Nasi Kerabu Kuning/Kunyit
Assalamualaikum dan salam bahagia semua.
Dah makan tengahari ke? Sekarang ni dah waktu rehat ni tapi kakchik kena bertugas di Kaunter la. So, makan tengahari kena pending dulu hingga pukul 2 petang. Sambil buat kerja berurusan dengan pengguna Zahra' ni kakchik sempat jalan-jalan ke beberapa blog kawan-kawan, saja... nak tengok apa menu diorang hari ni. Saja nak bagi lapar kan.
Menu kakchik pulak, hari ni untuk ketiga-tiga waktu makan ialan NASI KERABU KUNING. Keluarga kakchik kalau buat nasi kerabu memang kena buat banyak dan target mestilah cukup 3 kali waktu makan yang wajib. Kami tak kisah... sebabnya dah kebiasaan macam tu.
Nasi kerabu yang Ummi buat memang lebih sedap berbanding nasi kerabu yang dibeli di gerai. Sebab Ummi buat cukup lengkap cuma dalam gambar tu kakchik tak masukkan gambar keropok keping, ikan goreng celup tepung dan telur masin.
Selamat menjamu selera ya! Sebelum makan jangan lupa baca BISMILLAH. Sudah makan baca ALHAMDULILLAH.
Salam kakchik, lama tak berkunjung ke sini. Lama jugek tak makan nasi kerabu..huhuhu..
ReplyDeletehave a nice day, kakchik.
salam
ReplyDeletesedapnya kak chik
saya pun lama juga tidak masak nasi kerabu
air tangan ibu siapa pun boleh tewas walau chef handalan dunia
ibu masak penuh kasih sayang
kenyangnya melekat hingga ke jiwa (apalah yg saya melalut)
Wkslm Intan. Lebih kurang la kita Intan. Terima kasih ya singgah jenguk kakchik. Nice day to you too.
ReplyDeleteWkslm Mas. Lama tak makan mesti rindu kan. Kat rumah kakchik ni dalam sebulan ada lah 2 kali buat nasi kerabu. Resepi mak kita memang kalah org lain, hehe. Ayat Mas yg akhir tu sedap la.
ReplyDeletexthn tgk pic tu....xsabar nk blk kg, nk makan nasi kerabu...hu.
ReplyDeletesedapnya nasik kerabu tuh lama tak makan kat kl skang dah mahal la
ReplyDeletesedapnyer ni kakk! lama btol tak buat! klu dpt yg air tgn akak alangkah bahgianyer diriku! hihihi
ReplyDeletekak nza, sabarlah sikit masa lagi sebab cuti sekolah dah dekat kan. Balik pasir mas tak nanti?
ReplyDeleteshiori, nasi kerabu pun pasti naik harga kalau dijual di luar Kelantan sebab resepi import, hehe. Nasib baik kat Kelantan ni nasi kerabu masih boleh dibeli dgn harga RM1 sebungkus.
ReplyDeletehana, yang kakchik pun tu tak jamin sesedap yang ummi buat. tapi boleh la.. :)
ReplyDelete