Followers

4.3.10

Masa Untuk Assignment

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Fuh, hari ni memang teramatlah letihnya. Dari pagi menghadap laptop menaip surat perlantikan staf, mencetak slip gaji kemudian memulakan menaip assignment. Allahu Akbar! Rasa macam tak cukup masa dan tenaga je. Bila dah siap semua tu, sediakan sarapan suami dan makan bersama. Sambil tu kakchik menanti jawapan SMS dari seorang teman yang juga pengusaha sebuah tadika. Kakchik ada mohon keizinan dia untuk membuat observation di tadikanya. Alhamdulillah... jawapan akhirnya sampai.

Selepas sarapan, kakchik bersiap sepantas yang mungkin untuk ke Tadika Elit Suria di Kubang Kerian tapi tak dapat juga nak bertolak cepat sebab Amni dan Emran dah masuk ke dalam bilik. Belum sempat keluar dah berpeluh melayan mereka. Akhirnya dah pukul 9 lebih barulah dapat bertolak.

Sampai je di Kubang Kerian, bermula depan HUSM, jalan sudah mulai sesak dengan kenderaan. Rupa-rupanya Mydin Wholesale ada pembukaan rasmi hari ni. Patutlah sesak sakan. Sabar ajelah sebab jalan ni saja yang paling dekat nak ke Tadika Elit Suria. Kakchik bimbang terlepas banyak kelas untuk observation.

Sampai je di sana, kakchik tengok kelas sedang rancak berjalan. Alhamdulillah, berkat kerjasama guru-gurunya terutama Kak Ros, dapatlah kakchik membuat observation untuk 4 kelas berlainan tahap iaitu Level 1 satu sesi, Level 2 dua sesi dan Level 3 satu sesi. Tercapai juga hajatnya. Semuanya untuk menyiapkan tugasan kakchik untuk semester ini.

Nampaknya kakchik kena minta tempoh seminggu lagi dengan tutor sebelum menghantar assignment kakchik sebab appointment dengan beberapa orang guru bahasa Inggeris di sekolah berbeza semuanya minggu depan. Bukan mudah nak dapat kebenaran pihak sekolah untuk membuat observation. Dan halangan paling sukar buat kakchik semester ni ialah terpaksa melakukan tugasan yang susah ini sendirian. Tugasan ni sepatutnya dibuat berkumpulan kerana perlu menemuramah 5 orang guru dan membuat observasi ke atas 3 buah kelas bahasa Inggeris.

Tapi... nak buat macamana kan? Sebab kakchik sendirian dalam kelas ini maka kenalah buat kerja sorang-sorang. Hmm... mintak-mintaklah tutor bermurah hati dan kasihan kat kakchik maka mereka izinkan kakchik seminggu lagi. Tolong doakan ya.

12 comments:

  1. Salam kakchik...

    Kakchik kena buat observe tajuk apa? Aduhh susah jugak pasal kakchik sorang amik English sem ni kan?

    Iera ni pun esok kena submit 3 assignment. Phonetic, General Linguistic and also Psycholinguistic. Tp yg Psycho iera ngan kak bi (classmate) sudah sepakat nak bgtau Mr Rama postpone kan lah due datenya.

    Insya Allah, Miss Carolyne akan bermurah hati memberi tempoh untuk kakchik siapkan obervation tu. Dia pun tahu bukan senang. Nak lagi kakchik sorang je.

    ReplyDelete
  2. HIDUP MESTI DITERUSKAN WALAUPUN PELBAGAI RINTANGAN MENDATANG....SEMUANYA LUMPAH DLM KEHIDUPAN

    ReplyDelete
  3. mdh2an lembut la hati tutor kakchik tu :)

    ReplyDelete
  4. Salam kakchik..patut laa lama x nampak kakchik..sibuk ngan assignment rupanya..apa2pun gud luck ye n smoga lembut hati tutor kakchik utk bg tempoh lg.. :)

    ReplyDelete
  5. Fuh....penat tu..ttp trpaksakn demi tanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. Salam kak chik,
    mudah-mudahan lutor kak chik tu dapat ler beri lebih masa.

    ReplyDelete
  7. Iera, kakchik buat observation untuk tajuk Language Description dan Teaching Engslish Language. Susah sikit nak selesaikan cepat sebab kakchik bekerja, masa yang ada untuk buat observation hanya hari Khamis, kalau tak mmg kena mohon cuti yg bukan senang nak dapat. Tapi alhamdulillah both tutors gave me 10 days more to finish them.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Qaseh. Selagi tak Kiamat, selagi itu kita kena terus berusaha untuk hidup bukan saja atas dunia malah untuk akhirat juga. Betul kan?

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Nadiah, mereka lembut hati sebelum kakchik minta sudah diberi.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam HaSue. Kakchik tak dapat tumpu sangat untuk blogging selagi semua assignment tak siap dengan baik. Terima kasih HaSue, mereka izinkan.

    ReplyDelete
  11. kak nza, memang penat tapi seronoklah juga terutama time tutorial. yang kureng sikit bila buat assignment hehe.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikummussalam Ummi. Ya, amiin dan syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs