Followers

15.3.10

Rhu Datok Pantainya Masih Belum Tercemar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Entri kakchik untuk malam ni hanyalah sekadar perkongsian bergambar pengalaman kakchik diajak suami ke pertemuannya dengan kawan-kawan seperjuangan di sebuah chalet terbiar iaitu Chalet Rhu Datuk di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kakchik tak sangka cik abe nak ajak kakchik ke sana sebab semalam dia bagitau yang kawannya akan datang menjemput di rumah. Balik aje dari masjid bersolat Asar, cik abe tanya, "Nak ikut abe ke Tok Bali dok?" Hehe, kakchik yang dok tengah 'serabut otak' ni, apa lagi, dengan senang hati kakchik setuju.

Dapatlah tenangkan fikiran dan dapat pula temankan suami. Kakchik paling suka kalau dapat ke mana-mana dengan cik abe sebab itulah waktu kami dapat berdua-duaan dengan aman, hehe. Dah 8 tahun kahwin pun percintaan masih berterusan. Belum habis taaruf lagi.

Tanpa memanjangkan celoteh, kita tengok gambar-gambar ya.

Menuju ke Tok Bali


Kami sudah sampai. Mashaallah... Subhanallah...


Kalaulah kakchik punya tanah di tepian pantai seperti di sini, nyaman sekali bayunya.


Sungguh tenang dan lapang sekali pantai ini... terasa ingin berlarian di gigi air.


Pepohon rhu memagari tepian pantainya. Menggamit rasa ingin bersandar sambil membaca novel indah.


Petang yang menjangkau senja, syahdunya pemandangan di sana. Maha Suci Allah.


Jika berjiwa puitis, berhati seni, pantai ini boleh menajamkan minda yang kreatif.


Subhanallah... hanya itu yang mampu diucapkan.


Cik abe sedang berusrah dengan teman-temannya dalam suasana yang sungguh aman dan tenang.


Di sini kakchik pahatkan kenangan...

... suatu hari pasti akan datang lagi.


Senja menjelang, pantai Rhu Datok perlahan-lahan kami tinggalkan. 

Sedikit maklumat mengenai tempat ini:
1. Sangat sesuai untuk mengadakan aktiviti perkhemahan kerana kawasannya luas dan jauh dari gangguan luar.
2. Ada dewan untuk berkumpul, ada tempat makan dan ada beberapa buah chalet.
3. Di sini juga pemiliknya mengusahakan pemeliharaan ikan keli secara organik.
4. Pantainya sangat bersih dan luas.

Sayangnya kakchik terlupa nak ambil no telefon pemilik tapak Chalet Rhu Datok. Tapi orangnya memang kakchik kenal.

Itu saja perkongsian malam ini. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya. Wassalam.

4 comments:

  1. salam k.chik..mmg cantik sungguh pantai tuh!klu dapat buat umah kt situ mmg bestkan k.chik!sejuk hati & mata memandang....ciptaan ALLAH yg maha Esa(tiada yg dpt menandinginya!)

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam k.atie. pantainya masih terjaga kak. mungkin sebab ia tanah persendirian jadi orang awam tak berani nak masuk. seronok kak... tempat tu terlalu banyak potensi.

    ReplyDelete
  3. kenapa ye pantai nie x dikomersalkn...mmg cantikkn....kak nza pn xpernah smpai ke sana.

    ReplyDelete
  4. kak nza, pantai tu milik persendirian kak. tuan tanahnya bukan orang berduit sebab tu tempatnya tak dikomersilkan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs