Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman dan para pengunjung semua. Kakchik doakan kalian semua sentiasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Subhanahuwata'ala.
Alhamdulillah... syukur kerana Allah masih sudi mengizinkan kita semua menghirup udara kehidupan di dunia-Nya pada hari ni. Semoga di hari ini kita semua dapat sama-sama melakukan banyak amalan yang baik lebih-lebih lagi jika amalan tersebut dimulai dengan Bismillah, insyaallah jadilah ia satu ibadat yang mendapat pahala. Syaratnya, amalan itu adalah perbuatan yang baik di sisi Allah SWT.
Baiklah, kita balik kepada tajuk di atas tu. Kita ni insan biasa, sesekali berpeluang bertemu mata dengan orang-orang yang terkenal dan selalu keluar di kaca tv tentulah seronok kan. Kalaulah kakchik dapat ikut sama cik abe melaksanakan kerjanya sudah tentu kakchik pun berpeluang menatap wajah dua orang artis drama tanahair yang terkenal itu terutama Puan Aida Radzwil yang begitu manis menutup aurat.
Hmm... yang sebenarnya cik abe yang mendapat peluang bertemu mereka petang semalam di lokasi drama mereka di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu. Asalnya cik abe ke sana kerana mengikut client dia iaitu YB Cikgu Din yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Perdana Resort. Kebetulan Puan Aida dan Sdr Mubarak sedang membuat penggambaran di situ.
Kata cik abe, bila YB Cikgu Din menjemput Pn. Aida dan Sdr. Mubarak makan bersama, awalnya Pn. Aida agak keberatan kerana hanya dia seorang saja perempuan sedangkan yang lain semuanya lelaki. Tapi atas dasar menghormati jemputan Pengerusi Perdana Resort, beliau akhirnya sudi untuk singgah sebentar di meja YB Cikgu Din tapi tidak makan bersama. Menurut Pn. Aida, inilah kali pertama dia bertemu seorang wakil rakyat dengan begitu dekat.
Huhu, seronoklah la tu cik abe tu dapat jumpa pelakon tersohor. Kakchik bukanlah selalu sangat tengok drama Melayu tapi setakat yang kakchik tonton drama lakonan mereka berdua, rasanya mereka sangat bagus membawakan watak masing-masing. Yang menjadikan kakchik makin suka ialah kerana penghijrahan Pn. Aida menjadi artis muslimah yang menutup aurat. Alhamdulillah.
Tahun lepas kakchik ada buat entri tentang perubahan beliau, baca di sini.
Sebagai bukti, inilah rakaman kenangan cik abe bersama artis terkenal di Perdana Resort semalam.
Cik Abe tiada dalam gambar sebab dia yang jurugambarnya.
Cik Abe dan YB Cikgu Din sedang bersembang dengan Sdr. Mubarak Majid.
Kakchik ni sekadar tumpang seronok la ya. Seronok dengar cerita dari cik abe dan seronok tengok gambar-gambar dia sewaktu bekerja semalam. Ada lagi gambar dengan artis ni tapi 2 ni je yang cik abe izinkan.
Kakchik bangga kalau artis kita berani membuat perubahan yang positif kepada diri mereka terutama dalam hal agama. Memang masih banyak perkara yang kakchik tidak setuju dalam pembikinan drama atau filem di negara ini, tak kiralah sama ada tajuknya, para pelakonnya, jalan ceritanya mahupun motif yang cuba disampaikan, masih banyak yang belum selari dengan didikan Islam. Semoga suatu hari nanti drama dan filem kita termasuk para pengarah dan crew akan lebih Islamik, insyaallah.
Manis zureen tengok bila Puan Aida tu bertudung..orangnya nampak lemah lembut ..
ReplyDeleteMemang betul zureen, dia sangat manis. Air muka pun nampak jernih. Mungkin itulah sinar wajah bila seseorang itu semakin beramal dengan cara hidup Islam.
ReplyDelete