Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik bersiaran live dari Parlimen, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah... lega juga sebab akhirnya perjalanan kami selamat sampai di KL malam tadi. Well, actually bukanlah KL tapi di Gombak. Kami menumpang bermalam di rumah seorang insan, orang kaya yang sangat pemurah. Terima kasih kepada Tuan Haji Mukarram dan isteri atas segala bantuan.
Sekarang ni kakchik menaip sambil mendengar perbincangan dalam Dewan Parlimen yang sedang berjalan. Isu kemiskinan tegar yang sedang dibincangkan di saat ini.
Ok, balik pada tajuk. Semalam.. dalam perjalanan dari KB, kami singgah solat Asar di R&R Gua Musang. Lepas solat dan membersih diri, tiba-tiba je YB minta kakchik pandu kereta, haha. Dah la kakchik sorang je perempuan. Segan la jugak tapi kita memang pantang diminta bawa kereta tambah-tambah nak menuju ke tempat yang tak pernah kakchik pandu kereta ke situ. Kakchik setuju je.
Dengan lafaz Bismillah kakchik pandulah kereta tu dari Gua Musang hingga sampai hampir bandar Kuala Lipis. Sampai kat situ kakchik terpaksa serahkan stereng kepada cik abe sebab hujan agak lebat dan kakchik memang susah sikit memandu bila malam dan hujan. Mata kakchik ni memang tak tahan silau.
Bagi kakchik, memang bernilai la pengalaman ni. Sebab... paling jauh setakat ni kakchik memandu ke luar Kelantan ialah ke Bukit Gantang sempena pilihanraya hari tu. Dan inilah peluang memandu menuju ke KL. Mungkin ramai di kalangan teman-teman rasa itu biasa je tapi bagi kakchik ia pengalaman berharga.
Sebabnya:
1. Pandu kereta seorang YB
2. Penumpangnya ialah cik abe, YB dan pembantu YB
3. Peluang nak menambah kemahiran memandu jauh - mana tahu di masa depan kakchik mungkin perlu memandu ke KL
4. Keyakinan - bila YB minta kakchik pandu, seolah-olah beliau memberi keyakinan kepada kakchik, self-esteem naik, mungkin beliau tahu kakchik baru melepasi minggu yang sangat stres
Pagi ni kakchik ingatkan nak terus ke Pesta Buku tapi berlaku perubahan rancangan. Kakchik diminta ikut sama ke Parlimen untuk tambah pengalaman. Mashaallah... peluang yang datang, sapa tak mahu kan? Lagipun kakchik belum pernah sampai ke Parlimen Malaysia.
Dan kini, kakchik di sini. Tadi sempat berjumpa YB Nurul Izzah, ada bergambar tapi belum download dari kamera. Lawanya ... dia. Tinggi dan cantik sekali. Juga seorang yang peramah. Macam dah kenal lama. Kami tak cakap lama pun sebab beliau nak cepat masuk ke dewan. Alhamdulillah... pengalaman berharga hari ini.
Kakchik menulis sampai sinilah dulu. Laptop kakchik habis bateri, ni guna laptop cik abe. Dia sedang buat liputan jadi kakchik boleh guna laptop sebentar. Hingga itu, jumpa lagi nanti.
Salam Sayang,
Kakchik
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik..amboi dah sampai ke kl tau bagi tau ek..tentu kak chik sibuk..akak yang duduk dekat ni pun tak pernah masuk ke parlimen...jelous sungguhlah..
ReplyDeletewkslm kak ina. dah sampai kak... tak tersangkan akan sampai tapi dgn izinkan Allah kakchik sampai juga di sini. rezeki pulak dpt masuk Parlimen.
ReplyDeleteain pernah sampai ke parlimen masa ain di tingkatakan 5...sekolah yang bawa kami...seronok juga tgk YB2 berdebat di parlimen..
ReplyDeleteteringat 1 kisah lucu...heheh...kawan ain jumpa dgn YB Mat Sabu masa tu, tp dia tak kenal Mat Sabu tu adalah YB masa tu...dia pun panggil YB dgn panggilan pakcik...dan YB bersembang dgn kwn sy tu mcm dh kenal lama...last sekali baru dia cerita yg dia sembang dgn seorang pakcik...kami tanya yg mana 1?...bila dia tunjukkan terkejut beruk kami..."itu YB Mat Sabu la bkn pakcik"...terkedu sekejap kawan saya...
betapa la YB tak kisah pun orang panggil dia siapa, dia layan je dgn baik...
ain, kiranya ain lagi awal sampai di Parlimen berbanding kakchik. Inilah kali pertama sampai ke sini dan masuk ke dalam. Pengalaman berharga sekali.
ReplyDeleteLucu juga kisah kawan ain tu. Bagi kakchik YB yang macam tu lagi mudah didekati rakyat dan tak bermegah dgn jawatannya.