Followers

15.3.10

Makaroni Goreng Pedas

Sarapan: Makaroni Goreng Pedas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang dah lebih jam 3 petang. Cuaca hari ni sudah kembali panas dan cerah. Seronoklah semua orang yang membasuh kain sebab kalau jemur pagi, tengahari tadi dah boleh diangkat. Cepat kering.

Petang macam ni paling sedap kalau dapau makan tembikai merah yang manis tu, fuh, makan pula ramai-ramai, tentulah meriah satu keluarga. Dalam keadaan batuk-batuk ni kakchik tak gemar sangat makan tembikai tapi nafsu tu tak tahan juga, sekeping dua tetap habis.

Pagi tadi kami makan Makaroni Goreng Pedas yang Ummi sediakan. Hari ni rumah kakchik makin meriah sebab kakak yang dok di Kuala Krai balik bercuti. Pertambahan ahli keluarga memang kakchik suka tapi privacy pulak yang makin kurang sebab anak-anak sedara kakchik suka sangat nak masuk ke bilik main komputer.

Kakchik makan satu sudu je makaroni tu sebab terlalu pedas, terbatuk-batuk kakchik dibuatnya. Tapi cik abe makan bertambah. Dia memang suka makaroni ni, tak kira masak apa pun. Hari tu kakchik buat Pasta Bake, cik abe juga yang paling suka makan. Alhamdulillah... orangnya tak banyak songei.

Itu... sarapan pagi. Makan tengaharinya makan apa pulak ya?

4 comments:

  1. ain pun tak tahan pedas kakchik..teringin nk makan pedas2 tp tak tahan...

    kesiannya kachik batuk2...makan ubat ye kakchik...semoga cepat sembuh...(sedapnya tembikai...lamanya lg baru dpt rasa mkn tembikai...i like watermelon)

    ReplyDelete
  2. ain, kakchik sebenarnya suka makan yg pedas tapi sejak batuk ni kakchik berhenti kejap.

    insyaallah makan ubat untuk sembuh tapi belum juga sembuh.

    kat ukraine takde tembikai ke?

    ReplyDelete
  3. sini ade tembikai...tp bermusim...sekejap je musim nya...tp rasanya kami xsempat merasa musim untuk thn ni, sbb kami balik msia lebih awal dr musim tembikai tu....

    xpe, kat msia hari2 bleh mkn tembikai...hehehe

    ReplyDelete
  4. gitu rupanya... ingatkan kat sana cuaca tak sesuai tanam tembikai.
    sabarlah dulu kalau macam tu, tunggu hingga balik malaysia, nanti boleh makan puas2 kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails