Bismillah.
Duhai angin,
malam ini... aku sendirian
melayan timbunan kerja yang belum pasti berkurang.
Tika ini suamiku berada jauh di negeri ulik mayang
menjalankan kewajipannya untuk Islam.
Aku lirihkan pandangan ke segenap sudut kamar
terasa sekali kehilangannya
sunyi tanpa bunyi ketukan papan kekunci
yang selalunya rancak berdetakan.
Aku pandang kain bajunya yang telah kulipatkan
terasa bagai ingin jatuh air mata.
Sebenarnya aku rindu...
kerana aku jarang sekali ditinggalkan sendirian.
Duhai angin,
Baru sebentar mesejnya kuterima
nadanya gembira
bertanyakan diriku sudah makan atau belum
masihkah aku menghadap skrin komputer ini
pening menyiapkan kerjaku.
Katanya sabar banyak-banyak, jangan stres.
Mesej bergambar pula yang tiba
kulihat suasana di tempat dia bekerja
alangkah hati ini di sana.
Moga suamiku menemui kepuasan dalam kerjanya.
Duhai angin,
entah esok dia pulang atau tidak
tapi tolong sampaikan padanya
jika ketika dia sampai di rumah, aku tiada
katakan padanya, esok isterinya ini ada kelas
malam ini dia berusaha untuk menelaah
demi sekeping diploma dan anugerah dekan
tapi malam ini tekanannya hebat
mana mungkin dapat dihalakan sepenuh tumpuan
bila hati berada jauh ...
cuma jasad sahaja di sini.
Duhai angin,
sampaikan pada suamiku
aku redha dia ke sana
aku gembira kerana dia gembira
aku bahagia melihat dia bahagia
aku berduka jika dia berduka
aku sanggup berdiri di sampingnya
menempuh segala cabaran hidup
asalkan dia sentiasa menghargai aku
sebagai satu-satu isterinya
sebagai sahabat paling setia
sebagai teman berkongsi rahsia
sebagai rumah untuknya pulang
sebagai kekasih setia hingga ke syurga.
Duhai angin,
tolong... tolong sampaikan pesanku.
Akan kutitipkan terima kasih kepada Penciptamu.
Kerana Dia yang menjadikan aku
dan suamiku
pasangan suami isteri
yang hidup untuk-Nya.
spontan: kakchik
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik....
ReplyDeleteboleh tahan juga yea kak chik ni....
jiwang dan berbakat!
:)))
wa'alaikummussalam nurul. hehe... tak dapat nak tahan, kena luahkan juga. ada bakat ke macam ni?
ReplyDeleteromantiknya kakchik...
ReplyDeleteindah sungguh puisi kakchik tu..
kakchik memang talented
duhai angin sampaikan rindu
ReplyDeletesampai hati dan jasad
jelmakan dalam mimpi
mimpi indah dan bugar
duhai angin sampaikan
hasrat hati
tidak tertahan
menahan rindu
duhai angin
satukan kami
dalam perjuangan
yang satu
maha suci Allah
p/s tolong sambung puisi kak chik ;D
Salwa, kakchik main tulis je... terima kasih sebab kata indah.
ReplyDeleteMas, terima kasih ya tolong sambung lagi puisi tu. Agaknya kalau buat contest sambung puisi ada orang nak masuk tak?
ReplyDeletekata2 yg penuh dgn perasaan tulus dari hati....indah sungguh...kakchik rindu benar sama cikabe nya...heheh
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletewah rindu betul si bunga kepada kumbang...
nak buat puisi ni mesti time jiwa2 sdg dilamun rindu dan time releks...kalo idak tak seindah mcm ni
wah brbakat gak kakchik nie...
ReplyDeletekakchik jrg kena tinggal dgn abe ek???
Dulu2 kak nza pn gitu gak ttp lama2 dh lali...Suami kita pergi demi tugas2 yg mulia...dan yg pastinya ikatan kasih syg brtmbah erat bila brjauhan...n plg best bila suami bg gift....hi.
kakchik ku sayang...
ReplyDeletetersentuh jiwa bc puisi akk nih..
mesti serba srbi xkena kan..sana sini tbayang2 wjh si dia..huhuhu..nape akk cipta puisi ni..buat saya rindu jugak pada si dia..huhu nk tidolah!! mlm kang kije lagi..esok br dia ada..nk g anta adik nikah kt chini..
terima kasih ain. malu pula bila hari ni kakchik baca. masa tulis tak baca pun.
ReplyDeletewa'alaikummussalam asha. hehe, rindu.. sebab dah terlalu lama tak ditinggalkan sendirian. malam tadi masa menulis ni time stres tapi hati dok rindu-rinduan gitu. tima kasih ya asha.
ReplyDeletetima kasih kak nza. bakat terendam kak. dulu2 masa awal2 kahwin mmg selalu jugak, masa dia jd wartawan tapi lepas keje sendiri tu jrg sangat la berpisah. sekarang ni dia mula balik kak. kena belajar biasakan diri semula. betul tu... dpt gift, best sgt2
ReplyDeletefmina adikku, jiwa fmina tersentuh sebab sedang melalui pengalaman yang sama kan. bawa bersabar ya. pi tido, biar lega badan, tenang jiwa. keje malam, siang kena rehat la kan. esok suami dan anak2 balik, lepas rindu puas2.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekakchikkkkkkkk...jiwang sangattttttt!
wkslm kina. hehe... malu lah pulak kalau kata jiwang, huhu
ReplyDelete