Followers

30.3.10

Bercuti panjang lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi kakchik menulis di blog ini. Ingatkan hari ni takde update baru sebab terlalu banyak urusan yang nak diselesaikan. Tapi, alhamdulillah... sempatlah sebentar nak kemaskini dengan sedikit perkongsian.

Sebahagian kain baju yang siap dilipat.

Bulan ni setiap minggu kakchik bercuti lebih dari dua hari. Minggu kedua Mac, kakchik cuti sakit 3 hari, minggu ketiga pula cuti ke Kuala Lumpur 3 hari juga dan masuk minggu keempat ni dapat lagi cuti 2 hari sempena cuti keputeraan Sultan Kelantan kemudian bersambung dengan cuti hujung minggu. Huh, boleh isytihar bulan Mac 2010, bulan paling banyak cuti.

Kakchik ni memang suka kalau dapat cuti terutama kalau setiap hari tu penuh dengan pelbagai aktiviti menarik. Tapi... kalaulah sepanjang masa duduk di rumah, kakchik hanya tahan sehari. Masuk hari kedua kakchik akan naik bosan. Jadual kakchik mesti nak kena padatkan dengan pergerakan. Tidak betah duduk di rumah, patutlah kakchik belum diizin Allah menjadi surirumah sepenuh masa.

 Pasar Raya Besar Mydin yang baru dibuka di Kubang Kerian.

Hari ni, sejak pagi kakchik bersihkan bilik, membasuh sebahagian dengan mesin basuh dan sebaldi dengan cucian tangan, melayan kerenah anak-anak saudara yang ingin read aloud kemudian bermain dengan bongkah-bongkah blog kognitif, menjemur kain yang sangat banyak, licin tiada langsung kain kotor di dalam bakul, alhamdulillah, malam ni aktiviti melipat kain, tadi keluar kejap ke bank lepas tu singgah di Ten Ten belikan tudung Kakak dan Nana, ingat nak jenguk Mydin baru kat Kubang Kerian tu tapi orang terlalu ramai, tak sanggup.

 Istana Balai Besar Kelantan

Sekarang baru ada masa nak menulis. Cik abe pagi-pagi lagi dah keluar ke Istana Balai Besar untuk buat liputan majlis penganugerahan pingat sempena keputeraan. Jadi kakchik tinggal di rumah menyibukkan diri. Hari ni tak jadi memasak sebab Ummi dah siapkan banyak lauk-pauk sejak awal pagi lagi. Ikan goreng pedas, sup sayur, ikan goreng celup tepung dan beberapa hidangan sampingan. Anaknya ni jadi tukang makan dan tukang mengemas dapur.

Itu ajelah perkongsiannya. Tak bosan pun sebab jadual penuh pagi sampai malam. Selepas jam 9 malam ni masa untuk bersama cik abe melayari internet hehe. Dia kat sebelah tu sedang kemaskini berita sukan. Malam ni ada perlawanan bolasepak antara Selangor lawan Negeri Sembilan. Ada dekat 100 orang pengunjung blog bola cik abe. Baru sebulan lebih dia letak iklan nuffnang dah dapat 9 buffered, cayalah cik abe.

Kakchik dah mati idea nak sambung. InsyaAllah kita jumpa esok pula ya.

6 comments:

  1. silap ayat cik adik kito tu.. buke 100 pengunjung tapi 100 pengunjung tengah online.. ;) huhu

    ReplyDelete
  2. hehe, maaflah Yang, terlupa tadi.

    ReplyDelete
  3. salam kakcik...
    byk tul aktiviti harian...mmg tak reti duk diam ni..sama la kita....bosan duk lama2 kat rumah...

    wah ramai tuk pengunjung SEDANG online serentak...patut la dpt buffred byk...sy takde pung lagi..satu tu je la dan tak kembali dah..bila dan tuko kepada metered..

    ReplyDelete
  4. salam kak chik,
    apa khabar? byk aktiviti tu. oh,rupanya kak chik mmg dok skali ngan adik beradik lain ya, meriah tu.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam aSHa.
    Ada juga hari yang tak banyak aktiviti macam hari ni. Tapi boleh membaca dan naik cuci rumah baru.
    Blog dia memang selalu macam tu terutama kalau ada game yang bagus. Buffered banyak pun kalau orang tak klik takde dapat apa juga aSHa, hehe.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Nur.
    Kakchik alhamdulillah sihat. Ha'ah sekarang ni dok di rumah Ummi Ayah, adik-adik 2 orang dok sekali. Kakchik transit sementara rumah sendiri siap. Terlalu meriah Nur.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs