Followers

31.3.10

Sarapan Paling Senang, Penkek La...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan ceria dan berbahagia sentiasa. Dah jam 11 lebih ni baru ada masa untuk update blog. Bila cuti ni banyak buat urusan rumahtangga la kan.

Dah lama kakchik tak sediakan sarapan untuk keluarga sebab selalunya Ummi pagi-pagi balik dari masjid terus ke dapur sediakan hidangan. Kakchik selalunya tolong hidangkan saja. Tapi kalau hari tak kerja kakchik akan ke dapur tolong sediakan masakan yang simple saja. Sekarang ni masa tak banyak sebab nak tumpukan pada pelajaran. Jadi masak-masak pun jarang sekali. Teruk kan.

Hari ni kakchik lebih dulu ke dapur sebelum Ummi balik dari masjid. Hari ni nak sediakan sarapan ringkas, penkek dimakan bersama jejari ayam dan juga mee goreng. Sayur dah kehabisan bekalan jadi yang mana ada tu semua digunakan untuk menggoreng mee. 

Penkek Isi Jejari Ayam

Alhamdulillah, kenyang juga dapat makan sarapan walau ringkas saja. Ingat nak pesan kat cik abe singgah kat pasar basah belikan sayur dan ulam-ulaman. Dia suka makan nasi dengan budu dan ulam, begitu juga ayah dan ipar kakchik. Kami adik-beradik tak makan budu, hehe. Harap-harap cik abe belikan mana yang dia suka.

Rancangnya sekejap lagi nak naik ke rumah baru kami yang hampir siap tu untuk melihat orang memasang pintu dan tingkap kayu. Sekarang ni hanya tunggu semua tu selesai bolehlah kami mula membasuh rumah tu dan bersiap untuk pindah. Segalanya jadi lambat disebabkan masalah orang yang membuat tingkap tu. Memang lembab betul la kerja diorang. Rumah kami tu semua dah lengkap tapi mana boleh masuk untuk tinggal kalau masih ada tingkap yang terlopong kan.

Kakchik benar-benar berharap mereka dapat siapkan dalam tempoh beberapa hari saja lagi. Dah tak sabar nak selesaikan kerja-kerja membersih dan berpindah. Dah la masuk bulan April ni kakchik dah nak exam, nak lah susun waktu awal-awal untuk siap berpindah, mengemas, buat solat hajat, kenduri sikit dan mulakan hidup baru di rumah baru.

Dah cukup kesian kat Ummi kakchik yang terpaksa menguruskan makan minum kami. Ye lah, mak kita dia dok di rumah, belum sempat kita balik, dia dah siapkan segala makan minum kita. Tak kan kakchik nak masak lagi, membazir. Jadi kalau sempat kakchik selalu belikan barang dapur sebab ahli keluarga besar. Tapi hati kakchik tak senang sebab macam dah tua-tua ni masih lagi nak susahkan mak ayah. Tambah-tambah kat rumah besar ni adik-adik dengan keluarga pun tinggal bersama. Isyk, cepat laaa... rumah kami tu sempurna.

Baiklah, sebagai anak yang bertanggungjawab, kakchik akan bersihkan rumah kami tu dari segala sampah sarap peninggalan para pekerja sebelum Ummi atau bibik bersihkan. Tak boleh biar tu, Ummi tu walau kaki dia sakit, dia akan buat kalau kakchik lambat. Nasib baik dia tak larat nak panjat tangga ke tingkat atas, kalau tidak tentu Ummi naik ke atas menyapu sampah.

Dengan itu, kakchik pen off di sini. Jangan lupa sarapan ya!

2 comments:

  1. salam kak chik,
    hihihi. saya tak rajin nak wat penkek. ntahla, suami saya kurang benda manis waktu pagi. bila tgok kak chik makan penkek ngan ayam tu, rasa tertarik plak. yg saya tau, makan ngan honey or jem je. Nice idea tuh!
    Moga cepat siap rumah baru kak chik. takpe, selagi bole makan air tangan ibu, kita pulun kerap2. hihihi. saya plak, sekali2 balik Besut, asyik kena masak jer....beruntung kak chik tau...:)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Nur.
    Nak masak ni elok ikut selera suami, itu kata Ummi kakchik dan kakchik cuba ikut sebaik-baiknya. Penkek kakchik tak manis sebab tak bubuh gula. Terserah kepada orang yang nak makan. Selalu orang dewasa makan gitu je atau dgn kuah roti canai, kuah nasi himpit atau inti sardin yg guna untuk sandwich. Budak-budak makan dengan susu.
    Tulah Nur, dah tak sabar nak pindah masuk rumah sendiri, nak kembali seperti dua tahun lepas, dapat masak untuk setiap waktu kami makan. Memang la seronok makan dari air tangan Mak ni, semuanya sedap. Tapi kalau balik rumah MIL, kakchik yang masak hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails