Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam dinihari.
Alhamdulillah setelah seharian, masuk jam 11.59 malam barulah kakchik boleh mula menaip sesuatu di sini. Hari ini adalah satu hari yang sangat sibuk hinggakan kakchik tiada masa untuk mengemaskini blog. Bila dah ada idea, tak dapat pulak nak mengarang. Otak sudah tepu.
Tapi kan, malam ni kakchik nak bercerita pasal CINTA.
Bukan cinta luar biasa tapi cinta pada ABAYA, hehe. Cik Abe itu cinta hati yang suci murni tapi yang ini cinta kerana ianya menutupi aurat kakchik.
Hari ni sebahagian dari jadual kakchik selepas waktu kerja ialah mencari abaya-abaya rekaan terbaru yang modest tapi elegan untuk dipasarkan di ABAYA ELEGAN. Pencarian kakchik sangat lama kerana kakchik punya beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dalam memilih abaya.
Nak tahu apa kriterianya?
Ok, kalau taknak tahu pun tak kisah la kan sebab kakchik tetap nak tulis juga. Manalah tahu ada yang berminat dan turut JATUH CINTA hehe.
Kriterianya macam ni:
- warna mesti hitam
- harga tidak lebih RM300
- hiasannya tidak sarat
- potongannya ringkas tapi elegan
- dari bahan yang tidak panas, tidak jarang, lembut, jatuh terletak
- tiada bentuk badan, straight cut
Dalam mencari-cari tu kakchik telah FELL IN LOVE AT FIRST SIGHT dengan abaya di sebelah tu. Cantik kan? Teringat bulan depan dah nak BIRTHDAY kakchik. Apa salahnya beli hadiah untuk diri sendiri kan? Cek duit, bajet buku ada lebih sebab dah dua bulan tak beli buku baru, kakchik buat keputusan nak guna separuh dari bajet tu untuk beli abaya itu. "Buku, jangan marah no... insyaAllah bulan depan kakchik beli ya."
InsyaAllah bayaran sudah dibuat dan kata penjualnya (junior di USM) abaya akan sampai hujung bulan April. Boleh la... asalkan sampai ke tangan kakchik dan dapatlah kakchik pakai abaya baru gi dating mana-mana dengan cik abe. Tentu seronok.
Hingga itu, kenalah bersabar menanti ia sampai.
salam chik...wow..sopin tuk diri beskan chik..mmg cantik abaya tu..cikmin pun berkenan..dah lama cikmin tak sopin..huhuhu..
ReplyDeletep/s tumpang pakai akaun faheem..ngeee.
happy birthday in advance la utk kak chik! ;).
ReplyDeletewa'alaikummussalam cikmin. shoppin memang sentiasa best cikmin asalkan duit ada hehe. cikmin selalu kalau beli pakaian pakai saiz apa ya? kot le b'day cikmin nanti boleh hadiahkan sesuatu.
ReplyDeletesalam peluk cium untuk faheem.
terima kasih kin.
ReplyDelete