Followers

31.3.10

Memang Enak Sekali

Assalamualaikum dan salam petang semua. Huhu, panas terik hari ni. Kalau ada buah tembikai tentu sekali sedap dapat menghilangkan dahaga. Teman-teman sudah makan tengahari atau belum? Kalau sibuk dengan kerja pejabat pun jangan sampai lupa nak bagi makanan kepada badan ya. Untuk cergas dan sihat badan mesti dapat input yang cukup dan menyihatkan.

Tengahari ni kakchik tolong-tolong Ummi masak di dapur. Kononnya kakchik nak tolong Ummi masakkan lauk ayam tu tapi Ummi memang cekap, dia dah siapkan sup ayam untuk keluarga. Memang tak terlawanlah kakchik. Kita ni amatur sangat bab masak memasak ni.

Jadi, lepas Zohor, inilah hidangan yang kami sekeluarga makan. Enak menyelerakan sekali.

Ulam mentimun, pegaga dan bayam praksi untuk dicicah dengan budu.


Sup ayam kegemaran seisi keluarga.


Ikan selar digoreng pedas.


Ikan selar kuning goreng rangup.

Dan pencuci mulutnya ialah buah tembikai.

Nampak je tak merah sangat tapi manis sekali serta rangup.

Syukr alhamdulillah atas kurnian rezeki dari Allah ini. Semoga saudara kita seIslam di mana saja berada terutama mereka yang susah akan turut mendapat rezeki untuk mengalas perut di hari ini. Setiap yang kita makan, makanlah dengan penuh keinsafan dan rasa syukur kerana kita masih diizinkan Allah menikmati semua ini. Alhamdulillah.

6 comments:

  1. adusss kakk... dah basuh tangan dah nih tinggal nk mengadap.. bismillahirrohmanirrohimmmm... eh! tuan umah tk jemput pong lagik! hikhikhik....

    ReplyDelete
  2. hana ni memang pandai buat lawak. ah, apa tunggu lagi, silakan aje... nanti kan sejuk pula lauk-pauk tu hehe.

    ReplyDelete
  3. salam kakchik.

    saya suka betul ikan selar kuning goreng..
    rangup+ manis..hehe

    juz nak berkongsi cerita la pasal budu ni=)

    saya 1 family memang xpernah makan budu.
    sbb kami asal memang org selangor.

    1 hari tu dtg kawan ummi saya dari kelantan bawa budu sebotol. kami yg xpernah makan ni pun hidang lah budu tu sekali masa makan tengahhari. tergelak kawan ummi tu tengok kami tuang je budu tu dalam mangkuk.
    dia cakap "org kelate biasanya makan budu ni ngn cili & limau. ni mesti xpernah makan ni"
    hahaha ;p

    ReplyDelete
  4. wah..kecur air liur tgk ulam2 dan budu tu..lama dh tak makan budu sejak pantang ni..rindunyer...

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Didi Sakura.
    Ikan selar kuning goreng tu lauk paling mudah kan, lagipun mmg sedap dimakan.
    Cerita Didi pasal budu tu memang menggelikan hati. Teringat kakchik kat kawan dari Sabah yang hirup budu macam hirup sup, hahaha.

    ReplyDelete
  6. Noorma, orang pantang takleh makan budu ke? Kena tanya sebab kakchik belum pernah pantang lagi. Itupun kakchik hanya makan budu yang dalam nasi kerabu je. Datanglah ke rumah, boleh makan macam-macam ulam dengan budu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs