Followers

14.3.10

Kini Ada 2 Buffered Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni hanya sedikit perkongsian dengan teman-teman semua terutama yang mempunyai iklan Nuffnang di blog masing-masing. Kakchik mula meletakkan kod iklan Nuffnang di blog ini sejak bulan Oktober 2009. Masa tu kakchik sekadar letak untuk mendapat pendapatan sampingan sambil blogging. Sebelum tu kakchik pernah letak iklan Adsense dan Advertlets (dua-dua akaun masih aktif cuma kakchik tidak letak kod di sini) tapi perkembangannya amat lambat. 

Seingat kakchik masuk bulan Disember baru kakchik faham serba sedikit pasal Nuffnang ni. Itupun selepas membaca banyak entri dari ramai bloggers pasal buat duit dengan Nuffnang, dapat cek Nuffnang, kaya dengan Nuffnang dan macam-macam lagi. Terdetik dalam hati, "owhhh... begitu rupanya. patutlah berebut-rebut orang tulis blog untuk jana duit."

Tapi kakchik tulis blog bukan duit matlamatnya tapi dakwah. Dakwah cara hidup Islam melalui perkongsian pengalaman, minat kakchik iaitu fesyen, memasak, bisnes kakchik ialah kedaibuku kesayangan MariBaca dan bisnes abaya dan paling banyak perkongsian ialah mengenai kehidupan kakchik. Tapi, kalau sambil-sambil tu ada pendapatan, baguslah juga. Kakchik kira sebagai bonus kepada perkongsian kakchik dengan para pengunjung, pengomen, peminat dan juga pengklik iklan.

Nak lebih jelas, klik la ya. 

Tak perasan pun sebelum ni yang kakchik dah banyak juga dapat buffered. Sebabnya memang jarang tengok earnings kalau masuk akaun Nuffnang. Selalunya tengok analytics. Malas nak cek earnings sebab tahu tak banyak. Kalau tak silap kakchik mula cek earnings kakchik selepas baca entri di blog cikmin.com atau yanmieonline pasal buffered. Barulah tau yang selama ni banyak juga buffered kat blog Keluargaku Sayang ni. Bila dikira (termasuk 2 yang terkini), sudah ada 19 buffered, alhamdulillah. (Kakchik minta maaf kepada teman-teman yang ada kakchik bagitau dapat buffered ke-20, kakchik salah kira. 19 yang sebetulnya. Mata dah makin kelabu...)

Tak banyak pun... ada yang langsung takde hasil. Hehe, masuk bulan 12 baru kakchik sedar pasal ni. Rasa kompetitif sikit tapi sentiasa berhati-hati tak mahu niat berblog ni berubah. Iklan-iklan Nuffnang yang ada di blog kakchik ni, terserahlah kepada pengunjung untuk mengkliknya. Jika rasa menarik, boleh klik. Jika tidak, tak menjadi hal.

p/s: kakchik paling suka pengunjung yang singgah tu baca serba sedikit entri dan komen yang bersesuaian. kalau tak pun, berilah salam sebagai tanda kalian ada singgah di sini.

10 comments:

  1. assalamualaikum kak chik..hehehe

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam emy. tiba2 je emy gelak lepas beri salam, kenapa ya?

    ReplyDelete
  3. salam, kakchik..
    saya sebenarnye suka baca blog kakchik. tapi selalu jadi silent reader je. baca kat google reader je, sebab bila jadi follower, update blog yg kita follow tu akan masuk dalam google reader kite kan? :D

    tapi bila ada entri2 menarik, saya datang la jugak jenguk ke sini. macam bila kakchik cerita kakchik dah tukar template ke.. =)

    ReplyDelete
  4. Saya selalu datang jenguk kakchik, tapi bab Nuffnang ni saya masih merangkak-rangkak... banyak bende yang masih belum faham...

    ReplyDelete
  5. wow, tahniah kak chik! :) selalunye kita kena maintain update survey utk dptkan iklan..itu yg sy baca lah..geram tgk metered earning kak chik beriyok!hhehehehe..:)

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam nuha. terima kasih banyak-banyak. kakchik pun banyak follow blog dan selalunya baca di google reader juga. bila ada nak komen baru kakchik masuk ke blog. lebih kurang la kita kan.

    ReplyDelete
  7. wan, pasal nuffnang ni kakchik rajin juga baca entri dari otai2 blogger tapi selalunya kakchik ikut mana yg sesuai dgn jiwa dan caranya betul. paling mudah, ikut saja arahan di nuffnang, letak kod iklan dlm blog spt yg disarankan kedudukannya.

    ReplyDelete
  8. terima kasih catlina. blog survey tu entah apa lagi yg perlu diupdate. sebab semuanya dah ok. metered kakchik tak byk la dik oi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs