Sumber imej: Kaksu72
The award came with request to share 10 honest truths about me
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar kalian semua hari ni? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kakchik hari ni mendapat MC untuk 2 hari sebab batuk. Mungkin ada jangkitan kuman sebab dah lebih 2 minggu masih belum sembuh. Insyaallah nanti cek darah untuk tengok betul atau tidak jangkaan tu. Tolong doakan ya agar ini batuk yang biasa-biasa saja.
Kakchik kat rumah ni, nak cuba berehat tapi kerja-kerja masih banyak yang perlu segera disiapkan. Ni nak ambil masa sekejap untuk menjawab AWARD-TAG dari kaksu72 yang diberikan kat kakchik minggu lepas.
Hmm... 10 perkara yang benar tentang kakchik ya? Ok, jawab mudah-mudah ajelah ya.
1. Kakchik ni orangnya kecik je, tinggi pun hanya 151cm je. Kalau pakai wedges tu naiklah 2 inci.
2. Kepala kakchik ni dah mula ada uban, dah 2 helai kakchik jumpa tapi dua-dua dah luruh, ada kakchik simpan dalam buku catatan harian. Peringatan untuk kakchik, yang usia makin bertambah, amalan aje yang masih kurang.
3. Kakchik boros berbelanja pada 4 perkara - buku, kasut, beg dan abaya. Sejak masuk tahun 2010 ni ada beli sepasang kasut baru, satu beg dan beberapa buah buku. Abaya baru belum ada lagi. Azam tahun baru - nak kurangkan belanja.
4. Kakchik suka bersukan tapi kerana suasana tidak mengizinkan, kakchik pilih untuk bersenamrobik 3 atau 4 kali seminggu di gym tertutup, hanya untuk wanita. Dah ada lesen untuk mengajar hi-lo.
5. Kakchik belum punya cahayamata walau sudah 8 tahun berkahwin. Kami belum diizin Allah untuk menjadi ibu bapa. Insyaallah kami masih berusaha agar impian ini menjadi kenyataan.
6. Sejak 2007 kakchik menjadi pelajar DECE di OUM tapi masih bekerja sebagai Pengurus/Setiausaha di sebuah perpustakaan awam swasta, dalam masa yang sama kakchik mengusahakan sebuah kedai buku kanak-kanak.
7. Kakchik suka memasak terutama jenis-jenis roti, pasta dan pizza. Tapi sejak masuk tahun akhir belajar ni... aktiviti memasak sudah kurang sangat, selalunya ummi bantu siapkan. Kakchik cuma sediakan bahan-bahannya - ke pasar membeli barang dapur.
8. Melipat kain dan menyusunnya dalam almari sangat penting bagi kakchik, mesti kemas lipatannya dan mengikut kategori. Kalau bibik tolong lipatkan, selalunya kakchik buka balik dan lipat atau sangkut semula.
9. Kakchik suka meja kerja kakchik di kelilingi dengan rak buku dan buku-buku kegemaran mestilah berada pada kedudukan yang senang dicapai oleh tangan bila kakchik duduk. Kadang-kadang bila letih atau penat, kakchik akan pandang buku-buku tu walaupun tidak mengambil atau membacanya - terapi bagi kakchik.
10. Tahun ini masuk tahun yang ke 15 kakchik memakai purdah, alhamdulillah... selama itu juga kakchik merasakan diri ini aman dari melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah seorang muslimah.
Selesai juga akhirnya. Kakchik tak nak panjangkan TAG ini tapi sekiranya ada yang berminat untuk mencuba, silakan terima awardnya.
Wassalam.
salam,
ReplyDeletekagum sebab kakchik lengkap pakej. working, studying and selling.
blog kakchik juga menarik.
sorry sebab selalu baca tanpa jejak
Wkslm Hida. Terima kasih... jangan kagum sangat Hida sebab di sebalik diri kakchik ni masih terlalu banyak kelemahannya. Terima kasih sebab sukakan blog kakchik. Kalau Hida suka, singgah sekali-sekala tu tinggalkanlah jejak ya. Salam kenal ya Hida.
ReplyDeleteSalam kakchik... wah hebat orangnya kakchik ni... moga tabah dan terus berusaha untuk mendapat rezeki(anak) dari Nya. Terima kasih sudi kongsi citer kat sini...moga kita dapat menjalin keakraban dan persahabatan..
ReplyDeleteWkslm kaksu. Belum hebat la kaksu. Terlalu jauh lagi nak sampai taraf hebat tu. Terima kasih kak. Selagi hayat dikandung badan, usaha tetap usaha.
ReplyDelete