"Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya?", satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, "Mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya?"
Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.
Seorang isteri berkata, "Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, 'loving', 'caring'.... bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar...tapi dia banyak ' modal' bila bersama kawan-kawannya".
Mengapa begitu?...Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan 'good impression'. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.
Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa "the'job' is done!"
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?
Ada 2 sebab:
* suami itu lelaki
* isteri itu perempuan
SUAMI ITU LELAKI
- Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
- Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.
ISTERI ITU PEREMPUAN
- Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu? Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!
Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.
Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.
Mereka nakkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.
Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.
BAYANGKAN bila...
- suami isteri tidak berbual-bual
- suami atau isteri tidak 'respond' dengan baik bila salah seorang berkata-kata
- suami gagal menjadi pendengar yang baik
- suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
- suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
- suami 'diam' di rumah tapi 'bising' di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat
maka BERKEMUNGKINAN. ..
- 'tabung cinta' suami isteri akan 'bocor'
- isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
- isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya - mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
- isteri bosan, kesunyian dan tertekan ( mungkin anak-anak jadi mangsa)
- isteri tidak tahu apa yang suaminya 'is up to' dan suami tidak tahu apa yang isterinya 'is trying to do'
- berlaku kemungkinan-kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.
KESIMPULANNYA:
1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.
2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
' Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia'
Nota kakchik:
- Sebagai suami isteri, masing-masing kenalah mainkan peranan masing-masing untuk menjadikan rumahtangga terasa aman dan harmoni.
- Jika salah satu pihak hanya mendiamkan diri tatkala berada bersama dan satu pihak lagi berceloteh, lama kelamaan celoteh pun akan hilang dan rumah pun menjadi sunyi.
- Kesunyian akan menyebabkan masing-masing membuat hal sendiri dan bakal mengundang masalah dalam berkomunikasi.
- Nabi Muhammad saw telah menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang suami, maka diharapkan para suami dapat mencontohi baginda dalam bergaul dengan isteri sama ada secara fizikal atau pun mental.
- Isteri pula belajarlah cara terbaik untuk menarik minat suami untuk berbual-bual dan pilihlah topik perbualan yang diminati suami.
- Jangan biarkan hubungan menjadi kendur akibat kurangnya komunikasi antara suami isteri kerana anasir lain pula yang akan masuk.
- Bila anasir lain mula masuk, kecurangan akan berlaku sama ada di pihak suami atau isteri.
- Maka berbual-buallah sesama suami isteri agar rumahtangga harmoni, barulah mahabbah berterusan, rahmah dapat dirasakan.
Allahua'lam.
p/s: artikel disalin dari Keluargaku Sayang http://damiakhairina.blogspot.com/
setuju sgt dgn artikal n3..gitulh kebykkn suami....mkn lama mkn menyepi......org pompuan mkn lama mkn becok...
ReplyDeletetq k.chik sudi share artikel ni, tp mmg begitu lah lumrahnya lelaki
ReplyDeleteklik nuff k.chik skali ;)
kak nza, semuanya bergantung kepada pasangan. kalau dibiarkan lama2 jadi bosan, bahaya!
ReplyDeleteBitter Sweet, sama-sama. Terima kasih ya.
ReplyDeleteBetullah kakchik, bila dapat bercakap dengan suami tu adalah terapi minda juga menghilangkan lenguh2 badan hehe... janji suami kena respond la... bukan duk dengar jerk
ReplyDeleteIsteri jangan biarkan suami pendiam sebagai alasan untuk turut mendiamkan diri sedangkan komunikasi 2-hala penting dalam perkahwinan.
ReplyDeleteBagi yang belum kahwin, carilah calon yang suka bercakap supaya tak bosan bila dah kahwin. Bagi yang dah berkahwin, cari-carilah peluang untuk berbual. Tak kiralah masa makan ker, masa pillow talk ker,masa mengurut lenguh2 suami ker atau ketika dalam kereta ke mana-mana.
Mulakan perbualan dengan sesuatu yang positif/berita baik.
Sekali-sekala isteri ujilah tahap tumpuan suami dengan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana bersetuju membelikan/membuat sesuatu untuk si isteri kalau dia asyik angguk-angguk saja ketika berbual :P
Wan, suami kita adalah sahabat kita yang paling akrab. Sebab itu kita sangat suka kalau dapat berbual-bual dengannya. Betul tu... terai minda :)
ReplyDeleteha'ah, betul juga kata kak aliya tu. kalau suami pendiam, isteri pun pendiam juga atau mendiamkan diri, takde lah komunikasi 2 hala tu. hehe, kami berdua ni kak, kakchik memang suka bercakap, suami pulak pendiam. tapi sekarang ada masanya sikap tu terbalik hehe. nak menguji tu nak kena kreatif juga tu.
ReplyDeletesaya baca satu rendana, org yg banyak bercakap lebih bahagia...
ReplyDeletekakjie, rasa macam nak setuju je dgn artikel tu.
ReplyDeleteAskum K.chik
ReplyDeleteBagi saya yang masih muda dalam perkahwinan ( baru menghampiri setahun setengah) mengakui komunikasi memainkan peranan penting dalam hubungan rumahtangga. Komunikasi = hubungan yang berkesan.
Alhamdulillah, pengalaman saya yang berkenal aka bercinta selepas kahwin, komunikasi kami suami isteri tidak untuk good impression. Suami juga begitu. Kami more macam sahabat/best freind. Rahsia yang biasa disembang antara lelaki vs lelaki dan perempuan vs perempuan semua kami bualkan.
A different character is a bonus sebenarkan kan K.Chik.
Rasanya ustaz Saifulislam pernah menulis "Merawat suami bisu"
Mars n venus pun pernah membincangkan perkara ni.
Pendapat saya, selain dari perbezaan nature personaliti fitrah lelaki perempuan, kedua-dua pihak mesti memahami psikologi dan emosi perbezaan jantina masing-masing.
Man listen differently. Saya pernah dengar talk di Oprah.
Woman talk differently.
Bagi lelaki, dia perlu menyelesaikan masalah jika mendengar cerita isterinya. Walaupun hakikatnya mereka tahu yang isteri sekadar nak melepaskan rasa. Naturally.
Wanita pula kena pandai masuk ke pintu perbualan. Masa, cara dan karakter/kecenderungan suami.
Sekadar pendapat dari insan yang masih bertatih juga.
Allahua'lam.
salam k.chik, macamana kalau dapat suami yang kuat berleter macam suami saya heh heh heh. kami memang terbalik ler dia bercakap saya dengar. Sekali sekala saya cuba berleter tapi tak jadi. SAYA TAK ADA KEMAHIRAN TU
ReplyDeletesalam kakchik...
ReplyDeletesuka topik ni... nak2 utk org dah berkahwin masuk tahun kedoblas ni..
lega dgr ada ramai yg melalui pengalaman yg sama...
oh lelaki mmg begitu yer...