Followers

19.3.10

Sepuluh

Hari membayar hutang tag dari CIKMIN.com


Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Sila jawab dengan jujur..

[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: Kakchik cuma insan biasa bergelar isteri kepada suami tercinta dan anak kepada ibu bapa tersayang.

[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: Allahu'alam, kenalah tanya kawan-kawan kakchik pendapat ni. Harap-harap mereka anggap kakchik sahabat baik.

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan: Mengikut turutan
1. Mengandung - melahirkan anak - menjadi ibu.
2. Melangsaikan segala hutang-piutang yang ada.
3. Menunaikan haji dan umrah.
4. Mempunyai breadmaker yang canggih.
5. Melancong bersama suami ke Dubai.

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Wan Abdul Aziz bin Wan Mahmud

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan: Takkan 5 je...
1. Romantis - hehe, nampak je garang.
2. Tak banyak kerenah soal makan - apa yang dimasak dia makan dan semua katanya sedap.
3. Kerjanya tekun - kalau diberi amanah, dia buat sesungguh hati.
4. Penyayang dengan kanak-kanak - selalu bergurau mesra dengan anak-anak sedara.
5. Pembersih - akan tolong kemaskan rumah, bersihkan bilik air dan basuh sendiri pinggan mangkuk. Ringan tugas rumahtangga.

[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: Tak sempat couple - haram... lepas kahwin baru jadi couple, 25 Mei 2002.

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Berlaku dalam Ramadhan 1430H dan rentetannya

[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: Ketika Cinta Bertasbih - cik abe yg sangat sukakannya.

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: Dah banyak yang berubah kepada lebih baik, makin baik.

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
Huh, ni yang susah ni. Takut kawan sibuk tak sempat nak jawab je. Kakchik cubalah ya. Harap-harap diorang sudi.




Dah selesai... harap2 cikmin puas hati. Dia yang tag kakchik.

Ada lagi hutang tag yang belum berbayar ni. Insyaallah akan dibayar.

8 comments:

  1. huhuhu, kena jawap tag lah ni kan :D ok sy amik..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kurniakan kakchik n pasangannya cahaya mata soleh dan solehah...yg akan mendukung agama Islam yg syumul di muka bumi ini...ameen

    kakchik, kenapa dubai jadi pilihan?sibuk je kan nak tahu....

    ReplyDelete
  3. Wah! kena tag dengan Kak Chik ni..

    InsyaAllah zureen akan buat ye.. :)

    ReplyDelete
  4. jue, terima kasih ya sebab dah jawab tag ni.

    ReplyDelete
  5. ain, jazakillahi khairan kathira. semoga Allah makbulkan doa ain tu. dubai jadi pilihan sebab 2 dalam 1. cuti sambil cari bisnes.

    ReplyDelete
  6. terima kasih ya zureen. sudi jugak terima tag ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs