Followers

16.3.10

Rajin, rajin, dan rajin lagi.

Santapan jiwa untuk rumahtangga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger, para follower dan juga sesiapa saja yang telah singgah di sini. Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat sentiasa. Apa khabar IMAN kita hari ini? Semoga semakin hari bertambah, IMAN kita juga makin meningkat.

Pagi ni, suasana di rumah ni agak bising kerana anak-anak saudara kakchik yang bawah umur ni ada 7 orang sedang bermain sesama sendiri. Kakchik tadi sebelum sarapan, asyik juga melayan mereka tapi kena kembali ke bilik untuk berehat, kakchik nak batuk ni sembuh lekas. Sambil cuba nak membaca buku-buku pelajaran sebab exam dah tak lama lagi.

Tahap kerajinan untuk membaca sekarang ni agak menurun. Maksud kakchik ialah nak baca buku-buku selain buku akademik la kan. Bulan lepas kakchik ada membeli beberapa buah buku baru, sebuah sedang kakchik baca, TROPICAL AFFAIRS kisah hidup seorang expatriat di Malaysia. Bukan novel cinta ya.

Sambil kakchik baca Tropical Affairs tu kakchik dah mula membaca I LOVE YOU TOO: sebuah sketsa rumahtangga terbitan Galeri Ilmu. Kedua-dua buku yang dalam gambar di atas tu kakchik rasa sesuai dibaca oleh para suami dan isteri. Hehe, teringat pula ekspresi wajah cik abe bila dia ternampak tajuk I Love You Too tu. Actually kakchik sengaja halakan buku tu ke arah dia, nak bagi dia nampak tajuknya, hehe.

Alam perkahwinan bila kita pupuk ia mengikut landasan Islam, insyaallah manisnya lebih banyak dari pahit. Yang pahit tu bila berjaya diselesaikan dengan berhikmah, akan menjadi kemanisan yang jauh lebih manis. Insyaallah takde kait mengait dengan punca nak dapat kencing manis :D .

Setiap dari kita ni kena selalu tambah ilmu. Dunia makin berkembang, perhubungan antara dua insan juga sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh perkembangan dunia. Kalau suami isteri tidak rajin menambah ilmu, hubungan yang akan berisiko. Maklum saja, orang sekarang dah lebih cerdik maka setiap pasangan juga kena cerdik dan bijak. Ilmu kena banyak, misalnya ilmu psikologi, komunikasi, pengurusan dan kesihatan. 

Oh, ilmu kecantikan pun perlu... lepas kahwinlah nak kena pandai menjaga penampilan diri. Bercantik-cantiklah bila di hadapan suami yakni di rumah sendiri, biar lebih cantik dan menawan atau seksi berbanding orang di luar. Barulah dalam rumah tu terasa lapang... cerah... ceria... dan tenang saja.

Jom, kita rajinkan diri menambah ilmu!

2 comments:

  1. betul tu kakchik, kedua2 belah pihak kena saling faham memahami n brtolak ansur.barulh rumah tangga kekal lama n bahgia......
    yg penting tmbah ilmu yg kurg dgn buku2 ilmiah nie....

    ReplyDelete
  2. kak nza, banyak yg dtg mengadu kata dlm r/tangga selalu berat sebelah. sebab tu selalu ada krisis. mgkn sebab ilmunya tidak bertambah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs