Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua teman-teman blogger yang diingati.
Terasa agak lama kakchik tidak benar-benar kembali bersiaran di blog sendiri. Rindu pada blog dan juga pada kalian yang setiap hari mewarnai sebahagian dari kehidupan kakchik.
Pagi Isnin 22 Mac, bergambar bersama suami di hadapan sebuah masjid di Gombak sebelum bersarapan. Lupa nak tengok namanya.
Selepas sehari pulang dari suasana yang serius tapi menyeronokkan, kakchik jadi agak kaku untuk menulis seperti biasa di blog ini. Memang terasa sedikit kesukaran bila bertukar angin dari penulisan santai kepada penulisan yang agak serius. Sepanjang berada di KL kerja-kerja yang kakchik lakukan di samping cik abe adalah berbentuk serius jadi intonasi bahasa pun susah sikit nak balik kepada kebiasaan. Harap teman-teman semua tidak rasa sangat. Kakchik lebih sukakan pemulisan yang santai, lebih dekat dengan jiwa kakchik.
Kakchik di luar dewan persidangan.
Banyak rakaman gambar sepanjang kakchik bermusafir ke KL tapi tak semuanya ada dengan kakchik. Ini kerana tukang ambik gambarnya ada 2 orang lagi selain kakchik sendiri. Jadi ada banyak juga gambar kakchik yang ada dalam kamera mereka. Ingin sekali nak melihat semuanya dan memilih yang mana sesuai dengan cerita kakchik untuk diletakkan di sini.
Kami berdua sama-sama jadi wartawan untuk BBCKelantan.com. Kakchik cuma bidan terjun.
Sambil-sambil bermusafir ni kakchik dan cik abe sempatlah juga mengutip kenangan indah bersama ala-ala bulan madu gitu tapi kerana pemergian kami kerana tugas maka tugaslah yang lebih utama. Sebab itu kakchik tak berpeluang pun untuk ke PWTC melihat pesta buku. Tidak mengapalah. InsyaAllah jika panjang umur murah rezeki, tahun depan boleh ke sana lagi.
Cik Abe sedang membaca suratkhabar sambil menanti kedatangan MP ke Bilik Pembangkang.
Melalui musafir ini kakchik merasakan diri cik abe memang hebat. Sebelum kakchik rasa dia berkaliber. Melihat dia bekerja bersungguh-sungguh dalam pakaian yang segak, terasa ada satu aura tersendiri. Mungkin ujian yang Allah timpakan sebelum ini telah membawa cik abe ke kedudukan sekarang. Kakchik rasa bangga punya seorang suami yang hebat dalam membuat kerja-kerja untuk memudahkan mesej Islam sampai kepada masyarakat. Semoga PROnya juga semakin bagus untuk masa depan kami bersama yang lebih baik. Pejuang Islam PRO kena bagus kan.
YB Cikgu Din (berkot) bersama sahabatnya yang menumpangkan kami bermalam, Tn. Hj. Mukarram.
Perjalanan ini juga membuat kakchik lebih mengenali salah seorang pemimpin masyarakat yang begitu bersungguh-sungguh dalam usahanya menyampaikan misi dakwah Islam. Lebih-lebih lagi beliau ialah seorang wakil rakyat. Dari penilaian kakchik yang dalam tempoh yang pendek cuma, kakchik yakin perjuangan beliau ikhlas untuk melihat Islam dijadikan cara hidup. Semoga pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain juga adalah seperti beliau. Kakchik dapat melihat keserasian bekerja antara beliau dan cik abe. Semoga mereka boleh jadi satu team yang bagus.
Bangunan Parlimen di awal pagi. Gambar diambil dari tempat parking tetamu.
Memasuki Parlimen dan menjadi perhatian kerana perbezaan penampilan diri, adalah juga satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Kakchik ingatkan akan timbul masalah kerana sebelum ini ada muslimah berpurdah telah dihalang memasukinya tapi YB Cikgu memberi keyakinan, insyaallah kakchik akan lepas. Alhamdulillah... memang dapat masuk tanpa sebarang halangan hanya dengan meninggalkan IC dan mengambil Pas Khas. Dapatlah melihat suasana di dalam bangunan Parlimen. Wartawan yang ramai, berkeliaran di bahagian ruang lobi memenuhi kerusi-kerusi yang ada, menanti Menteri masuk, mengambil gambar atau video, menemuramah MP2 yang hangat bersuara di dalam dewan. Begitu rupanya...
Bertemu YB Nurul Izzah yang lawa, tinggi dan peramah di kaunter pendaftaran masuk.
Sekelilingnya sangat cantik juga. Ada air pancut dan kolam yang menyegarkan tapi sayangnya kakchik tak sempat pun nak ambil gambar sebab selalu rushing je. Dan ramainya orang Kelantan yang bekerja di sana. Jumpa di kaunter pendaftaran, pengawal keselamatannya, jumpa staf dari Putrajaya di dalam suaru, orang Tumpat bekerja di Kementerian Dalam Negeri, jumpa semasa menunggu lif untuk ke tigkat 14. Tak sangka pulak. Ramah mesra seperti di negeri sendiri.
Dari bilik hotel di tingkat 14, pemandangan pagi Kuala Lumpur.
Melalui pengalaman ini, kakchik rasa macam diri lebih yakin dengan apa yang kakchik perjuangkan selama ini. Semoga Allah bantu kakchik, cik abe dan semua insan yang berusaha untuk meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya.
Balik ke rumah dengan minda yang lebih cekal tambah-tambah gembira melihat ahli keluarga semuanya sihat sejahtera. Terasa ada satu perasaan yang membuak-buak di dalam dada untuk Islam.
Salam sayang, kakchik.
seronoknya kakchik dpt timba pengalaman mcm tu. nadiah teringin juga nak masuk parlimen tgk sendiri mcm mana persidangan berlaku :)
ReplyDeleteNadiah, sekarang ni TV1 ada tayangkan sidang parlimen tapi kakchik tak pasti dia tayang semua atau tak. Rasanya sekarang dah lebih telus, tentu dah tayang semua kot. Tapi dapat tengok depan mata lagi terasa real. Tak tahulah bila pulak kakchik boleh ke sana lagi. Insyaallah Nadiah masih ada peluang. Kakchik nampak ramai juga orang awam yg datang sbg pelawat untuk mengikuti persidangan cuma perlu mematuhi kod pakaian yg formal.
ReplyDeletebyk pengalaman brharga yg kakchik dpt....
ReplyDeletealhamdulillah kak nza. Kalau boleh nak tambah banyak lagi pengalaman yang baik sebelum Allah panggil pulang kak.
ReplyDelete