalau Dia tidak izinkan, nak menukar pakaian untuk ke halaman rumah pun tidak akan berlaku.

Kini, tidak keruan lagi. Banyakkan zikir, agar jiwa tenang, kerja pun dapat dibuat dengan mudah. Insyaallah.

14 comments:

  1. Bersyukur kerana masih diberi tubuh badan yg sihat,minda yg mampu berfikir...keluarga yg memahami..tanpa semua tu...mmg tak bermakna hidup kita ,kan..

    ReplyDelete
  2. Salam kak chik,

    moga allah akan permudahkan segala urusan kak chik...takpela kak chik,dok sibuk ngan keja2 sosial tu, in sya allah akan dibalas dgn kelapangan di akhirat kelak.sy pun tgk dok bergelumang ngan esaimen n exam lagi 2 weeks.sy wat master kak chik...tp still dok malas2 jer,hehehe...

    ReplyDelete
  3. hope kachik dpt wat yg terbek tuk exam ne...

    ReplyDelete
  4. Salam K chik..
    All the best to kak chik. Mudahan dipermudahkan Allah..
    k Chik sememangnya cukup tabah.
    Teruskan usaha...

    ReplyDelete
  5. Kak Chik...Alhamdulillah. Sha bangga dengan apa yang kak chik buat sekarang. sha suka!

    lama tak melawat kak chik...mungkin kita sama2 bz....sha doakan semua yang terbaik utk kak chik ok:)

    ReplyDelete
  6. salam kak chik,
    moga urusan kak chik dipermudahkan Allah. :)

    ReplyDelete
  7. begitulh rutin hdup kita kakchik..ada ketika lapang n ada ketika xcukup kaki tngan.....apapn jaga kesihataan ye...

    ReplyDelete
  8. kak kam, memang betul tu. kalau tak bersyukur lagi, tak taulah.

    ReplyDelete
  9. wa'alaikummussalam areef. terima kasih. insyaallah cuba buat yg termampu. oh, sedang buat master... kena beri tumpuan tu, nantikan lambat siap penulisannya.

    ReplyDelete
  10. terima kasih luz aka permataputih.

    ReplyDelete
  11. wa'alaikummussalam wan. terima kasih banyak ya wan. belum cukup tabah la wan. kadang2 rasa nak larikan diri je.

    ReplyDelete
  12. sha, akhirnya sha datang juga ziarah kakchik. terima aksih atas sokongan sha tu. memang kita sama2 bz tapi sha tetap dlm ingatan kakchik.

    ReplyDelete
  13. wa'alaikummussalam nur. amiin.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs