Assalamualaikum dan salam petang Ahad untuk semua.
Apa khabar kalian hari ni? Semoga semuanya sihat dan sedang bergembira bersama orang-orang tersayang. Kakchik dan cik abe, alhamdulillah bahagia selalu.
Sejak semalam, bandar KB sudah mula dibanjiri kenderaan sebab para perantau telah mula kembali ke kampung. Kakchik malas nak ke bandar kalau keadaan dah macam ni, penat nak melawan kesesakan walaupun menggunakan kereta auto.
Kalau semalam hujan mencurah-curah dari pagi sampai ke malam, hari ni pulak paginya mendung, hujan renyai-renyai tapi cuma sebentar sebab lepas tu matahari cerah kembali hinggalah ke saat ini. Lega... keringlah segala kain di jemuran yang semalam lembap.
Ok, pendekkan cerita, kakchik nak kongsikan beberapa set Polyvore cadangan untuk mereka yang suka memakai skirt. Pakai skirt ni seronok juga sebab pengaliran udaranya bagus, itupun kalau pakai skirt yang labuh dan kembang la kan. Set-set yang kakchik cadangkan ni untuk mereka yang mahu menutup aurat secara memakai skirt.
Ini cadangan-cadangan kakchik:
Kakchik reka gitu-gitu je, sekadar nak bagi idea. Yang cara nak pakai tudung tu, asalkan labuh di bawah paras dada, tidak jarang, tak nampak rambut, tak nampak leher, belitlah macamana pun, biarlah tak nampak aurat.
Baju pun, kalau boleh carilah yang labuh bawah paras punggung ya, lebih menepati etika pakaian Islam.
Itu saja untuk petang ini.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
hurm. not bad. well, bagus la. fesyen kan meluas. yang penting. tutup aurat. senang je. :)
ReplyDeletewaaah, bestnya klu sy boleh rembat semuanya..semua cantik2 la kombinasi nye k.chik..kelas gitu klu bawak gi keje..ni yg jadi teruja ni..sape kata pakai tudung n menutup aurat takleh bergaya..
ReplyDeletegreat tips kak..TQ
thanks aidi. not bad tu kira ok la hehe. lagipun kakchik bukannya pro. fesyen mmg subjektif tapi fokus kakchik hanya pada yg menutup aurat :D tapi msh ramai yg tak faham konsep 'tutup aurat' tu. itu yg kena ada gambar tu.
ReplyDeletejue, tima kasih. boleh je cari yg murah2 kat pasaran tempatan, cuba matching2 mcm ni, tentu cantik juga. wanita Islam mmg kena selalu cantik dan anggun.
ReplyDeleteSalam Kak Chick,
ReplyDeleteSaya sukeee sgt blaus kotak-kotak biru tuuu..sejukkkk je mata memandang
wa'alaikummussalam sue. blaus kotak2 tu takde tangan tu, kakchik pakaikan long sleeves putih di bawahnya. kakchik pun suka baju tu. pakai bawah abaya pun best.
ReplyDeletemin mmg suka sgt skirt...ske beli n pakai..dah 2 tahun x pakai jeans...ahahha. pakai skirt jer. mmg best sbb bebas. min ske pakai ngn legging or stokin hitam tebal tuh . skirt kat mesia mahal kan...klu yg ala2 SHUKR tuh. min sallu beli jenama MIVAL or PINQUE. yg tuh jer tebal x jarang n cam ala2 SHUKR. klu kat KB mesti byk kan...baju2 ala2 kurta cam ni. ske set plg akhir...hijau n brown. pandai kak chik
ReplyDeletekakchik pun rasa min memang sesuai pakai skirt. org tinggi dan cantik molek macam min, pakai skirt kembang yg ala-ala SHUKR tu memang menawan, hehe. kat sini pilihan skirt mmg byk tapi import dr Thai atau China.
ReplyDeletememang cantik2 semua...
ReplyDeleteharap kak chik dapat banyakkan lagi cadangan2 fesyen untuk muslimah..
memang sangat menarikk untuk dicuba...
terima kasih hazwani. Kakchik ada banyak sebenarnya tapi di KakChik's Wardrobe. Cuba hazwani ke sana.
ReplyDeletesemuanya cantik2la..yang ada hadbag coach . gambar no 4 dari atas yg saya suka
ReplyDeletekak cik jual tak yg bju wrne biru kat ats tu hehe
ReplyDelete