Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik sebenarnya tak berhasrat untuk menulis apa-apa hinggalah petang nanti tapi bila tiba-tiba cik abe diminta ke Kuala Terengganu dan dia dah pun bertolak sebentar tadi, kakchik rasa nak menulis pula.
Nasib baik kakchik tak ke mana-mana hari ni. Kalau tak... kesian la kat cik abe nak mengemaskan pakaian sendiri sedangkan kerjanya masih banyak. Selepas mendapat panggilan telefon dari YB, terus dia minta kakchik kemaskan pakaian. Tanpa maklumat yang jelas, berapa hari akan berada di sana, akan terus ke Kuala Lumpur atau tidak, susah juga untuk kakchik tentukan apakah dan berapa helaikah pakaian yang nak dibawa.
Akhirnya cik abe kata cukup sekadar untuk sehari.
Kesian pula kakchik tengok suami kakchik tu. Kalut ribut juga nak kemaskan kerja-kerjanya di rumah ni sebelum bertolak tadi. Nak cas video, digicam dan telefon, semuanya bukan boleh ambil masa yang sebentar. Akhirnya kakchik kemaskan semuanya dah masukkan ke dalam satu beg sandang termasuk laptop. Hanya tripod untuk video yang tidak muat dalam beg tu.
Begitulah sunnah orang berjuang, tak kira masa dan keadaan, mungkin akan dipanggil ke medan. Tinggallah isterinya seorang kat rumah melayan pelbagai urusan yang masih belum selesai. Walaupun adhoc, kena cekap menguruskan diri agar masa tidak terbuang dan kerja-kerja Islam dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Selamat perjalanan Yang! Semoga pergi dan balik dalam keadaan selamat. Laksanakan amanah Allah dengan sebaik yang mampu. Nor akan doakan Yang sentiasa gembira dalam melaksanakannya.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
selamat selamat selamat...
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar.
10 minit mengemas, tetapi nak sepahkan tak sampai seminitkan kak?
ReplyDeleteTerima kasih aJa. Amiin
ReplyDeleteFarid, betul tu... tapi, alhamdulillah cik abe bukan jenis yang suka bersepah. Syukur.
ReplyDeletewaaaaaaaahhhhhhh...
ReplyDeleteterel nyer!! kalau kina tuh dah terkangkang-kangkang kina.
hehehehehe..
kina, dah biasa kot buat benda adhoc, tu yg sempat w/pun 10 min. hahaha... sampai terkangkang tu... bahaya sungguh
ReplyDelete